Jodie Foster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jodie Foster
Jodie Foster Césars 2011 cropped.JPG
Foster pada tahun 2011
Kelahiran Alicia Christian Foster
(1962-11-19) 19 November 1962 (umur 55)
Los Angeles, California, A.S.
Pusat pendidikan Universiti Yale
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • penerbit
Tahun aktif 1965–sekarang
Pasangan Alexandra Hedison (kahwin 2014–kini) «start: (2014)»"Marriage: Alexandra Hedison to Jodie Foster" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Jodie_Foster)
Pasangan Cydney Bernard (1993–2008)
Anak 2

Alicia Christian "Jodie" Foster (lahir November 19, 1962)[1] ialah seorang pelakon, pengarah dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau dianggap sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik dari generasinya.[2][3]

Foster memulakan kariernya ketika berumur tiga tahun sebagai model kanak-kanak pada tahun 1965 dan dua tahun kemudian muncul dalam sitcom Mayberry R.F.D.. Foster mula terkenal selepas muncul dalam filem Martin Scorsese, Taxi Driver (1976) dimana beliau mendapat pencalonan Anugerah Akademi. Foster mendapat pujian meluas untuk lakonannya dalam The Accused (1988) dimana beliau memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Akademi dan Golden Globe. Beliau memenangi Anugerah Akademi keduanya dua tahun kemudian selepas membintangi The Silence of the Lambs sebagai Clarice Starling. Foster membuat penampilan pertamanya sebagai pengarah pada tahun yang sama menerusi Little Man Tate (1991) dan menubuhkan syarikat produksinya sendiri, Egg Pictures pada tahun 1992. Produksi pertama syarikat ini adalah Nell (1994) dimana beliau melakonkan watak utama serta mendapat satu lagi pencalonan Anugerah Akademi. Filem-filem beliau yang lain pada tahun 1990an termasuk Sommersby, Maverick (1994), Contact (1997) dan Anna and the King (1999).

Foster membintangi empat filem thriller, Panic Room (2002), Flightplan (2005), Inside Man (2006) dan The Brave One (2007). Beliau menumpukan peranan sebagai pengarah pada tahun 2010an, mengarah The Beaver (2011) dan Money Monster (2016) serta untuk episod-episod siri televisyen Netflix, Orange is the New Black dan House of Cards. Beliau juga membintangi Elysium (2013). Sebagai tambahan kepada dua Anugerah Akademi, Foster telah memenangi tiga Anugerah BAFTA, tiga Anugerah Golden Globe, satu Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Cecil B DeMille.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Foster dilahirkan di Los Angeles pada 19 November 1962, anak perempuan kepada Evelyn Ella "Brandy" (née Almond) dan Lucius Fisher Foster III. Walaupun Foster secara rasminya bernama Alicia, adik beradik beliau memanggilnya "Jodie".[4] Foster fasih dalam Bahasa Perancis.[5][6] Beliau juga memahami Bahasa Itali[7] serta sedikit Bahasa Sepanyol[8] [9] dan Jerman.[10] Foster menghadiri Universiti Yale di New Haven, Connecticut.[11] Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1985.[12][13]

Karier[sunting | sunting sumber]

1965–1975[sunting | sunting sumber]

Foster bersama Christopher Connelly dalam sebuah gambar publisiti untuk Paper Moon (1974)

Karier Foster bermula dengan penampilan dalam sebuah iklan televisyen pada tahun 1965 ketika beliau berumur tiga tahun.[14] Pada tahun 1968, beliau membuat penampilan kecil dalam sitkom, Mayberry R.F.D..[15] Pada tahun-tahun berikutnya, beliau terus bekerja untuk iklan-iklan dan muncul dalam lebih lima puluh rancangan televisyen.[14] Walaupun kebanyakkan penampilan Foster dalam televisyen adalah sebagai peranan kecil, beliau mempunyai peranan berulang dalam The Courtship of Eddie's Father (1969–1971) dan Bob & Carol & Ted & Alice (1973) serta membintangi Paper Moon (1974).[14] Foster juga muncul dalam filem, kebanyakkannya untuk Disney.[14]

Penampilan filem pertama Foster adalah dalam filem televisyen, Menace on the Mountain (1970) disusuli dengan peranan besar dalam Napoleon and Samantha (1972). Filem-filem awalnya yang lain termasuk Kansas City Bomber (1972), One Little Indian (1973), Tom Sawyer (1973) dan Alice Doesn't Live Here Anymore (1974).[14]

1976–1980[sunting | sunting sumber]

