Universiti Sultan Azlan Shah
![]() | |
Moto | Rahmatan lil-`Alamin |
---|---|
Jenis | Universiti Swasta |
Ditubuhkan pada | 1999 |
Canselor | DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Naib Canselor | Tan Sri Prof. Dato' Wira Dr. Nordin bin Kardi |
Lokasi | , |
Warna | Biru.putih dan kuning |
Laman sesawang | Portal rasmi USAS |
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) (Arab: جامعة السلطان أزلن شاه) merupakan sebuah universiti Islam yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Antara objektif terawal penubuhan USAS ialah untuk menjadikan universiti ini sebagai sebuah institusi pengajian tinggi agama cemerlang yang mengintegrasikan ilmu agama, sains, teknologi dan kemanusiaan. [1]
Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, di atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tahun 1986.
Penubuhannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Dato’ Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Oktober 1999.
KISDAR ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 6 Mac 2002.
Pada 8 Februari 2006, Kerajaan Negeri Perak meluluskan kerja-kerja pembinaan kampus tetap KISDAR di atas sebidang tanah seluas 50 ekar yang diwakafkan Pemangku Raja Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah di Chandan Putri, Kuala Kangsar. Kampus tetap dengan kos pembinaan berjumlah RM 66 juta siap pada tahun 2008. Pada 16 Julai 2009, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah merasmikan kampus tetap KISDAR.
KISDAR kemudian dinaik taraf kepada kolej universiti yang dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dan didaftarkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) pada 4 Mac 2013. Tiga tahun kemudian pada 10 Jun 2016, YAB. Perdana Menteri Malaysia mengisytiharkan KUISAS sebagai universiti penuh berkuat kuasa secara serta merta. Susulan itu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) secara rasmi ditubuhkan pada 15 Jun 2016.
Profil Korporat[sunting | sunting sumber]
USAS telah dinaik taraf dan beroperasi secara rasmi sebagai universiti penuh pada 15 Jun 2016 setelah melalui fasa sebagai sebuah kolej (Kolej Islam Darul Ridzuan, KISDAR) dan kolej universiti (Kolej Universiti Sultan Azlan Shah, KUISAS). Sehingga ke hari ini, USAS telah melahirkan ribuan graduan dalam pelbagai bidang pengajian. Pencapaian ini menjadi testimonial USAS telah mendapat tempat di mata masyarakat.

Visi[sunting | sunting sumber]
Menyebarkan kesejahteraan sejagat dengan mengembalikan keagungan tradisi institusi dan ilmuan islam serta menerokai ilmu-ilmu baharu.
Misi[sunting | sunting sumber]
Pendidikan
Menghasilkan graduan yang mempunyai kemantapan amal, keluhuran akhlak, keluasan ilmu dan kematangan profesionalisme, di samping memenuhi piawaian keperluan lapangan kerja.
Penyelidikan
Menyediakan suasana kondusif bagi para sarjana untuk meneroka, memperkukuh dan memperbaharui kebenaran melalui aktiviti penyelidikan.
Masyarakat
Menjuarai isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan berasaskan nilai-nilai sejagat.
Pengantarabangsaan
Mengantarabangsakan semua kegiatan universiti.
Objektif[sunting | sunting sumber]
Objektif penubuhan USAS adalah untuk:-
- Menawarkan pengajian tinggi dan mengambil apa-apa tindakan yang bersampingan dengannya selaras dengan semua peruntukan Akta dan Perlembagaan USAS.
- Mengembangkan pelbagai jenis ilmu pengetahuan naqliah dan akliah yang selari dengan pegangan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah melalui pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan.
- Melaksanakan semua perkara yang perlu bagi mencapai objektif di atas, yang dibenarkan oleh undang-undang.
Falsafah[sunting | sunting sumber]
- Menghayati dan menyebarkan konsep Rahmatan Lil ’Alamin (Rahmat ke Seluruh Alam) selari dengan jejak perjalanan Rasulullah S.A.W sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Anbiya’, ayat 107, yang menjadi moto Universiti.
- Mengintegrasikan Ilmu, Iman, Amal dan Ihsan.
- Memperkasa dan mendukung pegangan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah yang berdasarkan iktikad Asya’irah dan Maturidiyah dalam bidang akidah, mazhab Syafi’i dalam bidang fiqh, dan manhaj Imam al-Junayd dan Imam al-Ghazali dalam bidang tasawuf, serta ulama muktabar lain yang sealiran dengan mereka; dalam semua bidang ilmu, penerbitan, kenyataan secara lisan atau media, dan aktiviti-aktiviti Universiti.
Dasar Kualiti[sunting | sunting sumber]
- USAS komited dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan kepada pelanggan dengan cekap dan berkesan sejajar dengan visi dan misi.
- USAS hendaklah melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan MS ISO 9001:2015.
Pengurusan Universiti[sunting | sunting sumber]
Sistem pentadbiran USAS yang telus, komprehensif dan berkesan menunjukkan kesungguhan setiap lapisan warga universiti dalam menegakkan moto universiti "Rahmatan Lil 'Alamin".
