Fakta untuk Demokrasi: Editathon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pendahuluan[sunting | sunting sumber]

Fakta untuk Demokrasi: Editathon dianjurkan oleh Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia dan Kedutaan Sweden di Malaysia. Setiap universiti akan menghantar satu kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli untuk menyertai acara editathon Wikipedia yang bertujuan untuk menggalakkan dialog mengenai demokrasi di kalangan belia Malaysia.

Penganjur

Objektif utama acara ini adalah untuk mempromosikan dialog mengenai demokrasi di kalangan belia Malaysia dan meningkatkan maklumat terhad yang tersedia dalam Wikipedia Bahasa Malaysia.

Kepentingan Demokrasi dalam Belia[sunting | sunting sumber]

Seperti dinyatakan berdasarkan objektif di atas, dialog mengenai demokrasi perlu dipromosikan di kalangan belia Malaysia dan pada masa yang sama, meningkatkan maklumat terhad yang tersedia dalam Wikipedia Bahasa Malaysia.

Antara kepentingan demokrasi dalam belia:

  • Dapat meningkatkan jati diri belia menjadi warganegara yang bertanggungjawab.[1]
  • Memberi ruang kepada belia untuk mengasah bakat kepimpinan.[1]
  • Memberi kesegaran dari segi kepimpinan parti politik dan dasar kerajaan[2].
  • Memberi peluang untuk belia menyumbang kepada sosioekonomi masyarakat.[2]
  • Membawa negara menuju kejayaan yang diimpikan.[2]
  • Memainkan peranan besar dalam pembentukan negara bangsa terutamanya memilih pemimpin negara.[3]

Butiran dan Jadual Acara[sunting | sunting sumber]

Acara ini berlangsung selama 3 hari, bermula dari 16 Jun 2023 hingga 18 Jun 2023 di Hotel Melia, Kuala Lumpur. Sebanyak 13 universiti telah dijemput dan menghadiri acara tersebut. Setiap pasukan terdiri daripada 5 ahli kumpulan yang terdiri daripada kedua-dua jantina dan mewakili lebih dari satu fakulti.

Hari 1 (16 Jun 2023)[sunting | sunting sumber]

Jam 2.00 petang - 4.00 petang: Kedatangan dan Pendaftaran Pelajar

Jam 4.00 petang - 4.30 petang: Sesi Selamat Datang dan Aktiviti Ice Breaking

Jam 4.30 petang - 6.30 petang: Latihan oleh Wikimedia

Jam 7.00 malam - 9.00 malam: Bertemu dan Bergaul, Ucapan Selamat Datang dan Taklimat oleh Timo Goosmann (Timbalan Ketua Misi, Delegasi EU ke Malaysia) dan Robert Lejon (Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Sweden di Malaysia), diikuti oleh Acara Resepsi.

Hari 2 (17 Jun 2023)[sunting | sunting sumber]

Jam 8.00 pagi - 9.00 pagi: Sarapan Pagi

Jam 9.00 pagi - 11.00 pagi: Latihan oleh Wikimedia

Jam 11.00 pagi: Bermula sesi penyuntigan

Jam 12.00 petang - 1.00 petang: Istirahat makan tengah hari

Jam 1.00 petang - 4.00 petang: Sesi penyuntingan

Jam 4.00 petang - 4.30 petang: Istirahat Aktiviti

Jam 4.30 petang - 7.00 malam: Sesi penyuntingan

Jam 7.00 malam - 8.00 malam: Makan malam

Jam 8.00 malam - 11.30 malam: Sesi penyuntingan

Jam 11.30 malam - 12.00 tengah malam: Istirahat Aktiviti

Hari 3 (18 Jun 2023)[sunting | sunting sumber]

Jam 12.00 tengah malam - 3.30 tengah malam: Sesi penyuntingan

Jam 3.30 tengah malam - 4.00 tengah malam: Istirahat Aktiviti

Jam 4.00 tengah malam - 8.30 pagi: Sesi penyunrtingan

Jam 8.30 pagi - 9.30 pagi: Sarapan pagi

Jam 9.30 pagi - 11.00 pagi: Sesi penyunyingan terakhir dan Penyerahan

Jam 11.00 pagi - 1.00 petang: Istirahat Aktiviti

Jam 1.00 petang - 2.00 petang: Makan yengah Hari

Jam 2.00 petang - 3.00 petang: Sesi penutupan dan Upacara anugerah

Jam 3.00 petang: Tamat Acara

Tetamu-tetamu Khas[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa tetamu khas telah dijemput untuk berkongsi isu-isu berkaitan dengan demokrasi dan penggunnaan Wikipedia. Antaranya termasuklah:

-Wakil-wakil daripada Wikimedia Malaysia memberi taklimat dan sesi latihan penggunaan Wikimedia dalam penerbitan dan penyuntingan rencana dan artikel.

-Wakil daripada Wikimedia USA memberi ucapan dan pengenalan secara ringkas tentang Wikimedia. Beliau juga memberi semangat kepada peserta-peserta dalam penerbitan rencana dan artikel yang akan berlangsung pada hari yang berikutnya.

-Wakil daripada Wikimedia Singapura dan Indonesia memberi sedikit kata-kata semangat dan berkongsi ilmu tentang Wikimedia.

-Pengasas Undi 18 berkongsi tentang demokrasi dan kepentingannya wujudnya unsur demokrasi dalam kalangan remaja dan masyarakat.

Universiti yang Menyertai[sunting | sunting sumber]

Jumlahnya terdapat 13 universiti menghantar wakil untuk menyertai aktiviti ini dan berikutnya adalah senarai univesiti yang menyertai:

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 3 kategori anugerah yang disampaikan kepada para peserta. Antaranya termasuklah:

  • Jumlah Rencana Terbanyak: Universiti Tunku Abdul Rahman (67 rencana dicipta)
  • Rencana Asli Terbaik: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Tajuk:)
  • Rencana Terjemahan Terbaik: HELP University (Tajuk:)
  • Wikepedian Terbaik: HELP University (Calon:)

Keputusan akan diumumkan pada jam 2.00 petang, 18 Jun 2023.

Kesimpulan[sunting | sunting sumber]

Acara ini telah berjaya berkumpul sebanyak 63 orang penyunting daripada peserta. Setakat jam 11.00 pagi, 18 Jun 2023, sebanyak 202 artikel telah dicipta, 208 artikel telah disunting, jumlah suntingan adalah 336 dan sebanyak 2.03 juta bait telah ditambah ke Wikipedia Bahasa Melayu.