Emiriah Islam Afghanistan
Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
Emiriah Islam Afganistan د افغانستان اسلامي امارات Da Afghanistan Islami Amarat | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||
Cogan kata: lā ʾilāha ʾillà l-Lāh, Muḥammadun rasūlu l-Lāh لا إله إلا الله محمد رسول الله | |||||||||
Status | Negara berpengiktirafan terhad (1996–2001) Pemberontakan (2001–2021) Negara tak diperakui (2021–kini) | ||||||||
Ibu negara | Kabul | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Pashto, Dari, Urdu,[1] Arab dan Inggeris[2] | ||||||||
Agama | Islam Sunni | ||||||||
Kerajaan | Negara Islam teokrasi, totalitarianisme, kediktatoran | ||||||||
Amirul Mukminin | |||||||||
• 1996–2001 | Mohammed Omar | ||||||||
Perdana Menteri | |||||||||
• 1996–2001 | Mohammad Rabbani | ||||||||
• 2001 | Abdul Kabir | ||||||||
Badan perundangan | Jirga | ||||||||
Era Sejarah | Perang Saudara Afganistan / Perang Menentang Keganasan | ||||||||
• Mohammad Omar diangkat sebagai Amirul Mukminin | 3 April 1996 | ||||||||
• Kabul ditawan | 27 September 1996[3] | ||||||||
• Penukaran gelaran sebagai Amiriah | 29 Oktober 1997 | ||||||||
7 Oktober 2001 | |||||||||
13 November 2001 | |||||||||
17 Disember 2001 | |||||||||
15 Ogos 2021 | |||||||||
Kod ISO 3166 | AF | ||||||||
|
Emiriah Islam Afghanistan (Bahasa Pashto: د افغانستان اسلامي امارات, Da Afghanistan Islami Amarat) merupakan sebuah negara de facto yang didirikan pada 1996 ketika Taliban mulai memerintah Afghanistan dan berakhir dengan kejatuhan mereka dari kekuasaan pada 2001, dan memerintah semula secara de facto pada Ogos 2021. Pada puncak pengaruh mereka, Taliban tidak menguasai seluruh Afghanistan, dengan sekitar 10% negara di timur laut dipimpin oleh Pakatan Utara yang tetap diperakui di tahap antarabangsa selaku negara susulan bagi Negara Islam Afghanistan. Setelah Perang Menentang Keganasan dilancarkan oleh pihak Amerika Syarikat akibat serangan 11 September 2001, penentangan terhadap Emiriah memuncak, dengan Emiriah tumbang di tangan Pakatan Utara dalam Pertempuran Tora Bora pada 17 Disember. Walau bagaimanapun, pihak Taliban kekal menggunakan istilah Emiriah Islam Afghanistan dalam urusan rasmi dari 2001 hingga 2021. Pada 15 Ogos 2021, pemerintahan Emiriah secara efektif memerintah Afghanistan susulan kejatuhan ibu kota Kabul oleh mereka.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://minstrelboy.blogspot.com/2012/04/in-interview-talibans-helmand-province.html
- ^ http://www.pajhwok.com/en/2013/06/29/who-who-taliban%E2%80%99s-qatar-negotiators
- ^ Marcin, Gary (1998). "The Taliban". King's College. Dicapai pada 26 September 2011.