Fasiitis plantar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fasiitis plantar
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Fasiosis plantar, fasiopati plantar, sindrom taji tumit[1]
Kawasan kesakitan yang paling biasa apabila berlakunya fasiitis plantar
PengkhususanOrtopedik, perubatan sukan, podiatri
GejalaKesakitan pada tumit dan tapak kaki[2]
Permulaan biasa
Beransur[3]
PuncaTidak dapat dikenal pasti[2]
Penggunaan lewah (tempoh berdiri yang lama), obesiti, pemutaran kaki ke arah dalam[2][4]
Bergantung pada simptom, ultrabunyi[2]
Osteoartritis, spondilitis mengankilosis, sindrom pad tumit, artritis reaktif[5][6]
RawatanPengendalian konservatif[4][7]
Kekerapan~4%[2][5]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Fasiitis plantar merupakan gangguan pada tisu penghubung yang menyokong arkus kaki.[2] Gangguan ini menyebabkan kesakitan pada tumit dan bahagian bawah kaki yang biasanya paling teruk sewaktu bermulanya langkah pertama pada hari itu atau selepas rehat.[2][4] Kesakitan itu juga sering berlaku apabila membengkokkan kaki berserta jari-jarinya ke arah tulang kering.[3][4] Kesakitan tersebut biasanya berlaku secara beransur-ansur, dan ia berupaya mengganggu kedua-dua kaki dalam kira-kira satu per tiga kes klinikal.[2][3]

Penyebab fasiitis plantar tidak sepenuhnya jelas.[2] Faktor risiko termasuk penggunaan kaki berlebihan, berdiri dalam tempoh yang lama, peningkatan dalam kuantiti senaman, serta obesiti.[2][4] Ia juga dikaitkan dengan pergerakan kaki ke dalam, tendon Achilles yang tegang, dan gaya hidup yang tidak aktif.[2][4] Tidak jelas sama ada taji tumit memainkan peranan dalam menyebabkan fasiitis plantar walaupun ia biasanya terdapat pada orang yang mempunyai keadaan tersebut.[2] Fasiitis plantar adalah gangguan tapak sisipan ligamen pada tulang yang dicirikan oleh kewujudan koyak mikro, penguraian kolagen, dan parut.[2] Memandangkan keradangan memainkan sama ada kurang atau tiada peranan, terdapat ulasan sebaya mencadangkan ia dinamakan semula sebagai fasiosis plantar.[2][8] Pembentangan simptom secara amnya merupakan asas untuk diagnosis; dengan ultrabunyi kadangkala berguna jika terdapat ketidakpastian.[2] Keadaan lain yang mempunyai simptom yang sama termasuk osteoartritis, spondilitis mengankilosis, sindrom pad tumit dan arthritis reaktif.[5][6]

Kebanyakan kes fasilitis plantar diselesaikan dalam masa singkat dengan menggunakan kaedah rawatan konservatif.[4][7] Untuk beberapa minggu pertama, mereka yang terjejas biasanya dinasihatkan untuk berehat, menukar aktiviti mereka, mengambil ubat sakit dan meregangkan badan.[4] Jika usaha yang dicadangkan tidak mencukupi, fisioterapi, ortotik, pensplinan atau suntikan steroid boleh digunakan sebagai pilihan rawatan.[4] Jika langkah-langkat tersebut tidak berkesan, langkah tambahan mungkin termasuk terapi gelombang kejutan ekstrakorporeum atau pembedahan.[4]

Dianggarkan 4% sehingga 7% daripada jumlah populasi yang mengalami kesakitan pada tumit pada bila-bila masa: lebih kurang 80% daripada kesakitan tersebut berpunca daripada fasiitis plantar.[2][5] Anggaran 10% daripada orang biasa mempunyai gangguan tersebut pada satu ketika sepanjang hayat mereka.[9] Semakin tua semakin kerap berlaku gangguan ini. Tidak dapat dipastikan sama ada jantina seseorang itu memainkan peranan dalam berlakunya gangguan ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Toronto Notes 2017: Comprehensive Medical Reference and Review for the Medical Council of Canada Qualifying Exam Part I and the United States Medical Licensing Exam Step 2. Toronto Notes for Medical Students Incorporated. 12 June 2019. ISBN 9781927363348. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 August 2021. Dicapai pada 12 June 2019 – melalui Google Books.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Beeson P (September 2014). "Plantar fasciopathy: revisiting the risk factors" (PDF). Foot and Ankle Surgery. 20 (3): 160–5. doi:10.1016/j.fas.2014.03.003. PMID 25103701. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-06. Dicapai pada 2019-06-22.
  3. ^ a b c Rosenbaum AJ, DiPreta JA, Misener D (March 2014). "Plantar heel pain". The Medical Clinics of North America. 98 (2): 339–52. doi:10.1016/j.mcna.2013.10.009. PMID 24559879.
  4. ^ a b c d e f g h i j Goff JD, Crawford R (September 2011). "Diagnosis and treatment of plantar fasciitis". American Family Physician. 84 (6): 676–82. PMID 21916393. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-30.
  5. ^ a b c d Cutts S, Obi N, Pasapula C, Chan W (November 2012). "Plantar fasciitis". Annals of the Royal College of Surgeons of England. 94 (8): 539–42. doi:10.1308/003588412X13171221592456. PMC 3954277. PMID 23131221.
  6. ^ a b Tu P, Bytomski JR (October 2011). "Diagnosis of heel pain". American Family Physician. 84 (8): 909–16. PMID 22010770. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-30.
  7. ^ a b Tahririan MA, Motififard M, Tahmasebi MN, Siavashi B (August 2012). "Plantar fasciitis". Journal of Research in Medical Sciences. 17 (8): 799–804. PMC 3687890. PMID 23798950.
  8. ^ "Plantar and medial heel pain: diagnosis and management". The Journal of the American Academy of Orthopaedic Surgeons. 22 (6): 372–80. June 2014. doi:10.5435/JAAOS-22-06-372. PMID 24860133.
  9. ^ "Meta-analysis of high-energy extracorporeal shock wave therapy in recalcitrant plantar fasciitis". Swiss Medical Weekly. 143: w13825. July 2013. doi:10.4414/smw.2013.13825. PMID 23832373.