Fairchild AC-119

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
AC-119G Shadow
AC-119K Stinger
AC-119.jpg
Sebuah AC-119 di atas landasan
Peranan Kapal terbang penembak
Pengeluar Fairchild
Diperkenalkan November 1968
Dihentikan Tentera Udara A.S: 1971
Tentera Udara Republik Vietnam Utara: 1975
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Vietnam Selatan
Jumlah dibina 52

AC-119G Shadow dan AC-119K Stinger dimajukan semasa Perang Vietnam. Mereka menggantikan AC-47 Spooky yang tidak mencukupi dan tambahan kepada AC-130 yang lebih baru. Program pembinaan pesawat AC-119G dan AC-119K sebenarnya dibuat selepas pembinaan pesawat AC-130 Spectre dan bukan sebaliknya.

AC-47 terbukti terdedah pada tembakan dari darat, dan ia dirasakan bahawa kapasiti senjata yang lebih diperlukan. AC-119 Shadow membawa empat meriam mini, berbanding dengan tiga pada AC-47 dan lebih banyak peluru. Stinger menggantikan dua meriam mini dengan dua meriam 20 mm (.26") dari setiap jenis ditukarkan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menjelang akhir tahun 1967, penggunaan pesawat senjata AC-47 Spooky amat berjaya, tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat merasakan pesawat AC-47 Spooky terlalu kecil. Mereka merancang untuk menggunakan pesawat yang lebih besar. Pesawat AC-130 Spectre amat berjaya tetapi kos operasinya dan kos kerangkanya mahal. Penggunaan AC-130 Spectre kebanyakkan tertumpu di Laluan Ho Chi Minh.

Sebaliknya, Tentera Udara Amerika Syarikat mempunyai banyak kerangka C-119 kerana pesawat ini tidak lagi bera dalam perkhidmatan aktif dan diletakkan dalam simpanan. Di bawah projek Project Gunship III, 26 buah pesawat C-119G dibina sebagai pesawat AC-119G dan 26 buah pesawat C-119K diubahsuai menjadi pesawat AC-119K (Model AC-119K mempunyai tambahan 2 laras meriam M61 berkaliber 20 mm).

Menjelang bulan November 1968, pesawat-pesawat ini dihantar ke Vietnam bagi menyertai Sayap Operasi Khas ke-14 terdiri dari Skuadron Ke-17 dengan AC-119G dan Skuadron Ke-18 dengan C-119K. Pesawat ini berkhidmat sehingga tahun 1971 apabila pasukan ini dibubarkan. Pesawat AC-119 meneruskan perkhidmatan dengan Tentera Udara Vietnam Selatan.

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Project Gunship III mewujudkan pesawat penyerang yang jauh lebih berupaya berbanding dengan pesawat AC-47 Spooky. Pesawat AC-119 dilengkapkan alat ECM dan radar, berserta dengan Sistem Penglihatan Malam, sistem lampu AVQ-8 Xenon dan pelancar lampu suar LAU-74/A.

Pesawat AC-119K yang dibina untuk menyerang trak di Laluan Ho Chi Minh mempunyai peralatan radar Doppler AN/APN-147, pengimbas infra merah AN/AAD-4, dan radar-radar AN/APQ-133 dan AN/APQ-136. Pesawat AC-119G dilengkapkan dengan 4 pucuk mesingan GAU-2A/A dalam pod SUU-11A/A seperti yang dipasangkan dalam pesawat AC-47 Spooky. Kelengkapan ini kemudiannya ditukarkan dengan modul MXU-470/A. Pesawat AC-119K diberikan kelengkapan lebih berat dan dilengkapkan dengan tambahan 2 pucuk meriam M61 20 mm.

Spesifikasi (AC-119G)[sunting | sunting sumber]

AC-119K

Ciri umum

  • Anak kapal: 6 (siang), 8 (malam)
  • Panjang: 86 kaki 5¾ in (26.36 m)
  • Rentang sayap: 109 kaki 3¼ in (33.31 m)
  • Tinggi: 26 kaki 7¾ in (8.12 m)
  • Sayap luas: 1,400 kaki² (130 m²)
  • Berat kosong: 40,125 lb (18,200 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 62,000 lb (28,100 kg)
  • Loji kuasa:Wright R-3350-85 "Duplex Cyclone" enjin jejari, 3,500 k.k (2,610 kW) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

  • meriam mini GAU-2/A 7.62 mm (0.30 in), 1,500 butir peluru/meriam
  • 2x meriam M61 Vulcan 20 mm (versi AC-119K)
  • 60× Mk 24 suar dalam pelancar suar LAU-74/A

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Pautan luar[sunting | sunting sumber]