Taxi Driver
Taxi Driver | |
---|---|
Pengarah | Martin Scorsese |
Penulis | Paul Schrader |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Michael Chapman |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Bernard Herrmann |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Columbia Pictures |
Tarikh tayangan | 8 Februari 1976 |
Masa tayangan | 113 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $1.3 juta |
Pecah panggung | $28.3 juta[1] |
Taxi Driver ("Pemandu Teksi") ialah sebuah filem vigilante Amerika Syarikat tahun 1976[2][3][4] dengan elemen neo-noir[5][6][7] dan seram ngeri psikologi[5][8][9][10] arahan Martin Scorsese berdasarkan skrip ditulis Paul Schrader. Berlatarkan Bandar Raya New York selepas Perang Vietnam, filem ini dibintangi Robert De Niro serta menampilkan Jodie Foster, Harvey Keitel, Cybill Shepherd, Peter Boyle dan Albert Brooks.
Filem ini kerap kali disebut oleh pengkritik, pengarah filem dan penonton sebagai salah satu filem terbaik sepanjang zaman. Dicalonkan untuk empat Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik, ia memenangi Palme d'Or di Festival Filem Cannes 1976. Filem ini diiktiraf oleh Perpustakaan Kongres Amerka Syarikat atas cirinya yang "berkepentingan tinggi kepada budaya, sejarah atau estetika", malah ia turut disenaraikan dalam pemeliharaan Pendaftaran Filem Kebangsaan pada tahun 1994.
Barisan pelakon
[sunting | sunting sumber]- Robert De Niro sebagai Travis Bickle
- Jodie Foster sebagai Iris
- Harvey Keitel sebagai Sport
- Cybill Shepherd sebagai Betsy
- Albert Brooks sebagai Tom
- Leonard Harris sebagai Charles Palantine
- Peter Boyle sebagai Wizard
- Harry Northup sebagai Doughboy
- Norman Matlock sebagai Charlie T
- Martin Scorsese sebagai Penumpang Memerhati Silhouette
- Victor Argo sebagai Melio
- Steven Prince sebagai Andy - Penjual Pistol
- Joe Spinell sebagai Pegawai Peribadi
- Diahnne Abbott sebagai Wanita Konsesi
- Bob Maroff sebagai Mafioso
Produksi
[sunting | sunting sumber]Semasa membuat persediaan untuk watak Bickle, De Niro sedang menjalani penggambaran filem arahan Bernardo Bertolucci, 1900 di Itali. Menurut Boyle, beliau menghabiskan penggambaran pada hari jumaat di Rome dan kemudiannya menaiki penerbangan ke New York." De Niro mendapatkan lesen pemandu teksi dan ketika rehat, beliau memandu teksi di sekitar New York untuk beberapa minggu sebelum kembali ke Rome untuk menyambung penggambaran 1900. De Niro menurunkan berat sebanyak 35 paun dan mendengar berulang kali rakaman bacaan diari Arthur Bremer. Apabila Bickle memutuskan untuk membunuh Senator Palantine, dia memotong rambutnya dengan gaya Mohawk.
Jodie Foster bukan pilihan pertama untuk melakonkan watak Iris. Scorsese mempertimbang Melanie Griffith, Linda Blair, Bo Derek dan Carrie Fisher untuk watak ini. Pendatang baru, Mariel Hemingway menjalani ujian untuk watak ini tetapi menolak kerana tekanan daripada keluarganya. Selepas pelakon-pelakon lain menolak tawaran untuk watak ini, Foster telah dipilih.
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Dirakam dengan bajet $1.3 juta, Taxi Driver mencapai kejayaan dari segi kewangan dengan mengutip $28,262,574 di Amerika Syarikat,[11] menjadikan ia filem dengan kutipan ke-17 tertinggi pada tahun 1976.
