Taxi Driver

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Taxi Driver)
Lompat ke: pandu arah, cari
Taxi Driver
Taxi Driver poster.jpg
Pengarah Martin Scorsese
Penerbit
  • Julia Phillips
  • Michael Phillips
Pengarang Paul Schrader
Lakonan
Muzik Bernard Herrmann
Sinematografi Michael Chapman
Penyuntingan
  • Tom Rolf
  • Melvin Shapiro
  • Marcia Lucas (sup)
Syarikat produksi
  • Bill/Phillips
  • Italo/Judeo Productions
Pengedar Columbia Pictures
Mula ditayang
8 Februari 1976
Tempoh tayangan
113 minit
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Inggeris
Perbelanjaan $1.3 juta
Pulangan kasar $28.3 juta[1]

Taxi Driver ialah sebuah filem vigilante Amerika Syarikat tahun 1976[2][3][4] dengan elemen neo-noir[5][6][7] dan thriller psikologi[5][8][9][10], diarahkan oleh Martin Scorsese dan ditulis oleh Paul Schrader. Berlatarkan Bandar Raya New York selepas Perang Vietnam, filem ini dibintangi Robert De Niro serta menampilkan Jodie Foster, Harvey Keitel, Cybill Shepherd, Peter Boyle dan Albert Brooks.

Filem ini kerap kali disebut oleh pengkritik, pengarah filem dan penonton sebagai salah satu filem terbaik sepanjang zaman. Dicalonkan untuk empat Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik, ia memenangi Palme d'Or di Festival Filem Cannes 1976. Filem ini dianggap sebagai "budaya, sejarah atau estetika" yang penting oleh Perpustakaan Kongres AS dan dipilih untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan pada tahun 1994.

Plot[sunting | sunting sumber]

Travis Bickle, seorang Tentera Laut AS yang telah tamat perkhidmatan tinggal seorang sendiri di Bandar Raya New York. Dia adalah seorang lelaki yang kesepian dan tertekan. Dia menjadi seorang pemandu teksi untuk berhadapan dengan masalah imnosia yang kronik dengan memandu penumpang setiap malam di sekitar Bandar Raya New York. Dia juga menghabiskan masa di teater porno dan menyimpan diari. Travis menjadi tergila-gila akan Betsy, seorang sukarelawan kempen untuk senator dan calon presiden, Charles Palantine. Selepas melihatnya berinteraksi dengan rakan sekerja, Tom melalui tingkap, Travis masuk untuk menawarkan diri sebagai alasan untuk bercakap dengannya dan membawa dia keluar untuk minum kopi. Semasa temujanji mereka yang seterusnya, dia membawa Betsy untuk melihat filem pendidikan seks Sweden. Betsy berasa tersinggung dan balik ke rumah seorang diri. Usaha Travis untuk meminta maaf dengan menghantar bunga ditolak. Dia memarahi Betsy di pejabat kempennya sebelum ditendang keluar oleh Tom.

