Epsilon Eridani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Epsilon Eridani
Diagram showing star positions and boundaries of the Eridanus constellation and its surroundings
Cercle rouge 100%.svg

Carta bintang bagi buruj Eridanus yang menunjukkan kedudukan ε Eridani (dalam bulatan)
Data cerapan
Epoch J2000.0      Ekuinoks J2000.0
Buruj Eridanus
Jarak hamal 03j 32m 55.84496s[1]
Keserongan −09° 27′ 29.7312″[1]
Magnitud ketara (V)3.736[2]
Sifat
Jenis spektrumK2V[3]
Magnitud ketara (B)4.61[4]
Magnitud ketara (V)3.73[4]
Magnitud ketara (J)2.228 ±0.298[5]
Magnitud ketara (H)1.880 ± 0.276[5]
Magnitud ketara (K)1.776 ± 0.286[5]
Indeks warna U-B+0.571[2]
Indeks warna B-V+0.887[2]
Jenis pembolehubahBY Dra[4][6]
Astrometri
Halaju jejarian (Rv)+15.5 ± 0.9[7] km/s
Gerakan wajar (μ) RA: −975.17[1] mas/thn
Dec.: 19.49[1] mas/thn
Paralaks bintang (π)311.37 ± 0.1[8] mas
Jarak10.475 ± 0.003 tc
(3.212 ± 0.001 pc)
Magnitud mutlak (MV)6.19[9]
Rujukan pangkalan data
SIMBADdata
Extrasolar Planets
Encyclopaedia
data
Rekaan lain
18 Eridani, BD -09°697, GCTP 742.00, GJ 144, HD 22049, HIP 16537, HR 1084, LHS 1557, SAO 130564, WDS 03330-0928.[4]

Epsilon Eridani (ε Eri, ε Eridani) ialah sebuah bintang di bahagian selatan buruj Eridanus, pada keserongan 9.46° selatan khatulistiwa samawi. Ini membolehkannya dilihat dari kebanyakan tempat di permukaan bumi, pada jarak 10.5 tahun cahaya, ia mempunyai magnitud ketara 3.73. Ia merupakan bintang individu atau sistem bintang ketiga terdekat yang membolehkannya dilihat dengan mata kasar dan merupakan bintang yang terdekat yang diketahui mempunyai pelanet sehinggalah penemuan yang tidak disahihkan bagi Alpha Centauri Bb. Usianya dianggarkan kurang dari satu bilion tahun. Disebabkan usianya yang masih muda, Epsilon Eridani mempunyai keaktifan magnet yang tinggi berbanding Matahari masa kini, dengan angin najam sekuat 30 kali ganda. Tempoh putarannya ialah 11.2 hari di khatulistiwanya. Epsilon Eridani adalah lebih kecil dan kurang berjisim berbanding Matahari, dan secara bandingannya mempunyai sedikit unsur yang lebih berat daripada helium.[10] Ia merupakan bintang jujukan utama bagi kelas spektrum K2, yang bemaksud tenaganya dijana di teras melalui pelakuran nuklear hidrogen yang dipancarkan ke permukaan pada suhu lebih kurang 5,000 K, yang memberikannya warna kejinggaan.

Pergerakan Epsilon Eridani sepanjang garis penglihatan dari Bumi, dikenali sebagai halaju jejarian, sering dicerap lebih daripada dua puluh tahun. Perubahan berkalanya memberikan bukti tentang kewujudan planet gergasi mengelilingi Epsilon Eridani, menjadikannya satu daripada sistem luar suria dengan calon planet yang terhampir.[11] Objek tersebut, Epsilon Eridani b, secara rasminya diumumkan pada tahun 2000 oleh sepasukan ahli astronomi yang diketuai oleh Artie Hatzes.[11] Data terkini menunjukkan yang planet ini mengelilingi bintangnya dalam tempoh 7 tahun dengan pemisahan purata 3.4 unit astronomi (AU), 1 AU pula bersamaan jarak purata antara Bumi dan Matahari.[12] Walaupun peneman ini berkontroversi disebabkan jumlah hingar latar belakang bagi data halaju jejariannya yang tinggi,[13] banyak ahli astronomi menganggap kewujudan planet tersebut sebagai sahih.

