Tahun cahaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tahun cahaya merujuk kepada jarak yang direntasi oleh cahaya dalam tempoh satu tahun bersamaan 9,460,730,472,580.8 kilometer. Tahun cahaya juga ditakrifkan sebagai jarak yang dilalui oleh foton dalam ruang terbuka, jauh daripada mana-mana tarikan graviti atau magnet dalam tempoh satu tahun Julian (bukan tahun lompat). Memandangkan cahaya boleh bergerak selaju 299,792,458 m/s dalam keadaan vakum, satu tahun cahaya bersamaan 9,460,730,472,580,800 atau 9.46 petameter.

Tahun cahaya digunakan untuk mengukur jarak yang tersangat jauh dalam ilmu falak seperti jarak bintang, galaksi dan saiz alam semesta. Dalam bidang astronomi, unit yang digemari ialah parsek yang ditakrifkan sebagai jarak bagi suatu objek untuk menghasilkan satu arcsecond paralaks apabila pemerhati bergerak sebanyak satu unit astronomi. Nilainya adalah lebih kurang 3.26 tahun cahaya. Unit parsek digemari kerana unit ini boleh didapati daripada pemerhatian.

Satu tahun cahaya bersamaan 63,241 unit astronomi (AU). Unit lain yang berkaitan dengan tahun cahaya ialah minit cahaya dan saat cahaya. Satu minit cahaya bersamaan dengan 17,987,547,480 meter. Disebabkan cahaya bergerak pada sejauh 299,792,458 meter dalam satu saat, maka satu saat cahaya adalah 299,792,458 meter.

Fakta tambahan[sunting | sunting sumber]

  • 8.3 minit diperlukan oleh sesuatu cahaya untuk bergerak daripada Matahari ke Bumi (ini disebabkan, kita berada lebih kurang 8.3 minit cahaya daripada matahari).
  • Kuar angkasa lepas paling jauh, Voyager 1 terletak 12.5 jam cahaya dari bumi pada Januari 2004.
  • Bintang paling dekat, Proxima Centauri terletak 4.22 tahun cahaya jaraknya daripada Bumi.
  • Galaksi kita Bima Sakti, mempunyai kelebaran lebih kurang 100,000 tahun cahaya.
  • Angkasa lepas yang boleh dicerap mempunyai jejari lebih kurang 13,700,000,000 tahun cahaya. Sebab ini berlaku kerana Big Bang telah berlaku lebih kurang 13.7 bilion tahun yang lalu, dan kita tidak boleh melihat sesuatu yang telah lepas. Jejari ini membesar pada semua arah pada kadar satu saat cahaya setiap satu saat.


Kaveat: Disebabkan oleh galaksi yang kita diami mempunyai diameter 100,000 tahun cahaya, satu kapal angkasa lepas hipotesis yang bergerak pada kelajuan yang menghampiri kelajuan cahaya memerlukan lebih daripada 100,000 tahun untuk merentasinya. Walau bagaimanapun, ini cuma benar bagi pemerhati yang rehat berbanding kepada galaksi tersebut; krew kapal angkasa akan mengalami pengalaman merentasi galaksi tersebut selama beberapa minit sahaja. Ini disebabkan oleh pelambatan masa jam yang bergerak yang diterangkan oleh relativiti khas. On the other hand, the crew will experience a length contraction of the galaxy: from their viewpoint, the galaxy will appear to become strongly flattened.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]