Selepas peranan kecil dalam Alice, Martin Scorsese memilih beliau untuk watak seorang pelacur remaja dalam Taxi Driver (1976).[16] Ditayangkan pada bulan Februari, ia memenangi Palme d'Or di Festival Filem Cannes pada bulan Mei.[17] Taxi Driver mencapai kejayaan kritis dan komersial serta mendapatkan beliau pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik. Beliau juga memenangi dua anugerah BAFTA, satu anugerah David di Donatello dan anugerah National Society of Film Critics. Foster juga mempunyai peranan dalam satu lagi filem yang dicalonkan untuk Palme d'Or pada tahun 1976, Bugsy Malone.[18] Filem ketiganya yang ditayangkan pada tahun 1976 merupakan Echoes of a Summer.[19]

Filem keempat Foster pada tahun 1976 adalah filem thriller Kanada-Perancis, The Little Girl Who Lives Down the Lane dimana beliau membintangi bersama Martin Sheen.[20] Beliau memenangi Anugerah Zuhal untuk lakonannya dalam filem ini.[21] Pada November 27, beliau mengacarakan Saturday Night Live. Filem terakhirnya pada tahun ini merupakan Freaky Friday.[22] Ia menerima ulasan positif[23] dan mencapai kejayaan box office.[24] Foster juga mendapat satu pencalonan Golden Globe untuk lakonannnya dalam filem ini.[25]

Foster menetap sembilan bulan di Perancis dimana beliau membintangi Moi, fleur bleue (fr) (1977) dan merekodkan beberapa lagu untuk runut bunyi.[11][26] Filem-filem lain yang ditayangkan pada tahun 1977 merupakan filem komedi Itali, Casotto (1977) dan filem Disney, Candleshoe (1977).[27] Selepas tayangan filem ini, Foster tidak muncul dalam mana-mana filem sehingga tahun 1980. Beliau mendapat pujian positif untuk lakonannya dalam Foxes (1980) dan Carny (1980).[28]

1981–1989[sunting | sunting sumber]

Foster selepas memenangi Anugerah Akademi untuk The Accused (1988)

Sedar bahawa bintang kanak-kanak sering tidak dapat berjaya meneruskan kerjaya mereka ke alam dewasa, Foster menjadi seorang pelajar di Yale pada tahun 1980 dan kerjaya lakonannya mula perlahan untuk lima tahun berikutnya.[29][30] Beliau terus membuat filem semasa cuti musim panas[11] dan semasa tahun-tahun kolej, muncul dalam O'Hara's Wife (1982), Svengali (1983), The Hotel New Hampshire (1984), The Blood of Others (1984) dan Mesmerized (1986).[31] Tiada salah satu daripadanya yang mencapai kejayaan dan Foster bergelut untuk mencari kerja selepas menamatkan pengajian pada tahun 1985.[32] Beliau muncul dalam Siesta (1987) sebagai peranan sokongan.[33] Foster muncul dalam Five Corners (1987) dimana ia mencapai kejayaan kritis dan beliau memenangi Anugerah Independent Spirit.[34][35] Pada tahun 1988, Foster membuat penampilan sulungnya sebagai pengarah dengan episod "Do Not Open This Box" siri antologi seram, Tales from the Darkside,[36] dan pada bulan Ogos muncul dalam Stealing Home (1988) bersama Mark Harmon.

Foster menerima pujian untuk lakonannya sebagai seorang mangsa rogol dalam The Accused, sebuah drama berdasarkan kes jenayah sebenar. Filem ini ditayangkan pada bulan Oktober 1988.[37] Walaupun The Accused menerima ulasan bercampur, lakonan Foster dipuji oleh pengkritik[38] dan beliau memenangi Anugerah Akademi, Golden Globe dan National Board of Review serta mendapat pencalonan Anugerah BAFTA.

1990–1994[sunting | sunting sumber]

Foster di Anugerah Akademi pada tahun 1990

Filem pertama Foster yang ditayangkan selepas kejayaan The Accused merupakan filem thriller, The Silence of the Lambs (1991). Beliau melakonkan watak pelatih FBI, Clarice Starling. Ditayangkan pada bulan Februari 1991, Silence of the Lambs menjadi salah satu filem terbesar pada tahun itu, mengutip hampir $273 juta.[39][40] Filem ini menerima ulasan bercampur tetapi lakonan Foster menerima ulasan positif dan beliau memenangi Anugerah Akademi, Golden Globe dan BAFTA.[41] Kemudiannya pada tahun 1991, Foster juga membintangi filem thriller bajet rendah, Catchfire.[42] Pada bulan Oktober 1991, Foster mengeluarkan filem pertamanya sebagai seorang pengarah, Little Man Tate.[43] Penampilan filem terakhir Foster pada tahun ini adalah dalam Shadows and Fog (1991), diarahkan oleh Woody Allen.[11]