Sistem tersebut termasuklah dua gegelung batuan asteroid: satu pada 3 AU dan yang kedua pada kedudukan lebih kurang 20 AU, yang strukturnya dipelihara oleh planet hipotesis kedua, Epsilon Eridani c.[14] Epsilon Eridani turut mempunyai cakera puing luaran bagi sisa planetesimal hasil baki semasa pembentukan sistem tersebut.[15]

Penamaan Epsilon Eridani diasaskan pada tahun 1603 oleh Johann Bayer. Ia berkemungkinan sebahagian daripada bintang Kumpulan Bergerak Ursa Major yang berkongsi pergerakan serupa merentasi Bima Sakti, menunjukkan yang bintang ini berkongsi asal usul ari sebuah kelompok terbuka. Jiran terdekatnya, sistem bintang deduaan Luyten 726-8, akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Epsilon Eridani dalam lebih kurang 31,500 tahun yang ketika itu hanya dipisahkan lebih kurang 0.93 ly.[16] Sebagai bintang menyerupai Matahari yang terhampir dengan potensi untuk mempunyai hidupan,[17] Epsilon Eridani telah menjadi sasaran dalam pencarian SETI. Epsilon Eridani muncul dalam kisah cereka sains dan dicadangkan sebagai destinasi penjelajahan antarnajam.[18] Dari Epsilon Eridani, Matahari akan kelihatan sebagai sebuah bintang dengan magnitud 2.4 di Serpens.[note 1]

Sejarah pencerapan[sunting | sunting sumber]

Gambar atas menunjukkan kawasan bintang dengan garisan warna menunjukkan buruj. Gambar bawah menunjukkan beberapa bintang dengan dua garis putih.
Atas, bahagian utara buruj Eridanus ditandakan dengan hijau, manakala garisan biru menunjukkan Orion. Bawah, pandangan yang diperbesarkan dalam kotak putih menunjukkan Epsilon Eridani di persimpangan dua garis.

Pengkatalogan[sunting | sunting sumber]

Pengesana penghampiran[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan pemerhatian antara 1800 dan 1880, Epsilon Eridani didapati mempunyai gerakan benar yang besar merentasi sfera samawi, yang dianggarkan pada halaju sudut tiga arkasaat setiap tahun. [19] Gerakan ini menunjukkan ia agak dekat dengan Matahari,[20] menjadikannya bintang tumpuan bagi tujuan pengukuran paralaks trigonometri . Proses ini melibatkan rakaman kedudukan Epsilon Eridani semasa Bumi bergerak mengelilingi Matahari, yang membolehkan jarak bintang dianggar. [19] Dari 1881-1883, ahli astronomi Amerika William L. Elkin menggunakan heliometer di Balai Cerap Diraja Tanjung Harapan, Afrika Selatan untuk membandingkan kedudukan Epsilon Eridani dengan dua bintang yang berdekatan. Dari pemerhatian ini, pengukuran paralaks 0.14 ± 0.02 arkasaat telah dikira [21] [22]. Menjelang 1917, pemerhati telah memperbaiki anggaran paralaks mereka kepada 0.317 arkasaat.[23] Nilai moden bagi 0.3109 arkasaat adalah bersamaan dengan jarak kira-kira 10.50 ly (3.22 parsec).[1]

