Faux pas
Suatu faux pas (HFA /ˌfoʊˈpɑː/) (Bahasa Perancis: salah langkah) adalah suatu kesalahan adat masyarakat yang diterima umum, walaupun tidak ditulis. Faux pas berbeza besar dari budaya ke budaya dan apa yang dianggap kelakuan baik dalam satu budaya boleh dikira faux pas dalam budaya lain. Misalnya, di negara-negara Barat berbahasa-Inggeris, membawa sebotol wain apabila bertandang ke rumah seseorang untuk makan malam kadang kala dianggapkan tanda bertimbang rasa. Akan tetapi, di Perancis, ia dianggap menghina kerana ia seolah-olah menandakan bahawa tuan rumah tidak dapat menyediakan wain mereka sendiri. Walau bagaimanapun, membawa bunga mengunjungi sesebuah rumah yang mempunyai perempuan yang sudah berkahwin jarang menjadi suatu faux pas, walaupun kadang kala seseorang perlu berhati-hati pada jenis bunga yang dibawanya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Answers.com Faux-pas. Dicapai pada 31 Disember 2005.