Faksimili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kegunaan lain, sila lihat Faksimili (nyahkekaburan).
Les Très Riches Heures du duc de Berry, manuskrip iluminat popular, yang dipamerkan kepada awam dan faksimili dengan kualiti tinggi kepada para sarjana

Faksimili (dari bahasa Latin fac simile ('membuat serupa')) merupakan salin atau pengeluaran semula buku, manuskrip, peta, lukisan agung, atau bahan lain yang mempunyai nilai sejarah dan ia menyerupai sumber asal. Ia berbeza dari bahan lain yang dikeluarkan semula kerana faksimili mengeluarkan semula sesuatuy bahan dengan meniru seberapa tepat yang mungkin dalam skala, warna, keadaan dan kualiti-kualiti lain yang ada pada bahan asal. Untuk buku dan manuskrip, ia melibatkan satu salinan lengkap untuk semua muka surat; namun, salinan yang tidak lengkap digelar "separa faksimili". Faksimili kebiasaannya digunakan oleh para sarjana untuk menyelidik sumber asal yang tidak dapat diakses, dan turut digunakan oleh muzium dan arkib untuk pemuliharaan dan pemeliharaan bahan. Bahan faksimili juga turut dijual secara komersial dan ia dikeluarkan dalam edisi terhad, kebiasaannya 500-2,000 salinan, dan bernilai beberapa ribu dolar Amerika Syarikat. Terma "faks" merupakan singakatan kepada "faksimili" walaupun kebanyakan faks tidak mengeluarkan semula dalam kualiti yang dimahukan seperti dalam maksud sebenar faksimili itu sendiri.

Faksimili di era reproduksi mekanikal[sunting | sunting sumber]

Faksimili manuskrip asal Edgar Allan Poe, The Murders in the Rue Morgue

Kemajuan dalam seni faksimili berkait rapat dengan kemajuan dalam seni cetak. Peta, misalnya, menjadi fokus penerokaan awal dalam pembikinan faksimili, walaupun contoh-contoh ini sering kekurangan rigiditi kepada sumber asal yang kini diharapkan. [1] Salah satu contoh terawal adalah peta Abraham Ortelius (1598). [1] Inovasi ketika abad ke-18, terutama dalam lingkup lithografi dan akuatin, mengakibatkan ledakan jumlah lukisan pelukis agung Eropah yang boleh dikaji di mana-mana. [2]

Pada masa dahulu, teknik fotostat, hektograf, atau lithograf kebiasaannya digunakan untuk mencipta faksimili. Yang terkini, faksimili telah dibuat dengan menggunakan beberapa bentuk teknik fotografik. Untuk dokumen, faksimili kebiasaannya merujuk kepada pengeluaran semula dokumen oleh mesin fotostat. Dalam era digital, pengimbas imej, komputer peribadi dan pencetak komputer boleh digunakan untuk menghasilkan faksimili.

Faksimili dan and pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Manuskrip penting seperti Les Très Riches Heures du duc de Berry tidak hanya dipamerkan kepada umum sebagai faksimili tetapi turut boleh didapati dalam kualiti yang tinggi untuk para sarjana. [3][4] Walau bagaimanapun, tidak seperti penghasilan semula buku biasa, faksimili mengekalkan warna asal bahan-terutama manuskrip iluminat-dan memelihara dari kecacatan. [5]

Faksimili lebih sesuai untuk dokumen bercetak atau tulisan tangan, dan tidak untuk bahan seperti objek tiga dimensi atau lukisan minyak dengan tekstur permukaan yang unik. [6] Penghasilan semula objek-objek ini lebih dikenali sebagai replika.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b C. Koeman, "An Increase in Facsimile Reprints," Imago Mundi, vol. 18 (1964), pp. 87-88.
  2. ^ Craig Hartley, "Aquatint," The Oxford Companion to Western Art, ed. Hugh Brigstocke. Oxford University Press, 2001; Grove Art Online, Oxford University Press, 2005. [accessed 20 April 2008].
  3. ^ Public institutions with facsimile collections
  4. ^ Paul Lewis, "Preservation takes rare manuscripts from the public," New York Times - 25 January 1987 [accessed 19 April 2008].
  5. ^ Bronwyn Stocks, "The Facsimile and the Manuscript," - an exhibition in the Leigh Scott Gallery, University of Melbourne (on-line catalogue with additional images).
  6. ^ Richard Godfrey, "Reproduction reproductive prints," The Oxford Companion to Western Art, ed. Hugh Brigstocke. Oxford University Press, 2001; Grove Art Online, Oxford University Press, 2005. [accessed 20 April 2008].