Pada tahun berikutnya, Foster menubuhkan syarikat produksi beliau sendiri, Egg Pictures, sebuah anak syarikat PolyGram Filmed Entertainment.[44] Beliau membintangi bersama Richard Gere dalam Sommersby (1993). Beliau kemudiannya menggantikan Meg Ryan dalam Maverick (1994).[45] Kedua-dua filem ini mencapai kejayaan box office, mengutip $140 dan $183 juta.[46][47] Projek pertama Foster untuk Egg Pictures, Nell ditayangkan pada bulan Disember 1994. Selain bertindak sebagai penerbit, beliau juga melakonkan watak utama.[48] Walaupun menerima ulasan negatif, Foster menerima Anugerah Screen Actors Guild dan dicalonkan untuk Anugerah Akademi dan Golden Globe.

1995–1999[sunting | sunting sumber]

Filem kedua yang diarahkan oleh Foster merupakan Home for the Holidays (1995), dibintangi Holly Hunter dan Robert Downey Jr..[4][49] Pada tahun berikutnya, Foster menerima dua anugerah kehormat: Anugerah Kristal[50] dan Berlinale Camera di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-46.[51] Selepas Nell pada tahun 1994, Foster tidak berlakon dalam mana-mana projek sehingga tahun 1997 selain daripada menyuarakan karakter dalam episod-episod Frasier pada tahun 1996 dan The X-Files pada awal tahun 1997. Foster akhirnya kembali dalam Contact (1997), sebuah filem sains fiksyen berdasarkan novel oleh Carl Sagan. Filem ini mencapai kejayaan komersial[52] dan Foster memenangi Anugerah Zuhal serta mendapat pencalonan Golden Globe. Sebuah asteroid, 17744 Jodiefoster dinamakan sempena beliau pada tahun 1998.[53]

Projek Foster seterusnya adalah menerbitkan filem televisyen, The Baby Dance (1998) untuk Showtime.[54][55] Pada tahun 1998, beliau juga memindahkan syarikat produksinya dari PolyGram ke Paramount Pictures. Filem terakhir Foster pada tahun 1990an merupakan Anna and the King (1999) dimana beliau membintangi bersama Chow Yun-Fat. Foster dibayar $15 juta untuk melakonkan watak Leonowens.[15]

2000–2009[sunting | sunting sumber]

Projek pertama Foster pada dekad baru adalah Waking the Dead (2000) yang diterbitkan olehnya.[56] Beliau menolak untuk menyambung wataknya sebagai Clarice Starling dalam Hannibal (2001) dan menumpukan terhadap projek arahan baru, Flora Plum.[57] Filem ini dibintangi Claire Danes dan Russell Crowe tetapi terpaksa dihentikan selepas Crowe mengalami kecederaan di set dan tidak mampu untuk menyelesaikan penggambaran dalam masa yang ditetapkan; Foster gagal untuk menghidupkan semula projek ini beberapa kali dalam tahun-tahun berikutnya.[4][58][59] Foster menutup Egg Pictures pada tahun 2001.[4] Produksi terakhir syarikat ini, The Dangerous Lives of Altar Boys, ditayangkan di Festival Filem Sundance pada bulan Januari 2002. Ia menerima ulasan baik[60] dan ditayangkan secara terhad di teater pada musim panas.[61]

Ketika pembukaan Jerman untuk The Brave One pada tahun 2007

Selepas pembatalan Flora Plum, Foster mengambil peranan utama dalam filem thriller David Fincher, Panic Room.[62]

Selepas penampilan kecil dalam drama Perancis, A Very Long Engagement (2004), Foster membintangi tiga lagi filem thriller. Yang pertama adalah Flightplan (2005) dimana beliau melakonkan watak seorang wanita dimana anak perempuannya hilang ketika dalam penerbangan. Filem ini mencapai kejayaan box office[63] tetapi menerima ulasan negatif.[64][65] Ia disusuli dengan filem Spike Lee, Inside Man (2006), juga dibintangi Denzel Washington dan Clive Owen.[66][67][68] Filem thriller ketiga adalah The Brave One (2007).[69] Filem ini gagal mencapai kejayaan[70][71][72] tetapi Foster mendapat pencalonan Golden Globe keenamnya. Filem terakhir beliau pada dekad ini adalah Nim's Island (2008), juga dibintangi Gerard Butler dan Abigail Breslin. Pada tahun 2009, beliau menyuarakan watak Maggie dalam sebuah episod The Simpsons bertajuk "Four Great Women and a Manicure".[73]