Penemuan keliling najam[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ From Epsilon Eridani, the Sun would appear on the diametrically opposite side of the sky at the coordinates RA=15j 32m 55.84496s, Dec=09° 27′ 29.7312″, which is located near Alpha Serpentis. The absolute magnitude of the Sun is 4.83,[a] so, at a distance of 3.212 parsecs, the Sun would have an apparent magnitude: ,[b] assuming negligible extinction (AV) for a nearby star.
    Ref.:
    1. Binney, James; Merrifield, Michael (1998), Galactic Astronomy, Princeton University Press, m/s. 56, ISBN 0691025657 
    2. Karttunen, Hannu; dll. (2013), Fundamental Astronomy, Springer Science & Business Media, m/s. 103, ISBN 3662032155 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e van Leeuwen, Floor (November 2007), "Validation of the new Hipparcos reduction", Astronomy and Astrophysics, 474 (2): 653–664, arXiv:0708.1752v1Boleh dicapai secara percuma, Bibcode:2007A&A...474..653V, doi:10.1051/0004-6361:20078357.  Note: see VizieR catalogue I/311.
  2. ^ a b c Cousins, A. W. J. (1984), "Standardization of Broadband Photometry of Equatorial Standards", South African Astronomical Observatory Circulars, 8: 59, Bibcode:1984SAAOC...8...59C. 
  3. ^ Gray, R. O.; dll. (July 2006), "Contributions to the Nearby Stars (NStars) Project: spectroscopy of stars earlier than M0 within 40 pc-The Southern Sample", The Astronomical Journal, 132 (1): 161–170, arXiv:astro-ph/0603770Boleh dicapai secara percuma, Bibcode:2006AJ....132..161G, doi:10.1086/504637. 
  4. ^ a b c d "V* eps Eri – variable of BY Dra type", SIMBAD, Centre de Données astronomiques de Strasbourg, dicapai 2010-11-05. 
  5. ^ a b c Cutri, R. M.; dll. (June 2003), "The IRSA 2MASS all-sky point source catalog, NASA/IPAC infrared science archive", The IRSA 2MASS All-Sky Point Source Catalog, Bibcode:2003tmc..book.....C. 
  6. ^ "GCVS query=eps Eri", General Catalog of Variable Stars, Sternberg Astronomical Institute, Moscow, Russia, dicapai 2009-05-20. 
  7. ^ Evans, D. S. (June 20–24, 1966), Batten, Alan Henry; Heard, John Frederick, para penyunting, "The revision of the general catalogue of radial velocities", Determination of Radial Velocities and their Applications, Proceedings from IAU Symposium no. 30, University of Toronto: International Astronomical Union, 30, m/s. 57, Bibcode:1967IAUS...30...57E. 
  8. ^ Benedict, G. Fritz; dll. (November 2006), "The extrasolar planet e Eridani b – orbit and mass", The Astronomical Journal, 132 (5): 2206–2218, arXiv:astro-ph/0610247Boleh dicapai secara percuma, Bibcode:2006AJ....132.2206B, doi:10.1086/508323. 
  9. ^ Staff (June 8, 2007), The one hundred nearest star systems, Research Consortium On Nearby Stars, dicapai 2007-11-29 
  10. ^ Di Folco, E.; dll. (November 2004), "VLTI near-IR interferometric observations of Vega-like stars. Radius and age of α PsA, β Leo, β Pic, ε Eri and τ Cet", Astronomy and Astrophysics, 426 (2): 601–617, Bibcode:2004A&A...426..601D, doi:10.1051/0004-6361:20047189. 
  11. ^ a b Hatzes, Artie P.; dll. (December 2000), "Evidence for a long-period planet orbiting ε Eridani", The Astrophysical Journal, 544 (2): L145–L148, arXiv:astro-ph/0009423Boleh dicapai secara percuma, Bibcode:2000ApJ...544L.145H, doi:10.1086/317319. 
  12. ^ Schneider, Jean, "Star: Eps Eridani", Extrasolar Planets Encyclopaedia, Paris Observatory, dicapai 2010-07-04. 
  13. ^ Buccino, A. P.; Mauas, P. J. D.; Lemarchand, G. A. (June 2003), R. Norris and F. Stootman, para penyunting, "UV Radiation in Different Stellar Systems", Bioastronomy 2002: Life Among the Stars, Proceedings of IAU Symposium #213, San Francisco: Astronomical Society of the Pacific, 213, m/s. 97, Bibcode:2004IAUS..213...97B. 
  14. ^ Aguilar, David A.; Pulliam, Christine (October 27, 2008), Solar System's young twin has two asteroid belts, Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics, dicapai 2008-11-10. 
  15. ^ Backman, D.; dll. (2008), "Epsilon Eridani's planetary debris disk: structure and dynamics based on Spitzer and CSO observations", The Astrophysical Journal, 690 (2): 1522–1538, arXiv:0810.4564Boleh dicapai secara percuma, Bibcode:2009ApJ...690.1522B, doi:10.1088/0004-637X/690/2/1522. 
  16. ^ Potemine, Igor Yu. (April 12, 2010). "Transit of Luyten 726-8 within 1 ly from Epsilon Eridani". arXiv:1004.1557 [astro-ph.SR].
  17. ^ Villard, Ray (December 2007), "Does life exist on this exoplanet?", Astronomy, 35 (12): 44–47, Bibcode:2007Ast....35l..44V. 
  18. ^ Boyle, Alan (2009), "The case for Pluto: how a little planet made a big difference", The Case for Pluto: How a Little Planet Made a Big Difference by Alan Boyle. Wiley, Hoboken, New Jersey: John Wiley and Sons: 191, Bibcode:2009cphl.book.....B, ISBN 0-470-50544-3. 
  19. ^ a b Gill, David; Elkin, W. L. (1884), Heliometer determinations of stellar parallaxes in the southern hemisphere, London, U.K.: The Royal Astronomical Society, m/s. 174–180. 
  20. ^ Belkora, Leila (2002), Minding the heavens: the story of our discovery of the Milky Way, London, U.K.: CRC Press, m/s. 151, ISBN 0-7503-0730-7. 
  21. ^ Gill, David (1893), Heliometer observations for determination of stellar parallax, London: Eyre and Spottiswoode, m/s. xvi. 
  22. ^ Gill, David (1884), "The fixed stars", Nature, 30 (763): 156–159, Bibcode:1884Natur..30..156., doi:10.1038/030156a0. 
  23. ^ Adams, W. S.; Joy, A. H. (1917), "The luminosities and parallaxes of five hundred stars", The Astrophysical Journal, 46: 313–339, Bibcode:1917ApJ....46..313A, doi:10.1086/142369. 
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "an328_10" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]