Sehingga tahun 2016, filem ini mendapat skor 99% di laman web, Rotten Tomatoes berdasarkan ulasan daripada 65 pengkritik.[12] Metacritic memberikan filem ini skor 93 daripada 100, berdasarkan ulasan daripada 8 pengkritik, menunjukkan "penerimaan universal."[13]
Pengkritik filem, Roger Ebert memuji filem ini sebagai filem terbaik yang pernah dilihat olehnya.[14] Ia juga dicalonkan untuk empat Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (De Niro). Ia menerima Palme d'Or di Festival Filem Cannes 1976.[15] Filem ini telah dipilih untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan.[16] Filem ini dipilih oleh majalah Time sebagai salah satu daripada 100 filem terbaik sepanjang zaman.[17]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Anugerah | Kategori | Calon | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Cannes | Palme d'Or | Martin Scorsese | Menang |
Anugerah Filem Hochi | Filem Asing Terbaik | Menang | |
Anugerah LAFCA | Pelakon Lelaki Terbaik | Robert De Niro | Menang |
Muzik Terbaik | Bernard Herrmann | Menang | |
Anugerah Generasi Baru | Jodie Foster Martin Scorsese |
Menang | |
Anugerah Akademi | Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama | Robert De Niro | Tercalon |
Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu | Jodie Foster | Tercalon | |
Muzik, Skor Asal Terbaik | Bernard Herrmann (pencalonan selepas meninggal dunia) | Tercalon | |
Filem Terbaik | Michael Phillips dan Julia Phillips |
Tercalon | |
Anugerah BAFTA | Anugerah Anthony Asquith untuk Muzik Filem | Bernard Herrmann | Menang |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Jodie Foster | Menang | |
Pendatang Baru Paling Harapan untuk Mengetuai Peranan-Peranan Filem | Menang | ||
Pelakon Lelaki Terbaik | Robert De Niro | Tercalon | |
Arahan Terbaik | Martin Scorsese | Tercalon | |
Filem Terbaik | Tercalon | ||
Suntingan Filem Terbaik | Marcia Lucas Tom Rolf Melvin Shapiro |
Tercalon | |
[Anugerah Blue Ribbon | Filem Asing Terbaik | Martin Scorsese | Menang |
Anugerah David di Donatello | Special David | Jodie Foster | Menang |
Martin Scorsese | Menang | ||
Anugerah DGA Award | Pencapaian Arahan Cemerlang dalam Filem | Tercalon | |
Anugerah Golden Globe | Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Drama | Robert De Niro | Tercalon |
Lakon Layar Terbaik – Filem | Paul Schrader | Tercalon | |
Anugerah Grammy | Album Skor Asal Terbaik Ditulis untuk Filem atau Istimewa Televisyen | Bernard Herrmann | Tercalon |
Anugerah Kinema Junpo | Pengerah Filem Bahasa Asing Terbaik | Martin Scorsese | Menang |
Anugerah NSFC Award | Pelakon Lelaki Terbaik | Robert De Niro | Menang |
Pengarah Terbaik | Martin Scorsese | Menang | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Jodie Foster | Menang | |
Filem Terbaik | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Harvey Keitel | Tercalon | |
Anugerah NYFCC | Pelakon Lelaki Terbaik | Robert De Niro | Menang |
Pengarah Terbaik | Martin Scorsese | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Harvey Keitel | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Jodie Foster | Tercalon | |
Anugerah WGA | Drama Terbaik Ditulis Terus untuk Layar | Paul Schrader | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Taxi Driver (1976)". Box Office Mojo. Dicapai pada Januari 23, 2012.
- ^ Lim, Dennis (Oktober 19, 2009). "Vigilante films, an American tradition". Los Angeles Times.
- ^ Novak, Glenn D. (November 1987). "Social Ills and the One-Man Solution: Depictions of Evil in the Vigilante Film" (PDF). International Conference on the Expressions of Evil in Literature and the Visual Arts. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Dowd, A.A. "Taxi Driver remains one of the best (and most troubling) of Palme winners". AV Club. Dicapai pada Disember 6, 2015.
- ^ a b Dirks, Tim. "Film site Movie Review: Taxi Driver (1976)". filmsite.org. AMC. Dicapai pada Mei 2, 2015.
- ^ Schwartz, Ronald (Jan 1, 2005). Neo-noir: The New Film Noir Style from Psycho to Collateral. Scarecrow Press. m/s. 33. Dicapai pada May 2, 2015.
- ^ Conard, Mark (Jan 5, 2007). The Philosophy of Neo-Noir. University Press of Kentucky. m/s. 2. Dicapai pada Mei 2, 2015.
- ^ Newton, Michael (April 17, 2014). Famous Assassinations in World History: An Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 468. Dicapai pada May 2, 2015.
- ^ Taubin, Amy (Mac 28, 2000). Taxi Driver. British Film Institute Publishing. m/s. 13. Dicapai pada Mei 2, 2015.
- ^ Keyser, Lester J. (1992). Martin Scorsese. Twayne. m/s. 63. Dicapai pada Mei 2, 2015.
- ^ Taxi Driver, Box Office Mojo Internet Movie Database. Retrieved March 31, 2007
- ^ Taxi Driver, Rotten Tomatoes Flixster. Retrieved October 4, 2008
- ^ Taxi Driver, Metacritic Flixster. Diperoleh pada Mac 20, 2016
- ^ "Taxi Driver". Chicago Sun-Times.
- ^ Cannes Film Festival. Retrieved March 10, 2007.
- ^ Films Selected to The National Film Registry, Library of Congress, 1989–2005. Diperoleh pada Mac 10, 2007.
- ^ Schickel, Richard (Januari 23, 2012). "The Complete List – ALL-TIME 100 Movies". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-14. Dicapai pada April 4, 2012.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Taxi Driver |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Taxi Driver |
- Taxi Driver di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Taxi Driver di TCM Movie Database
- Taxi Driver di Box Office Mojo
- Taxi Driver di Rotten Tomatoes