Fayoumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fayoumi
Seekor ayam muda Fayoumi
Nama lain
  • Fayoumi Mesir
  • Bigawe
Negara asalMesir
Ciri-ciri
BeratJantan: Standard: 1.35–1.8 kg[1]:116
Bantam: 430 g[1]:117
 Betina: Standard: 0.9–1.6 kg[1]:116
Bantam: 400 g[1]:117
Jenis balungsisir
Klasifikasi
APAtidak[2]
EEtidak[3]
PCGBbulu lembut jarang: ringan[4]
Ayam
Gallus gallus domesticus

Fayoumi atau Fayoumi Mesir adalah satu baka ayam yang berasal daripada Fayoum, Mesir, yang mana terletak di barat daya Kaherah dan barat Nile. Ia dipercayai satu baka ayam purba.[1]:115[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fayoumi dipercayai adalah satu baka ayam purba.[1]:115

Pada tahun 1940an, beberapa telur ayam telah diimport daripada Mesir ke Amerika Syarikat oleh seoran dekan pertanian daripada Iowa State University, dan ayam-ayam yang ditetaskan dari telur ini kemudian dikacukkan dengan ayam-ayam Amerika. Ayam-ayam daripada Mesir dipercayai lebih tahan terhadap jangkitan bakteria dan virus berbanding ayam Amerika.[6]:54[7] Fayoumi tidak diiktiraf oleh Persatuan Unggas Amerika, dan tidak dimasukkan ke dalam Standard Kesempurnaannya.[2][6]:54

Fayoumi pertama kali diimport ke United Kingdom pada tahun 1984. Dua variati warna diiktiraf iaitu, bergaris perak dan emas.[1]:116[3]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Seekor Fayoumi di pameran unggas

Fayoumi mempunyai balung sisir dengan gigi sekata. Balung, cuping telinga dan pial berwarna merah terang; matanya pula perang tua, paruh dan kuku kaki pula berwarna tanduk. Dua variati warna diiktiraf iaitu bergaris perak dan emas; corak warna pada bulunya menyerupai ayam Braekel daripada Belgium.[1]:116[3]

Bantam Fayoumi adalah serupa dengan ayam bersaiz standard dalam semua aspek kecuali beratnya sekitar 400 g.[1]:117

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Fayoumi adalah satu baka yang tahan lasak dan amat sesuai dengan cuaca panas.[8]:67 Ia boleh mencari makanan sendiri dengan baik dan sesuai untuk suasana lepas-bebas. Ayam betina mampu bertelur yang jumlah yang banyak. Telurnya berwarna putih atau krim.[1]:116 Ayam muda agak sukar untuk mengeram, tetapi bertambah baik setelah mencapai usia dua hingga tiga tahun. Baka ini cepat membesar, di mana ayam betina akan mula bertelur pada umur 4.5 bulan, manakala ayam jantan mula berkokok pada umur lima atau enam bulan.[6]:54

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j Victoria Roberts (2008). British poultry standards: complete specifications and judging points of all standardized breeds and varieties of poultry as compiled by the specialist breed clubs and recognised by the Poultry Club of Great Britain. Oxford: Blackwell. ISBN 9781405156424.
  2. ^ a b APA Recognized Breeds and Varieties: As of January 1, 2012. American Poultry Association. Archived 4 November 2017.
  3. ^ a b c Liste des races et variétés homologuée dans les pays EE (28.04.2013). Entente Européenne d’Aviculture et de Cuniculture. Archived 16 June 2013.
  4. ^ Breed Classification. Poultry Club of Great Britain. Archived 12 June 2018.
  5. ^ Ducks. Poultry Club of Great Britain. Archived 9 November 2018.
  6. ^ a b c Carol Ekarius (2007). Storey's Illustrated Guide to Poultry Breeds. North Adams, Massachusetts: Storey Publishing. ISBN 9781580176675.
  7. ^ Brian Meyer (27 May 1997). Egyptian chicken plan hatches . . . 50 years later. The Iowa Stater. Iowa State University. Archived 22 November 1997.
  8. ^ Heinrichs, Christine (2007). How To Raise Chickens. Voyageur Press. ISBN 978-0-7938-0601-0.