2010–sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada era 2010an, Foster lebih menumpukan terhadap arahan dan mengurangkan peranan lakonan.[74] Pada bulan Februari 2011, beliau mengacarakan Anugerah César ke-36 di Perancis dan pada bulan berikutnya mengeluarkan filem arahan ketiganya, The Beaver (2011).[75] Pada tahun 2011, Foster merupakan sebahagian daripada barisan pelakon bersama John C. Reilly, Kate Winslet dan Christoph Waltz dalam filem komedi, Carnage. Ia ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-68 pada bulan September 2011 dan menerima ulasan positif serta mendapatkan Foster pencalonan Anugerah Golden Globe.[76]

Pada bulan Januari 2013, Foster menerima Anugerah kehormat Cecil B. DeMille di Anugerah Golden Globe ke-70.[77] Peranan filem Foster seterusnya adalah sebagai Setiausaha Pertahanan, Delacourt dalam Elysium (2013).[78] Beliau juga kembali mengarah untuk televisyen buat pertama kali sejak era 1980an, mengarahkan episod "Lesbian Request Denied" (2013) dan "Thirsty Bird" (2014) untuk Orange Is the New Black dan episod "Chapter 22" (2014) untuk House of Cards.[79] Beliau mendapat pencalonan Anugerah Primetime Emmy untuk episod "Lesbian Request Denied" dan kedua-dua episod mendapatkan beliau dua pencalonan Anugerah Directors Guild of America.[80][81] Pada tahun 2014, beliau menyuarakan episod "Women in Space" untuk Makers: Women Who Make America. Pada tahun berikutnya, Foster menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Laura Ziskin di Festival Filem Athena[82] dan mengarahkan filem seterusnya, Money Monster yang dibintangi George Clooney dan Julia Roberts.[83]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau menetap di Los Angeles,[84] dan mempunyai dua anak lelaki, Charles "Charlie" Foster (l. 1998) dan Christopher "Kit" Foster (l. 2001) bersama bekas pasangannya, Cydney Bernard.[85][86] Beliau berjumpa dengan Bernard di set Sommersby (1993) dan berada dalam hubungan bersamanya dari tahun 1993 sehingga 2008.[4][86] Pada bulan April 2014, Foster berkahwin dengan Alexandra Hedison.[85][86]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Pelakon
Tahun Tajuk Peranan Nota
1968–1970 Mayberry R.F.D. Fairy
Kanak-kanak kecil
Siri TV
musim 1 episod 8: "The Church Play"
musim 3 episod 5: "All for Charity"
1969 The Doris Day Show Jenny Benson Siri TV, musim 1: "The Baby Sitter"
1969–1971 The Courtship of Eddie's Father Joey Kelly Siri TV
musim 1 episod 8: "Bully for You"
musim 2 episod 2: "A Loaf of Bread, a Bar of Soap and a Jar of Peanut Butter"
,musim 2 episod 13: "Gifts Are For Giving"
musim 2 episod 20: "The Lonely Weekend"
musim 2 episod 21: "The Magic Mrs. Rickles"
1969 Julia Cindy Blanchard Siri TV, musim 2 episod 9: "Romeo and Julia"
1969–1972 Gunsmoke Susan Sadler
Patricia
Marieanne
Siri TV
musim 15 episod 13: "The Roots of Fear"
musim 17 episod 15: "P.S. Murry Christmas"
musim 17 episod 20: "The Predators"
1970 Menace on the Mountain Suellen McIver Filem TV dalam 2 bahagian "The Wonderful World of Disney"
1970 Daniel Boone Rachel Siri TV, musim 6, episod 24: "Bringing Up Josh"
1970 Adam-12 Mary Bennett Siri TV, musim 3, episod 6: "Log 55 Missing Girl"
1970 Nanny and the Professor Angela Siri TV, musim 1 episod 4: "The Scientific Approach"
1971 My Three Sons Priscilla Hobson Siri TV, musim 11
1972 Bonanza Bluebird Siri TV, musim 13, episod 24: "A Place to Hide"
1972 Ghost Story (Circle of Fear) Judy Siri TV, musim 1, episod 8: "House of Evil"
1972 The Paul Lynde Show Maggie Siri TV, musim 1 episod 5: "To Commune or Not to Commune"
1972 My Sister Hank Henrietta "Hank" Bennett Filem TV
1972 Napoleon and Samantha Samantha
1972 Kansas City Bomber Rita
1972 Amazing Chan and the Chan Clan, TheThe Amazing Chan and the Chan Clan Anne Chan (suara) Siri TV