Travis mengadu kepada rakan pemandu teksinya, Wizard tentang pemikirannya yang mula bertukar menjadi ganas tetapi Wizard menjamin bahawa dia akan baik sahaja, meninggalkan Travis ke jalan kerosakan. Travis berasa jijik terhadap tingkah laku tidak bermoral, jenayah dan pelacuran yang dilihatnya di seluruh bandar dan cuba untuk mencari jalan keluar dari kekecewaan dengan memulakan program latihan fizikal yang keras. Seorang pemandu teksi merujuk Travis kepada penjual senjata haram, Easy Andy yang daripadanya dia membeli beberapa pistol. Di rumah, Travis berlatih mengeluarkan pistol dan membina tempat untuk menyorok dan mengeluarkan pistol dari lengan bajunya. Pada satu malam, Travis masuk ke sebuah kedai tidak lama sebelum rompakan bersenjata berlaku. Dia menembak dan membunuh perompak itu. Pemilik kedai itu mengambil tanggungjawab terhadap tembakan tersebut dan mengambil pistol Travis. Pada satu malam yang lain, pelacur remaja, Iris masuk ke dalam teksi Travis dan cuba untuk melarikan diri dari bapa ayam, Matthew "Sport" Higgins. Sport mengheret Iris dari teksi itu dan melontarkan Travis wang kertas dua puluh dolar yang terus-menerus mengingatkan Travis tentang Iris dan rasuah yang mengelilinginya. Beberapa ketika kemudian, Travis mengupah Iris tetapi daripada mengadakan hubungan seks dengannya, dia cuba untuk memujuk Iris untuk tidak meneruskan pelacuran. Travis gagal untuk mengubah dia sepenuhnya tetapi Iris bersetuju untuk berjumpa dengannya untuk sarapan pagi pada hari berikutnya. Travis meninggalkan surat kepada Iris di apartmennya dengan berkata dia akan mati tidak lama lagi dan juga meninggalkan wang untuk Iris pulang ke rumah. Surat itu dipintas oleh Sport, yang memberikan wang itu kepada gangster yang datang untuk mengadakan hubungan seks dengan Iris.

Selepas memotong rambutnya dengan gaya mohawk, Travis menghadiri perhimpunan awam dimana dia merancang untuk membunuh Senator Palantine tetapi dilihat oleh ejen Perkhidmatan Rahsia dan melarikan diri. Dia kemudiannya pergi ke East Village dan menyerang rumah pelacuran Sport. Tembak-menembak berlaku dan Travis membunuh Sport dan dua orang lagi. Travis cedera teruk dengan beberapa kesan tembakan. Iris melihat kejadian itu dan ketakutan, merayu kepada Travis untuk menghentikan pembunuhan. Selepas tembak-menembak itu, Travis cuba untuk membunuh diri tetapi telah kehabisan peluru dan duduk di sofa sehingga polis tiba. Apabila mereka tiba di situ, dia meletakkan jari telunjuknya di kepala dan membuat isyarat menembak diri sendiri.

Travis selepas pulih daripada kecederaan dan kembali bekerja, menerima surat daripada bapa Iris yang berterima kasih kepadanya kerana menyelamatkan nyawa Iris. Dia mendedahkan bahawa Iris sudah kembali ke rumahnya di Pittsburgh. Travis kemudiannya sudah berdamai dengan Betsy selepas menghantarnya kembali ke rumah dengan teksinya. Apabila dia cuba untuk membayar tambang, Travis hanya tersenyum dan memandu pergi. Ketika memandu, Travis melihat cermin pandangan belakang dan mula kelihatan tertekan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Robert De Niro sebagai Travis Bickle
  • Jodie Foster sebagai Iris
  • Harvey Keitel sebagai Sport
  • Cybill Shepherd sebagai Betsy
  • Albert Brooks sebagai Tom
  • Leonard Harris sebagai Charles Palantine
  • Peter Boyle sebagai Wizard
  • Harry Northup sebagai Doughboy
  • Norman Matlock sebagai Charlie T
  • Martin Scorsese sebagai Penumpang Memerhati Silhouette
  • Victor Argo sebagai Melio
  • Steven Prince sebagai Andy - Penjual Pistol
  • Joe Spinell sebagai Pegawai Peribadi
  • Diahnne Abbott sebagai Wanita Konsesi
  • Bob Maroff sebagai Mafioso

Produksi[sunting | sunting sumber]

Semasa membuat persediaan untuk watak Bickle, De Niro sedang menjalani penggambaran filem arahan Bernardo Bertolucci, 1900 di Itali. Menurut Boyle, beliau menghabiskan penggambaran pada hari jumaat di Rome dan kemudiannya menaiki penerbangan ke New York." De Niro mendapatkan lesen pemandu teksi dan ketika rehat, beliau memandu teksi di sekitar New York untuk beberapa minggu sebelum kembali ke Rome untuk menyambung penggambaran 1900. De Niro menurunkan berat sebanyak 35 paun dan mendengar berulang kali rakaman bacaan diari Arthur Bremer. Apabila Bickle memutuskan untuk membunuh Senator Palantine, dia memotong rambutnya dengan gaya Mohawk.

