Empayar kolonial Denmark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kawasan jajahan empayar Denmark abad ke-18.

Empayar kolonial Denmark (Bahasa Denmark: danske kolonier) merupakan negara-negara jajahan Denmark (ataupun Denmark-Norway sehingga 1814) sejak tahun 1536 sehingga 1945. Empayar ini menjangkau sehingga ke benua Asia dan termasuk juga di benua Eropah, Amerika Utara serta Afrika. Keluasan empayar ini sekitar 3,000,000 kilometer persegi (1,158,306 bt2) pada tahun 1800.[1]

Pada tahun 1536, Denmark menyertai kesatuan peribadi bersama Norway. Dengan itu, Denmark mengambil penguasaan pegangan Norway ke atas Greenland, Kepulauan Faroe dan Iceland. Orkney dan Shetland kini dipegang oleh Scotland, yang asalnya diperintah oleh Norway sehingga abad ke-15 dan beberapa percubaan dibuat untuk mengambil semula pulau itu.

Pada abad ke-17, selepas kehilangan wlayah di semenanjung Scandinavia, kesatuan Denmark-Norway mula untuk membangunkan perdagangan dan jajahan di Afrika, Caribbean dan India. Selepas 1814, ketika Norway diberikan kepada Sweden selepas Perang Napoleon, Denmark mengekalkan pegangan penjajah. Christian IV merupakan orang pertama yang menegakkan polisi perluasan dagangan luar Denmark. Koloni pertama Denmark telah ditubuhkan di Tranquebar yang terletak di pantai selatan India pada tahun 1620. Laksamana Ove Gjedde yang membawa ekspedisi itu untuk menubuhkan sebuah kerajaan.

Kini, wilayah yang tinggal daripada perluasan empayar ini adalah Kepulauan Faroe dan Greenland; Faroe merupakan sebuah negeri di Denmark sehingga 1948 manakala status kolonial Greenland dibubarkan pada tahun 1953. Kedua-dua wilayah itu kini merupakan negara autonomi Kerajaan Denmark dengan menggunakan sistem "perintah sendiri".

Kawasan jajahan[sunting | sunting sumber]

Afrika[sunting | sunting sumber]

Denmark mengekalkan stesen perdagangan dan empat kubu di Gold Coast di barat Afrika, terutama di sekitar moden Ghana. Tiga stesen perdagangan telah dibina. Salah satu kubu Denmark di Ghana telah digunakan sehingga hari ini iaitu Kubu Christiansborg, tempat kediaman presiden Ghana.

Perladangan telah ditubuhkan di Frederiksborg tetapi gagal. Kubu Christiansboeg menjadi kubu untuk kuasa Denmark di barat Afrika dan juga sebagai pusat perhambaan untuk ke Hindia Barat Denmark. Pada tahun 1850, Denmark menjual kesemua kubu mereka kepada United Kingdom.

Amerika[sunting | sunting sumber]

Denmark-Norway memperoleh pulau St. Thomas pada 1671 dan St. Jan (kini St. John) pada 1718, dan mendapat St. Croix daripada Perancis pada tahun 1733. Kesemua ekonomi pulau-pulau itu daripada sumber gula. Pulau-pulau itu kemudian dibentuk sebagai Hindia Barat Denmark dan kemudian dijual kepada Amerika Syarikat pada tahun 1916 sebanyak 25 juta dolar. Sejak tahun 1917, kepulauan itu bersatu dengan nama Kepulauan Virgin Amerika Syarikat.

Asia[sunting | sunting sumber]

Denmark mengekalkan hamburan jajahan kecil dan menjalankan aktiviti perdagangan di benua kecil India dari abad ke-17 sehingga abad ke-19, apabila Denmark menjual tanah mereka atau memberi tanah tersebut kepada Britain yang menjadi kuasa utama di sana. Aspek penting terhadap ekonomi di India adalah perdagangan rempah.

Atlantik[sunting | sunting sumber]

Kepulauan Faroe sebahagian daripada Kerajaan Norway pada tahun 1035. Selepas Norway diberikan kepada Sweden selepas Perang Napoleon, Denmark mengekalkan Faroe sebagai syarat dalam Perjanjian Kiel. Status Faroe sebagai sebuah negeri di Denamrk berakhir pada tahun 1948 apabila Faroe diberikan sistem pemerintahan istimewa daripada Kerajaan Denmark.

Sama seperti Kepulauan Faroe, Norway juga mengambil Iceland yang kemudian diwarisi oleh Kerajaan Denmark-Norway. Denmark juga mengekalkan Iceland sebagai syarat Perjanjian Kiel. Gerekan kemerdekaan Iceland mula dikenal pasti pada tahun 1874 dan kemudian mendapat sistem pemerintahan sendiri pada tahun 1904. Pada tahun 1918, Iceland menjadi kerajaan yang penuh berdaulat, Kerajaan Iceland salah satu kesatuan peribadi bersama Denmark.

Ketika Jerman Nazi menduduki Denmark pada tahun 1940, Republik Iceland mengisytiharkan kemerdekaan rasmi pada 17 Jun 1944.

Estonia dan Courland[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-13 dan ke-14, Denmark memerintah Estonia. Koloni ini diberi nama "Duci Estonia" dan dipanggil Estonia Denmark oleh para sejarawan. Pada tahun 1559, Keuskupan Courland dan Ösel-Wiek telah dijual oleh Johannes V von Münchhausen kepada Frederick II dari Denmark sebanyak 30,000 thalers. Raja Denmark memberikan tanah wilayah ini kepada adik beliau, Duke Magnus dari Holstein. Selepas Magnus meninggal pada 1583, Komanwel Poland-Lithuania menakluk wilayah ini dan Raja Frederick II dari Denmark merasakan beliau patut menjual tanah ini.

Pada tahun 1645, Saaremaa telah diberikan kepada Sweden oleh Denamrk dalam Perjanjian Brömsebro.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ How large was the Danish colonial empire at its greatest extent? - Find the data. Access date: September 4, 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]