1972 Ironside Pip Morrison Siri TV, musim 5, episod 20, "Bubble, Bubble, Toil and Murder"
1973 Bob & Carol & Ted & Alice Elizabeth Henderson Siri TV
1973 Rookie of the Year Sharon Lee TV
1973 Alexander Sue TV
1973 The Partridge Family Julie Siri TV, musim 3 episod 18 "The Eleven Year Itch"
1973 Love Story Ellie Madison Siri TV, musim 1 episod 10 "The Youngest Lovers"
1973 Tom Sawyer Becky Thatcher
1973 Kung Fu Alethea Patricia Ingram Siri TV, musim 1, episod 11: "Alethea"
1973 The New Perry Mason Hildy Haynes Siri TV, musim 1, episod 6: "The Case of the Deadly Deeds"
1973 One Little Indian Martha McIver
1973 Addams Family, TheThe Addams Family Pugsley Addams (suara) Siri TV
1974 Alice Doesn't Live Here Anymore Audrey
1974 Smile, Jenny, You're Dead (Harry O) Liberty Cole TV
1974 Paper Moon Addie Loggins Siri TV
1975 Medical Center Ivy Siri TV, musim 6, episod 17: "The Captives"
1975 Secret Life of T.K. Dearing, TheThe Secret Life of T.K. Dearing T.K. Dearing TV
1976 Taxi Driver Iris "Easy" Steensma
1976 Echoes of a Summer Deirdre Striden aka The Last Castle
1976 Bugsy Malone Tallulah
1976 Little Girl Who Lives Down the Lane, TheThe Little Girl Who Lives Down the Lane Rynn Jacobs
1976 Freaky Friday Annabel Andrews/Ellen Andrews
1977 Moi, fleur bleue Isabelle Tristan (aka Fleur bleue) aka Stop Calling Me Baby!
1977 Casotto Teresina Fedeli aka Beach House
1977 Candleshoe Casey Brown
1980 Foxes Jeanie
1980 Carny Donna
1982 O'Hara's Wife Barbara O'Hara
1983 Svengali Zoe Alexander
1984 Hotel New Hampshire, TheThe Hotel New Hampshire Frannie Berry
1984 The Blood of Others Hélène Bertrand aka Le Sang des autres
1986 Mesmerized Victoria Thompson aka My Letter to George
1987 Five Corners Linda
1987 Siesta Nancy
1988 Stealing Home Katie Chandler
1988 Accused, TheThe Accused Sarah Tobias
1990 Catchfire Anne Benton aka Backtrack
1991 Silence of the Lambs, TheThe Silence of the Lambs Clarice Starling
1991 Little Man Tate Dede Tate Juga pengarah
1991 Shadows and Fog Pelacur
1993 Sommersby Laurel Sommersby
1993 It Was a Wonderful Life Pencerita Dokumentari
1994 Maverick Puan Annabelle Bransford
1994 Nell Nell Kellty
1996 Frasier Marlene (suara) Siri TV, episod "Moon Dance"
1997 X-Files, TheThe X-Files Betty (suara) Siri TV, episod "Never Again"
1997 Contact Dr. Eleanor Arroway
1999 Anna and the King Anna Leonowens
2002 Dangerous Lives of Altar Boys, TheThe Dangerous Lives of Altar Boys Sister Assumpta
2002 Panic Room Meg Altman
2003 Abby Singer Diri sendiri
2004 Very Long Engagement, AA Very Long Engagement Elodie Gordes Un long dimanche de fiançailles
2005 Flightplan Kyle Pratt
2005 Statler and Waldorf: From the Balcony Diri sendiri Penampilan tetamu dalam episod 8
2006 Inside Man Madeline White
2007 Brave One, TheThe Brave One Erica Bain
2008 Nim's Island Alexandra Rover
2009 Simpsons, TheThe Simpsons Maggie Simpson (suara) Siri TV, episod: "Four Great Women and a Manicure"
2011 Beaver, TheThe Beaver Meredith Black Juga pengarah
2011 Carnage Penelope Longstreet
2013 Elysium Setiausaha Pertahanan, Jessica Delacourt
2014 Makers: Women Who Make America Pencerita Siri TV, episod: "Women in Space"
Penerbit
Tahun Tajuk Nota
1986 Mesmerized Penerbit bersama
1994 Nell
1995 Home for the Holidays
1998 Baby Dance, TheThe Baby Dance (TV); Penerbit eksekutif
2000 Waking the Dead Penerbit eksekutif
2002 Dangerous Lives of Altar Boys, TheThe Dangerous Lives of Altar Boys
2007 Brave One, TheThe Brave One Penerbit eksekutif
Pengarah
Tahun Tajuk Nota
1988 Tales from the Darkside (1 episod, "Do Not Open This Box")
1991 Little Man Tate
1995 Home for the Holidays
2011 Beaver, TheThe Beaver
2013–2014 Orange Is the New Black 2 episod ("Lesbian Request Denied", "Thirsty Bird")
2014 House of Cards 1 episod ("Chapter 22")
2016 Money Monster