Canselor[sunting | sunting sumber]
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
Pro-Canselor[sunting | sunting sumber]
Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (Bersara)
Dato' Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Bin Haji Zainuddin
Pengerusi Lembaga Pengarah[sunting | sunting sumber]
YABhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin
Naib Canselor[sunting | sunting sumber]
Tan Sri Prof. Dato' Wira Dr. Nordin Bin Kardi
Timbalan Naib Canselor Akademik & Hal Ehwal Pelajar[sunting | sunting sumber]
Prof. Dato' Dr. Wan Sabri Bin Wan Yusof
Timbalan Naib Canselor Pentadbiran & Kewangan[sunting | sunting sumber]
Dr. Haji Anas Bin Md. Yusof
Mantan Rektor/ Naib Canselor[sunting | sunting sumber]
Nama | Tarikh Mula Khidmat | Tarikh Tamat Khidmat |
---|---|---|
YBhg. Dato' Hj Wan Zahidi bin Wan Teh | 7 Februari 2002 | 30 Jun 2005 |
YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff bin Hussain | 25 Oktober 2005 | 6 Januari 2011 |
YBhg. Prof. Dr. Jamil bin Hashim | 6 Januari 2011 | 1 Jun 2016 |
Senarai Program[sunting | sunting sumber]
Prasiswazah[sunting | sunting sumber]
BIL | NAMA PROGRAM | KOD MQA |
1 | ASASI SASTERA | MQA/FA 7979 |
2 | DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM | A10729 |
3 | DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH | A9460 |
4 | DIPLOMA USULUDDIN | A9458 |
5 | DIPLOMA KAUNSELING ISLAMI | A10736 |
6 | DIPLOMA KOMUNIKASI ISLAM | A10737 |
7 | DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WA AL-QIRAAT | MQA/FA0883 |
8 | DIPLOMA BAHASA ARAB DENGAN PENDIDIKAN | MQA/FA2496 |
9 | DIPLOMA PERAKAUNAN | A9461 |
10 | DIPLOMA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM | A9457 |
11 | DIPLOMA PENTADBIRAN PERNIAGAAN | A10728 |
12 | DIPLOMA PENGURUSAN MUAMALAT | A10738 |
13 | DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT | A9559 |
14 | DIPLOMA MULTIMEDIA DENGAN DAKWAH (Dahulu Dikenali Sebagai Diploma Multimedia Dan Dakwah) | MQA/FA9790 |
15 | IJAZAH SARJANA MUDA KEWANGAN ISLAM (KEPUJIAN) | MQA/FA4115 |
16 | IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) KEUSAHAWANAN | MQA/FA12875 |
17 | IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PEMASARAN | MQA/FA12872 |
18 | IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEPUJIAN) | MQA/FA6478 |
19 | IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM | MQA/FA3738 |
20 | IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN (HADIS) | MQA/FA3739 |
21 | IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN) | MQA/FA5681 |
22 | IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH GUNAAN | MQA/FA5003 |
23 | IJAZAH SARJANA MUDA MULTIMEDIA KREATIF (KEPUJIAN) | MQA/FA6474 |
24 | IJAZAH SARJANA MUDA SENIBINA LANDSKAP (KEPUJIAN) | MQA/PA9312 |
25 | IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) | MQA/PA8441 |
26 | IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN | MQA/PA4673 |
27 | IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB (KEPUJIAN) | MQA/PA8792 |
28 | IJAZAH SARJANA MUDA INDUSTRI PERTANIAN (KEPUJIAN) | MQA/PA12252 |
29 | IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK | MQA/PA 11907 |
Pascasiswazah[sunting | sunting sumber]
BIL | NAMA PROGRAM | KOD MQA |
1 | DIPLOMA PASCASISWAZAH AMALAN KEHAKIMAN DAN GUAMAN SYARIE | MQA/PA11908 |
2 | MASTER OF BUSINESS ADMINISTRATION | MQA/FA5002 |
3 | MASTER OF MANAGEMENT | MQA/FA5286 |
4 | MASTER OF INFORMATION TECHNOLOGY MANAGEMENT | MQA/FA5680 |
5 | MASTER OF APPLIED SYARIAH | MQA/FA6475 |
6 | MASTER OF USULUDDIN | MQA/FA7600 |
7 | MASTER OF ISLAMIC FINANCE | MQA/PA8495 |
8 | MASTER OF EDUCATION | MQA/PA8793 |
9 | MASTER OF PSYCHOLOGY | MQA/PA9746 |
10 | Ph.D IN USULUDDIN | MQA/FA9599 |
11 | Ph.D IN MANAGEMENT | MQA/FA6477 |
12 | Ph.D IN APPLIED SYARIAH | MQA/PA6475 |
13 | Ph.D IN SCIENCE | MQA/FA6479 |
14 | DOCTOR OF PHILOSOPHY IN PSYCHOLOGY | MQA/PA9747 |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Falsafah, Wawasan & Objektif". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2017. Dicapai pada 27 Oktober 2023.