Eusoffe Abdoolcader

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Eusoffe Abdoolcader
Judge of the Supreme Court of Malaysia
Dalam jawatan
1974–1988
Butiran peribadi
LahirEusoffe Abdoolcader
(1924-09-11)11 September 1924
Meninggal dunia11 Januari 1996(1996-01-11) (umur 71)
Taman Jesselton, George town, Penang
PasanganHaseenah
BapaSir Husein Hasanally Abdoolcader
Alma materPenang Free School, University College London
ProfesionBarrister, Judge

Eusoffe Abdoolcader (11 September 1924–11 Januari 1996) ialah seorang hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia dari tahun 1974 sehingga tahun 1988. Eusoffe merupakan seorang peguam dan hakim Mahkamah Agung yang dihormati. Beliau diingati oleh rakan sebaya dan orang bawahannya sebagai seorang hakim terhebat yang pernah dilihat oleh Malaysia. [1] Eusoffe merupakan salah seorang daripada lima orang hakim kanan yang digantung kerja semasa krisis kehakiman 1988.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada usia 15 tahun, beliau menduduki dan lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang akan tetapi beliau terlalu muda untuk melanjutkan pelajaran ke Raffles College di Singapura kerana kolej tersebut telah menetapkan umur minimum 17 tahun untuk melanjutkan pengajian. Maka, beliau mengulangi peperiksaannya setelah cukup umur dan akhirnya dengan pengaruh bapanya mendapat tempat di Raffles. Dia mendakwa bahawa dia ' dibuli ' oleh Lee Kuan Yew. [2]

Eusoffe melanjutkan pengajian di dalam bidang undang-undang di University College London dan lulus dengan ijazah LL.B. dengan Kepujian Kelas Pertama. [3]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang peguam bela di Bar, Abdoolcader tidak tertandingi dalam pengetahuannya tentang undang-undang dan tidak dapat ditandingi dalam advokasinya, menyebabkan dia mendapat reputasi sebagai seorang lawan yang hebat di dalam mahkamah. [3] Peguam dan orang awam sama-sama berasa kagum dengan kecemerlangan dan inteleknya. Walaubagaimanapun, ramai orang mengatakan beliau mempunyai rasa jenaka yang kering.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bapa Eusoffe, Sir Husein Hasanally Abdoolcader, juga merupakan seorang peguam, pemimpin masyarakat dan ahli politik yang terkemuka. Husein merupakan ahli Majlis Perundangan dalam kawasan Negeri-Negeri Selat dan juga ahli Majlis Penasihat kepada Gabenor Malayan Union. Husein juga telah mencipta nama dalam Negeri-negeri Selat sebagai orang India Malaya yang pertama dinobatkan darjah kesatria oleh Raja George VI pada tahun 1948. [4] Eusoffe telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Haseenah Abdullah yang berusia 10 tahun lagi tua daripada beliau.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Januari tahun 1996, 3 tahun selepas kematian isterinya, Eusoffe telah bertindak membunuh diri di rumahnya di Taman Jesselton. [4]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Eusoffe Abdoolcader - legendary judge, loving husband, great friend | The Malaysian Insight". www.themalaysianinsight.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-28.
  2. ^ Tribute to a courageous judge (PDF). Aliran Monthly. 1995. m/s. 5.
  3. ^ a b "Tan Sri Dato' Dr. Eusoffe Abdoolcader - KL BAR". KL BAR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-28.
  4. ^ a b "A small road stands to remind Penangites of Abdoolcaders' contributions - Malaysia Premier Property and Real Estate Portal". Malaysia Premier Property and Real Estate Portal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-28.
  5. ^ "DPCM 1979". pingat.perak.gov.my/. Dicapai pada 16 May 2022.
  6. ^ "SPMP 1986". pingat.perak.gov.my/. Dicapai pada 16 May 2022.

Templat:Commander of the Order of Loyalty to the Crown of Malaysia