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jodie Foster Biography (1962-)". FilmReference.com. Dicapai pada April 23, 2014. 
  2. ^ "Jodie Foster slams media, defends Kristen Stewart after breakup". CTV News. August 15, 2012. Dicapai pada May 23, 2015. 
  3. ^ "Jodie Foster's Christmas turkey". The Irish Times. December 6, 1996. Dicapai pada May 23, 2015. 
  4. ^ a b c d e "Interview: Jodie Foster, actress in The Beaver". The Scotsman. June 15, 2011. Dicapai pada September 26, 2015. 
  5. ^ "Jodie Foster: Hollywood fait confiance à mes choix." L'Express, October 3, 2007.
  6. ^ "Jodie Foster, biographie". Linternaute.com. November 4, 2005. Dicapai pada April 23, 2010. 
  7. ^ "Flightplan – Mistero in volo" Intervista a Jodie Foster e al regista Robert Schwentke, Filmup, October 17, 2005, Italian
  8. ^ "Jodie Foster". America Reads Spanish. Dicapai pada February 26, 2015. 
  9. ^ Jodie Foster bercakap Bahasa Sepanyol dalam filem, Spanish to English translation.
  10. ^ Spiegel Online Culture (2005)."I do not need muscles" "I have intensely coached my German, in any case. A few lumps (scattered words and phrases) are still left from my childhood, because at that time my mother had often taken me with her to see German films." Retrieved June 19, 2009. translated online.
  11. ^ a b c d Ebert, Roger (April 13, 1980). "Jodie Foster goes to college". rogerebert.com. Dicapai pada May 14, 2015. 
  12. ^ Branch, Mark Alden (January 17, 2013). "Foster '84: The Speech of a Lifetime". Yale Alumni Magazine. Dicapai pada May 14, 2015. 
  13. ^ Freedman, Richard (1 April 1984). "Jodie Foster on school, acting and being 'fat'". The Spokesman-Review. Dicapai pada May 14, 2015. 
  14. ^ a b c d e Sonneborn, p. 73; Cullen, pp. 183–184
  15. ^ a b Sonneborn, p. 74
  16. ^ Cullen, pp. 184–185
  17. ^ Ebert, p. 14
  18. ^ Brickman
  19. ^ "Film: 'Echoes' Wavers: Jodie Foster Is Superb as a Dying Child". May 15, 1976. Dicapai pada September 25, 2015. 
  20. ^ Erb, p. 96; Cullen, p. 188–189
  21. ^ Cullen, p. 188
  22. ^ Cullen, p. 188; Erb, p. 87; Brickman
  23. ^ Erb, p. 86
  24. ^ "Freaky Friday, Box Office Information". Box Office Mojo. Dicapai pada January 23, 2012. 
  25. ^ "Jodie Foster". Hollywood Foreign Press Association. Dicapai pada September 26, 2015. 
  26. ^ Snodgrass, p. 285
  27. ^ Erb, p. 87; Cullen, p. 188; Thomson
  28. ^ Gallagher, pp. 160–168; Sonneborn, pp. 73–74; Cullen, p. 189
  29. ^ Sonneborn, pp. 73–74
  30. ^ "Episode 1, Jodie Foster". Inside the Actors Studio. Musim 12. September 25, 2005. Bravo.  Stated by Foster in this interview.
  31. ^ Cullen, p. 192
  32. ^ Hollinger 2006, p. 143; Sonneborn, pp. 73–74
  33. ^ Cullen, p. 194;"Siesta (1987)". Box Office Mojo. Dicapai pada September 27, 2015. 
  34. ^ Cullen, p.193; Sonneborn, pp. 73–74
  35. ^ "Independent Spirit Awards 2015 – Thirty Years of Nominees & Awards" (PDF). Independent Spirit Awards. Dicapai pada September 27, 2015. 
  36. ^ Adalian, Josef (September 3, 2013). "Jodie Foster Is Directing an Episode of House of Cards". Vulture.com. Dicapai pada September 27, 2015. 
  37. ^ Cullen, p. 194; Hollinger 2006, p. 143; Sonneborn, pp. 73–74
  38. ^ Hollinger 2012, p. 45
  39. ^ "Silence of the Lambs". Box Office Mojo. Retrieved March 16, 2009.
  40. ^ "Jodie Foster". Box Office Mojo. Retrieved March 16, 2009.
