Fadwa Tuqan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fadwa Tuqan
Kelahiran1917 (1917)
Meninggal dunia12 Disember 2003(2003-12-12) (umur 85–86)
Nablus, Palestin
PekerjaanPemuisi
SaudaraAhmad Toukan (abang)
Ibrahim Tuqan (abang)

Fadwa Tuqan (Arab: فدوى طوقان; 1917 – 12 Disember 2003) ialah seorang pemuisi Palestin yang terkenal dengan gambaran penentangannya terhadap pendudukan Israel dalam puisi Arab kontemporari. Beliau kadang-kadang digelar sebagai "Si Pemuisi Palestin".[1][2]

Intisari[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Nablus daripada keluarga Tuqan Palestin yang kaya-raya terkenal dengan pencapaian mereka dalam pelbagai bidang, beliau menerima persekolahan sehingga umur 13 tahun apabila terpaksa berhenti sekolah pada usia muda kerana berpenyakit. Salah seorang abangnya, Ibrahim Tuqan, yang dikenali sebagai Si Pemuisi Palestin, bertanggungjawab mendidiknya, memberikan bukunya untuk dibaca dan mengajarnya bahasa Inggeris. Beliau juga yang memperkenalkannya kepada puisi.[3] Fadwa akhirnya memasuki Universiti Oxford, di mana beliau belajar bahasa Inggeris dan sastera.[3]

Abang sulung Fadwa Tuqan ialah Ahmad Toukan, bekas perdana menteri Jordan.

Puisi Fadwa terkenal dengan catatan tersendiri tentang penderitaan rakyatnya, rakyat Palestin, khususnya mereka yang hidup di bawah pendudukan Israel.[3] Beliau menyumbang dalam sebuah jurnal progresif Bahrain, Sawt al-Bahrain, pada awal 1950-an.[4]

Fadwa akhirnya menerbitkan lapan koleksi puisi, yang diterjemahkan ke dalam banyak bahasa dan terkenal di seluruh Dunia Arab.[3] Bukunya, Alone With the Days, tertumpu pada kesusahan yang dihadapi oleh wanita di dunia Arab yang didominasi lelaki.[3] Selepas Perang Enam Hari, puisi Fadwa tertumpu pada kesusahan hidup di bawah pendudukan Israel. Salah satu puisinya yang paling terkenal, "The Night and the Horsemen," menggambarkan kehidupan di bawah pemerintahan tentera Israel.

Fadwa meninggal dunia pada 12 Disember 2003 semasa kemuncak Intifada Al-Aqsa, ketika kampung halamannya Nablus dikepung.[1][5] Puisi Wahsha: Moustalhama min Qanoon al Jathibiya (Rindu: Diilhamkan oleh Hukum Graviti) adalah salah satu puisi terakhir yang beliau tulis ketika sebahagian besar masanya terbaring di atas katil.[1]

Fadwa secara meluas dianggap sebagai lambang perjuangan Palestin dan "salah seorang tokoh kesusasteraan Arab moden yang paling terkenal."[1][3] Puisi beliau dipersembahkan oleh Mohammed Fairouz dalam Third Symphonynya.[6]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • My Brother Ibrahim (1946)
  • Alone With The Days (1952)
  • I Found It (1957)
  • Give Us Love (1960)
  • In Front Of A Closed Door (1967)
  • The Night And the Horsemen (1969)
  • Alone On the Summit Of The World (1973)
  • July And The Other Thing (1989)
  • The Last Melody (2000)
  • Longing Inspired by the Law of Gravity (2003)
  • Tuqan, Fadwa: An autobiography: A Mountainous Journey, Graywolf Press, Saint Paul, Minnesota, U.S.A (1990), ISBN 1-55597-138-5, with part two published in 1993

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Fadwa Touqan". Words Without Border. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 June 2007. Dicapai pada 15 April 2007. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Words" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ "Palestinian poet Fadwa Tuqan dies". Al Jazeera. 20 December 2003. Dicapai pada 12 June 2020.
  3. ^ a b c d e f Lawrence Joffe (15 December 2003). "Obituary". The Guardian. Dicapai pada 15 July 2007. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Guardian" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Wafa Alsayed (1 July 2020). "Sawt al-Bahrain: A Window onto the Gulf's Social and Political History". London School of Economics. Dicapai pada 22 April 2021.
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2007. Dicapai pada 16 July 2007.CS1 maint: archived copy as title (link)
  6. ^ Thomas Moore. (12 September 2010), Mohammed Fairouz: An Interview, Opera Today, Retrieved 19 April 2011


Pautan luar[sunting | sunting sumber]