Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
يڠ د-ڤرتوان بسر نڬري سمبيلن
Monarki
Negeri/Wilayah
Changgaiputeri.jpg
Jata/Lambang Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
يڠ د-ڤرتوان بسر نڬري سمبيلن

Penyandang
Tuanku Muhriz
sejak 2008
Gelaran: Duli Yang Maha Mulia
Raja pertama: Raja Melewar
Pengasasan: 1773

Yang di-Pertuan Besar adalah pemerintah bersama bagi Negeri Sembilan mengikut sistem raja berperlembagaan moden bagi negeri itu sejak tahun 1898. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar dikenali sebagai Yamtuan Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di tanah jajahan adat meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.

Permulaan perlantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke-17 Masehi. Sebelum itu Negeri Sembilan adalah dibawah takluk Kesultanan Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang-orang Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.

Pada masa yang sama orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Kemboja telah memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan keturunan Minangkabau mengakui Daeng Kemboja sebagai raja di Negeri Sembilan. Ini bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau ini.

Satu utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dilantik di Negeri Sembilan. Bagaimanapun permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor telah membenarkan orang-orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.

Dengan itu maka pemimpin-pemimpin setempat di Negeri Sembilan lantas menghantar wakil untuk mengadap Yang Di-Pertuan Pagar Ruyung di Tanah Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini telah diperkenankan dan telah melantik Raja Melewar menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang-orang Negeri Sembilan menghalau Daeng Kemboja dari tanah Negeri Sembilan.

Senarai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

  1. 1773 - 1795 : Raja Melewar
  2. 1795 - 1808 : Raja Hitam
  3. 1808 - 1824 : Raja Lenggang
  4. 1824 - 1861 : Raja Radin
  5. 1861 - 1869 : Yamtuan Imam
  6. 1869 - 1872 : Tengku Ampuan Intan (pemangku Raja)
  7. 1875 - 1888 : Yamtuan Antah
  8. 1888 - 1933 : Tuanku Muhammad
  9. 1933 - 1960 : Tuanku Abdul Rahman
  10. 1960 - 1967 : Tuanku Munawir
  11. 1967 - 2008 : Tuanku Jaafar
  12. 2008 - kini : Tuanku Muhriz

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Raja di Negeri Sembilan adalah terdiri daripada Yang di-Pertuan Besar, Undang Luak Sungei Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau dan Tengku Besar Tampin. Yang di-Pertuan Besar dipilih dan ditabalkan oleh Undang Yang Empat daripada kalangan putera raja berketurunan Raja Lenggang ibni Raja Laut, iaitu Yamtuan Seri Menanti yang ketiga.

Walaupun status Yang di-Pertuan Besar diakui sebagai Raja, namun kuasa budi bicaranya terhad dan hendaklah mendapat persetujuan daripada Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin dalam beberapa aspek termasuk pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan, penangguhan pembubaran Dewan Undangan Negeri, penetapan dasar kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera di Negeri Sembilan dan hal ehwal agama Islam. Yang di-Pertuan Besar hanya berkuasa mengikut budi bicaranya di Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol sahaja.

Sistem beraja yang unik itu mencetuskan ilham kepada kewujudan jawatan Yang di-Pertuan Agong bagi peringkat Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia, di mana Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada sembilan Raja Melayu ditubuhkan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara automatik akan mengangotai Majlis Raja-Raja dan menjadi sebahagian daripada sistem beraja di Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081. 
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549. 

Nota kaki[sunting | sunting sumber]