Jodie Foster bukan pilihan pertama untuk melakonkan watak Iris. Scorsese mempertimbang Melanie Griffith, Linda Blair, Bo Derek dan Carrie Fisher untuk watak ini. Pendatang baru, Mariel Hemingway menjalani ujian untuk watak ini tetapi menolak kerana tekanan daripada keluarganya. Selepas pelakon-pelakon lain menolak tawaran untuk watak ini, Foster telah dipilih.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Dirakam dengan bajet $1.3 juta, Taxi Driver mencapai kejayaan dari segi kewangan dengan mengutip $28,262,574 di Amerika Syarikat,[11] menjadikan ia filem dengan kutipan ke-17 tertinggi pada tahun 1976.

Sehingga tahun 2016, filem ini mendapat skor 99% di laman web, Rotten Tomatoes berdasarkan ulasan daripada 65 pengkritik.[12] Metacritic memberikan filem ini skor 93 daripada 100, berdasarkan ulasan daripada 8 pengkritik, menunjukkan "penerimaan universal."[13]

Pengkritik filem, Roger Ebert memuji filem ini sebagai filem terbaik yang pernah dilihat olehnya.[14] Ia juga dicalonkan untuk empat Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (De Niro). Ia menerima Palme d'Or di Festival Filem Cannes 1976.[15] Filem ini telah dipilih untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan.[16] Filem ini dipilih oleh majalah Time sebagai salah satu daripada 100 filem terbaik sepanjang zaman.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Taxi Driver (1976)". Box Office Mojo. Dicapai pada Januari 23, 2012.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. Lim, Dennis (Oktober 19, 2009). "Vigilante films, an American tradition". Los Angeles Times. 
  3. Novak, Glenn D. (November 1987). "Social Ills and the One-Man Solution: Depictions of Evil in the Vigilante Film" (PDF). International Conference on the Expressions of Evil in Literature and the Visual Arts. 
  4. Dowd, A.A. "Taxi Driver remains one of the best (and most troubling) of Palme winners". AV Club. Dicapai pada Disember 6, 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  5. 5.0 5.1 Dirks, Tim. "Film site Movie Review: Taxi Driver (1976)". filmsite.org. AMC. Dicapai pada Mei 2, 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  6. Schwartz, Ronald (Jan 1, 2005). Neo-noir: The New Film Noir Style from Psycho to Collateral. Scarecrow Press. p. 33. Dicapai pada May 2, 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  7. Conard, Mark (Jan 5, 2007). The Philosophy of Neo-Noir. University Press of Kentucky. p. 2. Dicapai pada Mei 2, 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  8. Newton, Michael (April 17, 2014). Famous Assassinations in World History: An Encyclopedia. ABC-CLIO. p. 468. Dicapai pada May 2, 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  9. Taubin, Amy (Mac 28, 2000). Taxi Driver. British Film Institute Publishing. p. 13. Dicapai pada Mei 2, 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  10. Keyser, Lester J. (1992). Martin Scorsese. Twayne. p. 63. Dicapai pada Mei 2, 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  11. Taxi Driver, Box Office Mojo Internet Movie Database. Retrieved March 31, 2007
  12. Taxi Driver, Rotten Tomatoes Flixster. Retrieved October 4, 2008
  13. Taxi Driver, Metacritic Flixster. Diperoleh pada Mac 20, 2016
  14. "Taxi Driver". Chicago Sun-Times. 
  15. Cannes Film Festival. Retrieved March 10, 2007.
  16. Films Selected to The National Film Registry, Library of Congress, 1989–2005. Diperoleh pada Mac 10, 2007.
  17. Schickel, Richard (Januari 23, 2012). "The Complete List – ALL-TIME 100 Movies". Time. Dicapai pada April 4, 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Templat:Martin Scorsese