Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Enakmen Tarekat Tasawuf 2005
Dewan Undangan Negeri Sembilan
Tajuk panjang
  • Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005
Petikan
No. 10 2005
Jangkauan wilayah
Tarikh diluluskan
20 Oktober 2006
Tarikh digubal1 Disember 2005
Ditandatangan oleh
Tuanku Ja’afar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin
Ditadbir olehJabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Ringkasan
Enakmen bagi mengadakan peruntukan bagi pendaftaran tarekat tasawuf dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya
Kata kunci
tarekat, tasawuf, tadbir urus

Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 ialah sebuah dokumen undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Sembilan, Malaysia. Enakmen ini dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan[1] bertujuan untuk mengawal dan memantau kumpulan tarekat yang berdaftar.[2][3]

Struktur[sunting | sunting sumber]

Enakmen ini terdiri daripada 12 Bahagian yang mengandungi 35 fasal dan 2 jadual.[4]

  • Bahagian I: Permulaan
  • Bahagian II: Pelantikan pendaftar, timbalan pendaftar dan penolong pendaftar
  • Bahagian III: Keperluan mendaftarkan tarekat tasawuf
  • Bahagian IV: Pengiktirafan syeikh
  • Bahagian V: Pendaftaran tarekat tasawuf
  • Bahagian VI: Kewajipan syeikh
  • Bahagian VII: Pengawalan tarekat tasawuf
  • Bahagian VIII: Penyiasatan dan pendakwaan
  • Bahagian IX: Pelbagai
  • Bahagian X: Peruntukan peralihan
  • Bahagian XI: Kuasa Menteri
  • Bahagian XII: Pelbagai
  • Jadual

Senarai tarekat berdaftar[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai tarekat tasawuf yang sah berdaftar di bawah enakmen ini:[5]

Bil Nama tarekat Pusat pengamalan Syeikh tarekat
1 Tariqat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rashidiah Al-Dandarawiah Kg. Pondok Rasah, Seremban Ustaz Mohd Hasif bin Mohd Murtadza
2 Tariqat Naqsyabandiah Al-Kholidiah Kg. Baru, Lenggeng Tuan Haji Abu Talib bin Rabit
3 Tariqat Qodiriyyah Wa Naqsyabandiyyah Zawiyah Tariqat Qodiriyyah Wa Naqsyabandiyyah, Jalan Labu, Batu 10, Labu Ustaz Shaifudin bin Maulup
4 Tariqat Al-Syazuliyah Al-Darqawiyah Pondok Ar-Raudhah, Kg Kuala Jempol Ustaz Haji Mohd Nasir bin Othman
5 Tariqat Dusuqiyyah Muhammadiah Garden Avenue. Seremban 2 Ustaz Mohd Fadil bin Ariffin
6 Tariqat Naqsyabandiah Al-Kholidiah Rumah Rakyat Gemencheh Lama Kosong
7 Tariqat Naqsyabandiah Bahaiyyah Khalidiyyah Mujaddidiyyah Dziayah Surau Suluk Kampung Masjid Dulang, Kuala Klawang Ustaz Dr Muhammad Firdaus bin Abdul Manaf
8 Tariqat Al-Ja'fariyah Al-Ahmadiah Al-Muhammadiah Sahah Ja'fariyah, Pantai, Seremban Ustaz Dr. Shuhadak bin Mahmud
9 Tariqat Al-Muhammadiyyah Al-Sanusiyyah Al-Idrisiyyah Madrasah Al-Husainiah, Rembau / Kompleks Yayasan Sofa NS Ustaz Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin
10 Tariqat Naqshabandiyah Al-Khalidiyah Surau Suluk, Kampung Padang Biawas, Serting Ulu Tuan Zainal Ariff bin Mohd Din
11 Tariqat Al-Syaziliyah Zawiyah Sydna Abul Hasan As-Syazili, Kg Durian Daun, Rembau Ustaz Rahmat bin Muhamad
12 Tariqat Naqsyabandiyah Aliyyah Surau Dato' Laksamana Haji Ahmad, Pantai, Seremban Ustaz Lokman Shazly bin Zaharin
13 Tariqat Syatariyyah Kg. Terusan Seberang, Kuala Pilah Tuan Haji Sulaiman bin Alam
14 Tariqat Naqsyabandiah Mujaddidi Rasah Kemayan, Seremban 2 Ustaz Wan Mohd Aswadi B.Wan Mat Yim
15 Tariqat Cishtiyyah Madrasah Al-Hikmah Kg Renal, Kuala Klawang Ustaz Umair bin Abdul Ghaffar
16 Tariqat Naqsyabandiah Khalidiyyah Institut Latihan Ilmu Tarekat (ILIT) Manarah, Kg. Parit Seberang, Kuala Pilah Ustaz Dr. Haji Jahid bin Sidek
17 Tariqat Naqshabandiyyah Mujaddidiyyah Ahmadiyyah Taman Zaiton Indah, Seremban Ustaz Dr. Muhammad Khairi bin Mahyuddin
18 Tariqat Tijaniyyah Zawiyah Bustanul Zikir, Kg Sungai Bunga @ Kg Mendum, Lenggeng Tuan Haji Yahya bin Haji Zakaria
19 Tariqat Al-Idrisiyyah Al-Ahmadiah Al-Syadziliyah Surau Sheikh Haji Abdullah, Taman Zaiton, Ampangan Tuan Haji Nizar bin Haji Hasan
20 Tariqat Qodiriyyah Shadhiliyyah Darqawiyah Bandar Enstek, Nilai Tuan Haji Shamsudin bin Haji Idris

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bernama (2022-08-04). "Pusat Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah ditutup 6 bulan". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-12-15.
  2. ^ Sani, Kamarulnizam. "Perkembangan Tasawuf dan Tarekat di Malaysia". Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ "Zahid Seru Kumpulan Tarekat Disusun, Progresif - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2015-11-07. Dicapai pada 2023-12-15.
  4. ^ "1. ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005 ( Negeri Sembilan) 2005". online.fliphtml5.com. Dicapai pada 2023-12-15.
  5. ^ "Facebook Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan". www.facebook.com. 14 Disember 2023. Dicapai pada 2023-12-15.