Etnobotani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Etnobotani (dari "ethnologi" - kajian budaya[1] dan "botani" - kajian tumbuhan) merupakan kaedah saintifik kaitan antara manusia dan tumbuhan.

Matlamat Etnobotani adalah merekod, menggambarkan dan menjelaskan kaitan rumit antara budaya dan (kegunaan) tumbuhan: menumpukan, terutamanya, bagaimana tumbuhan digunakan, diurus dan dinilai merentasi masyarakat manusia(contohnya. sebagai makanan; sebagai ubat; dalam menujum; dalam kosmetik; dalam mewarna; sebagai pakaian; dalam pembinaan; sebagai peralatan; sebagai wang; sebagai pakaian; dalam sastera; dalam upacara; dan dalam kehidupan masyarakat.)[2]

Sejarah etnobotani[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan telah digunakan oleh pawang penduduk tempatan India Amerika, seperti orang Ojibwa ini.

Sungguhpun istilah "etnobotani" tidak dicipta sehingga 1895 oleh pakar botani US John William Harshberger, sejarah bidang ini bermula lama sebelum itu. Pada 77 AD, pakar bedah Yunani Dioscorides menerbitkan "De Materia Medica", yang merupakan katalog sekitar 600 tumbuhan di Mediterranean. Ia turut memasukkan maklumat mengenai bagaimana orang-orang Yunani menggunakan tumbuhan itu, terutama untuk tujuan perubatan. Buku herbal bergambar ini mengandungi bagaimana dan bila setiap tumbuhan diambil, sama ada ia beracun atau tidak, kegunaan sebenarnya, dan sama ada ia boleh dimakan atau tidak (ia turut memasukkan resipi). Dioscorides menekankan potensi ekonomi tumbuhan. Selama beberapa generasi, cendekiawan belajar dari buku herbal ini, tetapi tidak sendiri pergi kepadang sehingga selepas Abad Pertengahan.

Pada tahun 1542 Leonhart Fuchs, artis Renaissance, mendahului kembali kelapangan. Katalog "De Historia Stirpium" nya menyenaraikan 400 tumbuhan tempatan bagi Jerman dan Austria.

John Ray (1686–1704) memberikan takrifan pertama "spesies" dalam bukunya "Historia Plantarum": spesies adalah set individu yang bangkit melalui melahirkan individu yang sama dengan diri mereka.

Pada tahun 1753 Carl Linnaeus menulis "Species Plantarum", yang memasukkan maklumat berkenaan 5,900 tumbuhan. Linnaeus terkenal bagi mencipta kaedah binomial bagi tatanama, bagi mana semua spesies diberikan dua bahagian nama (genus, spesies).

Pada abad ke-19 melihat kemuncak penjelajahan botani. Alexander von Humboldt mengumpulkan data dari dunia baru, dan pengembaraan James Cook membawa balik koleksi dan maklumat berkenaan tumbuhan di Pasifik Selatan. Pada masa ini taman botani utama bermula, sebagai contoh Taman Botani Diraja, Kew.

Edward Palmer mengumpul artifak dan contoh botani dari manusia di Utara Amerika Barat (Lembangan Besar) dan Mexico dari 1860-an sehingga 1890-an.

Apabila maklumat mencukupi wujud, bidang "botani penduduk asli" diasaskan. Botani penduduk asli merupakan kajian bagi semua bentuk sayuran yang digunakan oleh penduduk asli sebagai makanan, perubatan, tekstil, perhiasan, dll.

Individu pertama mengkaji perspektif emic bagi dunia tumbuhan merupakan pakar perubatan Jerman yang bekerja di Sarajevo pada akhir abad ke-19: Leopold Glueck. Hasil kerjanya yang diterbitkan berkenaan kegunaan tumbuhan tradisi perubatan yang digunakan oleh penduduk luar bandar Bosnia (1896) boleh dianggap hasil kerja etnobotani moden pertama.

Istilah "ethnobotany" pertama kali digunakan oleh pakar botanisi John W. Harshberger pada tahun 1895 ketika dia mengajar di Universiti Pennsylvania. Sungguhpun istilah ini tidak digunakan sehingga 1895, minat pratikal bagi etnobotani kembali sejauh permulaan tamadun ketika manusia bergantung pada tumbuhan bagi terus hidup.

