Force Z

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Force Z adalah sebuah detasmen kapal Tentera Laut Diraja dan Tentera Laut Diraja Australia terdiri daripada kapal tempur HMS Prince of Wales, kruiser tempur HMS Repulse dan empat buah kapal pembinasa, HMS Electra, HMS Express, HMS Tenedos, dan HMAS Vampire. Force Z diletakkan di bawah pemerintahan Laksamana Sir Thomas "Tom" Spencer Vaughan Phillips, seorang pegawai ternama Tentera Laut Diraja British.

Force Z dihantar ke Singapura bagi mengukuhkan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu dan mengelakkan serangan penaklukan oleh pihak Jepun. Pasukan ini tiba di Singapura pada 2 Disember 1941.

Apabila detasmen ini menerima laporan bahawa pasukan serangan Jepun sedang bergerak ke arah Semenanjung Tanah Melayu, Laksamana Tom Phillips membawa angkatan ini ke arah utara menuju Singgora untuk berdepan dengan pasukan laut Jepun tersebut. Namun angkatan ini disernag dalam perjalanan mereka pada 10 Disember 1941g oleh kapal terbang pengebom Jepun lalu menenggelamkan HMS Prince Of Wales dan HMS Repulse. 840 orang pegawai dan kelasi daripada kedua-dua kapal berkenaan terbunuh, termasuk Laksamana Tom Phillips yang tenggelam bersama-sama kapal Laksamana, HMS Prince of Wales.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Anak Kapal HMS Prince Of Wales menyelamatkan diri

10 Disember 1941 (Waktu tempatan)[sunting | sunting sumber]

  • 0050 Semasa di laut, Laksamana Sir Tom Phillips menerima kawat daripada Ketua Turus, Palliser, yang menyatakan bahawa Jepun telah mendarat di Kuantan. Phillips berpendapat Force Z dalam kedudukan baik untuk menyerang dan menggagalkan pendaratan di Kuantan. (laporan in tidak benar)
  • 0100 Force Z menukar haluan supaya dapat berada di perairan Kuantan pada waktu terbit matahari
  • 0220 Kapal selam Jepun I-58 mengesan Force Z, dan melepaskan tembakan 5 das torpedo tetapi tidak mengena sasaran. I-58 melaporkan kedudukan Force Z.
  • 0600 Kumpulan pertama kapal terbang Jepun berlepas dari Saigon – terdiri daripada 3 pesawat peninjau dan 9 pengebom G3M Nell
  • 0735-0930 86 buah kapal penyerang torpedo berlepas dari Saigon untuk menyerang force Z
  • 1030 Phillips menerima kawat daripada kapal pembinasa HMS Tenedos bahawa ia diserang oleh pesawat musuh
  • 1113 Kumpulan pertama kapal terbang Jepun dikesan oleh Force Z
  • 1115 Serangan udara pertama terhadap Force Z oleh sembilan buah pesawat G3M2 Nell yang membuat serangan bom aras tinggi terhadap HMS Repulse tetapi kapal itu tidak menerima kerosakan serius.
  • 1130 Radar HMS Prince Of Wales mengesan kemaraan kumpulan kedua kapal terbang Jepun.
  • 1142 Serangan torpedo pertama dilancarkan oleh kapal terbang Jepun.
  • 1144 dua buah torpedo mengenai Prince of Wales dan kapal itu mengalami kerosakan teruk.
  • 1158 kumpulan ketiga kapal terbang menyerang
  • 1220 26 buah pesawat G4M Betty membawa torpedo menyerang; sembilan daripadanya menyasarkan Repulse. Kapal itu berjaya menembak jatuh dua buah kapal terbang tetapi terkena dua buah torpedo. Torpedo kedua menyebabkan pengemudi kapal rosak dan tersekat.
  • 1223 Prince of Wales terkena empat buah torpedo lagi, sementara Repulse terkena tiga. Repulse mula tenggelam.
  • 1244 Prince of Wales terkena bom yang memburukkan lagi kerosakannya,
  • 1305 Kapal Pembinasa HMS Express diarahkan rapat pada Prince of Wales untuk menyelamatkan anak kapal.
  • 1318 4 buah pesawat pejuang jenis Brewster Buffalo daripada 453 Skuadron Royal Air Force (RAF) tiba dan mengusir kapal terbang Jepun dari kawasan tersebut.