  41. ^ "64th Academy Awards Memorable Moments". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Dicapai pada September 28, 2015. 
  42. ^ "Backtrack (1991)". The New York Times. Dicapai pada September 28, 2015. 
  43. ^ Foster, p. 136
  44. ^ Hollinger 2012, p. 53; Sonneborn, p. 74
  45. ^ Schaefer, Stephen (January 11, 2013). "Jodie Foster: She lives her life at the movies". Variety. Dicapai pada September 28, 2015. 
  46. ^ "Sommersby (1993)". Box Office Mojo. Dicapai pada September 28, 2015. 
  47. ^ "Maverick (1994)". Box Office Mojo. Dicapai pada March 7, 2010. 
  48. ^ "A Life on the Set, And That Says It All". The New York Times. December 12, 1994. Dicapai pada September 28, 2015. 
  49. ^ "Jodie Foster's Holiday Spirit". Elle. December 1995. Dicapai pada September 29, 2015. 
  50. ^ "Awards Retrospective". Women in Film. Dicapai pada September 29, 2015. http://www.wif.org/awards-restrospective
  51. ^ "Prizes & Honours 1996". Berlin International Film Festival. Dicapai pada January 1, 2012. 
  52. ^ "Contact (1997)". Box Office Mojo. October 26, 1997. Dicapai pada March 7, 2010. 
  53. ^ Snodgrass, p. 287
  54. ^ Pierce, Scott D. (August 20, 1998). "'The Baby Dance' is Jodie Foster's kind of movie". Deseret News. Dicapai pada September 29, 2015. 
  55. ^ Shister, Gail (September 1, 1998). "The Parent Trip". The Advocate. Dicapai pada September 29, 2015. 
  56. ^ Rosenbaum, Jonathan (March 24, 2000). "The Woman Who Isn't There [WAKING THE DEAD]". The Chicago Reader. Dicapai pada September 29, 2015. 
  57. ^ ""Hannibal" shouldn't be made without Jodie Foster". Entertainment Weekly. January 17, 2000. Dicapai pada September 29, 2015. 
  58. ^ Carver, Benedict (January 19, 1999). "Foster to helm 'Flora Plum' pic". Variety. Dicapai pada September 29, 2015. 
  59. ^ Carver, Benedict (September 8, 2000). "Crowe-Foster Project on Shelf For Now". The Orlando Sentinel. Dicapai pada September 29, 2015. 
  60. ^ Hollinger 2006, p. 162
  61. ^ "The Dangerous Lives of Altar Boys (2002)". Box Office Mojo. Dicapai pada July 15, 2010. 
  62. ^ Angulo, Sandra P.; Justine Elias (January 26, 2001). ""Panic" Attack". Entertainment Weekly. Dicapai pada March 1, 2009. 
  63. ^ "Flightplan (2005)". Box Office Mojo. Dicapai pada March 7, 2010. 
  64. ^ "Flightplan". Rotten Tomatoes. Dicapai pada September 30, 2015. 
  65. ^ "Flightplan Reviews". Metacritic. Dicapai pada September 30, 2015. 
  66. ^ "Inside Man (2006)". Box Office Mojo. Dicapai pada March 7, 2010. 
  67. ^ "Inside Man". Rotten Tomatoes. Dicapai pada September 30, 2015. 
  68. ^ "Inside Man Reviews". Metacritic. Dicapai pada September 30, 2015. 
  69. ^ Dargis, Manohla (September 9, 2007). "Forever Jodie, Forever a Pro". The New York Times. Dicapai pada September 29, 2015. 
  70. ^ "The Brave One (2007)". Box Office Mojo. Dicapai pada March 7, 2010. 
  71. ^ "The Brave One". Rotten Tomatoes. Dicapai pada September 30, 2015. 
  72. ^ "The Brave One Reviews". Metacritic. Dicapai pada September 30, 2015. 
  73. ^ Dan Snierson (September 3, 2008). "Exclusive: Jodie Foster, Anne Hathaway to guest on 'The Simpsons'". Entertainment Weekly. Dicapai pada September 4, 2008. 
  74. ^ Kohn, Eric (March 17, 2011). "Jodie Foster on The Beaver and Making Personal Films". Indiewire. Dicapai pada July 18, 2009. 