Cendekiawan lain menganalisis kegunaan tumbuhan di bawah pandangan tempatan/asal pada abad ke-20: contoh. Matilda Coxe Stevenson, pokok Zuni (1915); Frank Hamilton Cushing, makanan Zuni (1920); Keewaydinoquay Peschel, Fungi Anishinaabe (1998), dan pendekatan berpasukan Wilfred Robbins, JP Harrington, dan Barbara Freire-Marreco, Pokok Tewa pueblo (1916).

Pada awalnya, kajian dan contoh etnobotani tidak boleh diharapkan dan kadangkala tidak berguna. Ini disebabkan pakar botani dan antropologi tidak bekerjasama dalam kerja mereka. Botani menumpu pada mengenal pasti spesies dan bagaimana tumbuhan digunakan dan bukannya menumpu bagaimana tumbuhan berada dalam kehidupan manusian. Di sebaliknya, antropologi berminat mengenai peranan budaya tumbuhan dan bukannya aspek saintifiknya. Dengan itu, data etnobotani awal tidak benar-benar mengandungi maklumat kedua pihak. Pada awal abad ke-20, botani dan antropologi akhirnya bekerjasama dan pengumpulan data terperinci dan boleh diharap bermula.

Etnobotani moden[sunting | sunting sumber]

Bermula awal abad ke-20, bidang etnobotani mengalami perubahan dari himpunan asas data kepada penyelarasan kaedah dan konsep lebih besar. Ini juga merupakan permulaan etnobotani akademik. Pengasas disiplin ini adalah Richard Evans Schultes. Hari ini bidang etnobotani memerlukan pelbagai kemahiran: latihan botani bagi mengenal pasti dan mengekalkan contoh tumbuhan; latihan antropologi bagi memahami konsep budaya sekitar tanggapan mengenai tumbuhan; latihan linguistik, setidaknya cukup bagi mentranskripsi istilah tempatan dan memahami morfologi tempatan, sintak dan semantik.

Sebahagian besar maklumat mengenai kegunaan tradisi tumbuhan masih memerlukan pergaulan dengan ahli puak[3]. Tetapi pawang tempatan keberatan berkongsi pengetahuan mereka dengan tepat kepada orang luar. Schultes benar-benar berlatih dengan pawang Amazon, yang membabitkan iltizam jangka panjang dan hubungan sebenar. Dalam Wind in the Blood: Mayan Healing & Chinese Medicine oleh Garcia et al. pakar akupuncher pelawat berjaya mencapat tahap perubatan Maya yang gagal dicapai oleh antropologi kerana dia memiliki sesuatu yang boleh dikongsikan. Pawang perubatan Cherokee David Winston menggambarkan bagaimana bapa saudaranya mencipta mengarut bagi memuas hati ahli antropologi pelawat.[4]

Journal saintifik mengenai penyelidikan etnobotani[sunting | sunting sumber]

Buletin Amerika Latin dan Caribbean bagi Tumbuhan Perubatan dan Harum (Latin American and Caribbean Bulletin of Medicinal and Aromatic Plants - BLACPMA) atau Boletin latinoamericano y del caribe de plantas medicinales y aromaticas (ISSN-0717 7917) merupakan penerbitan saintifik dua bulan sekali kearah kepelbagaian bidang profesion dan teknikal berkaitan dengan perubatan dan tumbuhan haruman. Ia menerima kertas kerja berkait bidang kepentingan Buletin, iaitu agronomi, antropologi dan etnobotani, penggunaan pengilangan, botani, kualiti dan penormalan, ekologi dan biodiversiti, ekonomi dan pasaran, farmakologi, fitokimia, perundangan, maklumat dan penyebaran peristiwa, kursus, anugerah, peraturan, berita, pertanyaan pasaran, laporan, bibliografi, atau sebarang jenis bahan yang penting untuk diterbitkan.


Lihat juga journal kajian semula setara ("peer-reviewed"):

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Random House Dictionary of the English Language Unabridged Edition, Jess Stein ed. in chief, Random House, New York 1966 p. 489
  2. ^ Acharya, Deepak and Shrivastava Anshu (2008): Indigenous Herbal Medicines: Tribal Formulations and Traditional Herbal Practices, Aavishkar Publishers Distributor, Jaipur- India. ISBN 978-81-7910-252-7. pp 440.
  3. ^ Sood, S.K., Nath, R. and Kalia, D.C. 2001. Ethnobotany of Cold Desert Tribes of Lahoul-Spiti (N.W. Himalaya). Deep Publications, New Delhi.
  4. ^ Wind in the Blood: Mayan Healing & Chinese Medicine by Hernan Garcia, Antonio Sierra, Hilberto Balam, and Jeff Connant

Pautan luar[sunting | sunting sumber]