Emmanuel Mayuka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Emmanuel Mayuka
Mayuka bermain untuk Southampton pada tahun 2013
Maklumat peribadi
Nama penuh Emmanuel Mayuka[1]
Tarikh lahir (1990-11-21) 21 November 1990 (umur 33)
Tempat lahir Kabwe, Zambia
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)[2]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Southampton
Nombor 24
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2008 Kabwe Warriors 26 (7)
2008–2010 Maccabi Tel Aviv 41 (8)
2010–2012 Young Boys 62 (20)
2012– Southampton 16 (0)
2013–2014Sochaux (pinjam) 21 (4)
Pasukan kebangsaan
2007– Zambia 56 (12)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:17, 13 Januari 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22 Januari 2015

Emmanuel Mayuka (lahir 21 November 1990) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Zambia yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Inggeris, Southampton.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kabwe, Mayuka memulakan kariernya di Zambia bersama Akademi Lusaka ketika berumur 11 tahun. Pada tahun 2007, dia menyertai Kabwe Warriors, salah satu kelab terbesar di Zambia. Dalam pasukan ini, dia menjaringkan 15 gol dalam 23 perlawanan. Dia kemudiannya dipilih untuk pasukan kebangsaan Zambia bawah-17.

Maccabi Tel Aviv[sunting | sunting sumber]

Pada bulan September, dia menyertai kelab Israel, Maccabi Tel Aviv. Sebelum menyertai Maccabi Tel Aviv, Mayuka hampir menyertai kelab Portugal, Porto, tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Apabila dia berpindah ke Maccabi Tel Aviv, Mayuka menyertai pasukan belia kelab itu dimana dia menjaringkan tiga gol. Pada bulan April 2010, Mayuka menyambung kontraknya bersama Maccabi Tel Aviv sehingga tahun 2014.

BSC Young Boys[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Mei 2010, ianya telah disahkan bahawa Mayuka telah menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Switzerland, BSC Young Boys dengan yuran perpindahan sebanyak $1.7j kepada Maccabi Tel Aviv sebagai pengganti untuk Seydou Doumbia, yang dijual kepada CSKA Moscow. Pada 1 Disember 2010, Mayuka menjaringkan dua gol dalam perlawanan Liga Europa menentang Stuttgart dimana mereka menang 4–2. Pada 17 Februari 2011, Mayuka menjaringkan gol ke atas kelab Rusia, FC Zenit Saint Petersburg dalam pusingan 32 terakhir Liga Europa untuk membantu kelabnya menang 2–1.

Southampton[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Ogos 2012, dia bersetuju untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Southampton dengan kontrak selama lima tahun dan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.[3][4] Dia membuat penampilan sulungnya untuk The Saints ketika menentang Manchester United di Stadium St. Mary pada 2 September 2012, masuk sebagai pemain gantian.

Dia sekali lagi bermain sebagai pemain gantian ketika menang 4–1 ke atas Aston Villa. Pada 22 Disember 2012, dia berada dalam kesebelasan utama ketika kekalahan 1–0 kepada Sunderland sebelum dikeluarkan selepas 55 minit.

Gol kompetitif pertamanya untuk kelab itu datang ketika kemenangan 5–1 ke atas Barnsley dalam Piala Liga pada 27 Ogos 2013.[5]

Pada 2 September 2013, Mayuka menyertai kelab Ligue 1, Sochaux secara pinjaman semusim.[6]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mayuka membuat penampilan pertama untuk pasukan senior dalam Piala COSAFA 2007, menjaringkan gol kedua ketika kemenangan 3–0 ke atas Mozambique.[7] Mayuka menjaringkan gol pertama untuk Zambia dalam Piala Negara-Negara Afrika 2012 ketika menang ke atas Senegal. Dalam pertandingan yang sama, dia menjaringkan gol ke atas Libya di peringkat kumpulan, dan kemudiannya menjaringkan gol ketika kemenangan 1–0 ke atas Ghana di peringkat separuh akhir. Dia kemudiannya bermain 120 minit ketika kemenangan Zambia ke atas Ivory Coast.[8]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Maccabi Tel Aviv

Pasukan kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Zambia

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Kasut Emas Piala Negara-Negara Afrika 2012

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Barclays Premier League: notification of shirt numbers" (PDF). Premier League. m/s. 16. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-08-19. Dicapai pada 16 August 2014.
  2. ^ "Premier League Player Profile Emmanuel Mayuka". Premier League. Barclays Premier League. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-05. Dicapai pada 12 January 2015.
  3. ^ "Saints Make Mayuka Move". Saints FC. 28 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-30. Dicapai pada 29 August 2012.
  4. ^ "Emmanuel Mayuka signs for Southampton". BBC Sport. 28 August 2012. Dicapai pada 29 August 2012.
  5. ^ "Barnsley 1 – 5 Southampton". BBC. 27 August 2013. Dicapai pada 27 August 2013.
  6. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/23931498
  7. ^ "Emmanuel Mayuka unterschreibt bei YB". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-21. Dicapai pada 2015-01-27.
  8. ^ "Zambia shock the Black Stars". www.cafonline.com. 2 August 2012. Dicapai pada 29 August 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Zambia Piala Negara-Negara Afrika 2008 Templat:Skuad Zambia Piala Negara-Negara Afrika 2010 Templat:Skuad Zambia Piala Negara-Negara Afrika 2012 Templat:Skuad Zambia Piala Negara-Negara Afrika 2013 Templat:Skuad Zambia Piala Negara-Negara Afrika 2015