  75. ^ Barker, Andrew (March 16, 2011). "Variety Reviews: The Beaver". Variety. Dicapai pada February 18, 2013. 
  76. ^ "Carnage". Rotten Tomatoes. Flixter. Retrieved December 16, 2011.
  77. ^ "Cecil B. Demille Award". HFPA. Dicapai pada February 18, 2013. 
  78. ^ "Elysium (2013)". Box Office Mojo. Dicapai pada September 29, 2015. 
  79. ^ Anderson, Diane. "Why You Should Watch 'Orange Is the New Black'". Advocate.com. Dicapai pada July 12, 2013. 
  80. ^ "Primetime Emmy Awards 2014: The Winners List". CNN. Dicapai pada September 30, 2015. 
  81. ^ "Jodie Foster Nominated for Two Directors Guild Awards". The Telegraph. Dicapai pada September 30, 2015. 
  82. ^ "Jodie Foster To Receive Laura Ziskin Lifetime Achievement Award". The Telegraph. Dicapai pada September 30, 2015. 
  83. ^ Kroll, Justin (August 5, 2015). "Sony Dates 16 Films Including Two More 'Bad Boys' Sequels, 'Jumanji' Remake". Variety. Dicapai pada September 21, 2015. 
  84. ^ "Jodie Foster: What I've Learned". Esquire. January 2011. 
  85. ^ a b "Actress Jodie Foster marries girlfriend". BBC News. April 24, 2014. 
  86. ^ a b c "Jodie Foster Marries Photographer Alexandra Hedison". Vanity Fair. April 23, 2014. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Brickman, Barbara Jane (2012). New American Teenagers: The Lost Generation of Youth in 1970s Film. Continuum. ISBN 978-1-4411-7658-5. 
  • Cullen, Jim (2013). Sensing the Past: Hollywood Stars and Historical Visions. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-992766-1. 
  • Ebert, Roger (2008). Scorsese by Ebert. University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-18202-5. 
  • Erb, Cynthia, 2010. "Jodie Foster and Brooke Shields: "New Ways to Look at the Young"". In Morrison, James (ed.), Hollywood Reborn: Movie Stars of the 1970s (2010). Rutgers University Press. ISBN 978-0-8135-4748-0
  • Ewing, Charles Patrick and McCann, Joseph T. (2006). Minds on Trial: Great Cases in Law and Psychology. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-518176-0
  • Foster, Gwendolyn Audrey (1995). Women Film Directors: An International Bio-critical Dictionary. Greenwood Press. ISBN 0-313-28972-7. 
  • Gallagher, John (1989). Film Directors on Directing. Greenwood Publishing Group. ISBN 0-275-93272-9. 
  • Hollinger, Karen (2006). The Actress: Hollywood Acting and the Female Star. Taylor and Francis. ISBN 978-0-415-97792-0. 
  • Hollinger, Karen (2012). "Jodie Foster: Feminist Hero?". In Everett, Anne (ed.), Pretty People: Movie Stars of the 1990s (2012), pp. 43–64. Rutgers University Press. ISBN 978-0-8135-5244-6
  • Martin, Ray (2011). Ray Martin's Favourites. Victory Books. ISBN 9780522860887. 
  • Rausch, Andrew J. (2010). The Films of Martin Scorsese and Robert DeNiro. Scarecrow Press. ISBN 978-0-8108-7413-8. 
  • Snodgrass, Mary Ellen (2008). Beating the Odds: A Teen Guide to 75 Superstars Who Overcame Adversity. Greenwood Press. ISBN 978-0-313-34564-7. 
  • Sonneborn, Liz (2002). A to Z of American Women in the Performing Arts. Facts on File. ISBN 0-8160-4398-1. 
  • Swallow, James (2007). "House Arrest". Dark Eye: The Films of David Fincher. Reynolds & Hearn. m/s. 145–173. ISBN 978-1-905287-30-7. 
  • Thomson, David (2014). The New Biographical Dictionary Of Film, 6th Edition. Abacus. ISBN 978-0-3491-4111-4. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]