Empayar Hoysala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Empayar Hoysala
ಹೊಯ್ಸಳ ಸಾಮ್ರಾಜ್ಯ
1026–1343
Extent of Hoysala Empire, 1200 CE
Extent of Hoysala Empire, 1200 CE
StatusEmpayar
(Bawahan Chalukya Barat sehingga tahun 1187)
Ibu negaraBelur, Halebidu
Bahasa yang umum digunakanKannada
Agama
Hindu
KerajaanBeraja
Raja 
• 1026 – 1047
Nripa Kama II
• 1292 – 1343
Veera Ballala III
Sejarah 
• Catatan Hoysala terawal
950
• Didirikan
1026
• Dibubarkan
1343
Didahului oleh
Diganti oleh
Chalukya Barat
Empayar Vijayanagara
Sala melawan harimau, lambang Empayar Hoysala di Belur, Karnataka.

Empayar Hoysala (Bahasa Kannada: ಹೊಯ್ಸಳ ಸಾಮ್ರಾಜ್ಯ, hojsəɭə saːmraːdʒjə) ialah sebuah empayar Kannadiga India Selatan tersohor yang menguasai kebanyakan kawasan negeri Karnataka dari abad ke-10 hingga abad ke-14. Ibu kota Hoysala mula-mulanya terletak di Belur, kemudian berpindah ke Halebidu.

Raja-raja Hoysala asalnya merupakan penduduk bukit Malnad Karnataka, sebidang kawasan tanah tinggi di banjaran Ghat Barat. Pada abad ke-12, sebagai mengambil kesempatan terhadap peperangan saling menghancur antara kerajaan-kerajaan Chalukya Barat dan Kalachuri, mereka mengilhakkan kawasan-kawasan Karnataka masa kini dan tanah-tanah subur di utara delta Sungai Kaveri di Tamil Nadu masa kini. Menjelang abad ke-13, pemerintah Hoysala mentadbir kebanyakan kawasan Karnataka, beberapa bahagian Tamil Nadu dan Andhra Pradesh barat di India Decca.

Zaman pemerintahan Hoysala adalah penting untuk perkembangan seni lukis, seni bina dan keagamaan di India Selatan. Empayar ini kini dikenang terutamanya kerana meninggalkan seni bina kuilnya. Lebih seratus buah kuil yang masih ada bertaburan di seluruh negeri Karnataka, termasuklah Kuil Chennakesava yang tersohor di Belur, Kuil Hoysaleswara di Halebidu, dan Kuil Kesava di Somanathapura. Para pemerintah Hoysala menaungi bidang seni halus, maka menggalakkan kemekaran karya sastera berbahasa Kannada dan Sanskrit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • "Hoysala Dynasty, Jyothsna Kamat". © 1996–2006 Kamat's Potpourri. Dicapai pada 2006-11-17.
  • "Indian Inscriptions-South Indian Inscriptions, (vols 9, 15,17,18)". What Is India Publishers (P) Ltd, Saturday, November 18, 2006. Dicapai pada 2006-11-17.
  • "Indian Temple Architecture : Form and Transformation—The Karnata Dravida Tradition 7th to 13th Centuries/Adam Hardy, 1995". Vedams eBooks (P) Ltd, Vedams Books from India. Dicapai pada 2006-11-17.
  • "Coin in memory of Basaveshwara". The Hindu, Monday, Jun 26, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-12. Dicapai pada 2006-12-02.
  • "Kalam calls for corruption-free society". The Hindu, Sunday, Apr 27, 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-10. Dicapai pada 2006-12-02.
  • "Karnataka Haridasas'". haridasa@dvaita.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-09. Dicapai pada 2006-12-02.
  • Kripto Para