Ford Model T

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ford Model T
1919 Ford Model T Highboy Coupe.jpg
Maklumat
PengilangFord Motor Company
Pengeluaran1908–1927
PemasanganDetroit, US;
Highland Park, US;
Minneapolis, US
Buenos Aires, Argentina;
Geelong,Australia;
São Bernardo do Campo, Brazil;
Toronto, Ontario,Kanada;
Walkerville, Ontario;
Copenhagen, Denmark;
Manchester,England;
Berlin, Jerman;
Cork, Ireland
PendahuluFord Model S
PenggantiFord Model A
KelasFull-size Ford, kereta ekonomi
Stail badantouring 2 pintu (1909–11)
touring 3 pintu (1912–1925)
touring 4 pintu (1926–1927)
roadster tanpa pintu (1909–11)
roadster 1 pintu (1912–1925)
roadster 2 pintu (1926–1927)
pikap roadster (1925–1927)
coupé 2 pintu (1909–1912, 1917–1927)
Coupelet 2 pintu (1915–17)
Kereta town (1909–1918)
wagon C-cab(1912)
sedan 2 pintu tengah (1915–1923)
sedan 2 pintu (1924–1927)
4-door sedan (1923–1927)
Casis berasingan disediakan pada semua tahun bagi coachbuilder
Reka letakFR
Enjin177 C.I.D. (2.9 L) 20 hp I4
Penghantarangear planet
Jarak roda100.0 in (2,540 mm)
Panjang134 in (3,404 mm)
Berat Curb1,200 paun (540 kg)
Muatan10 US gallons (38 L)
PerekabentukHenry Ford, Childe Harold Wills, Joseph A. Galamb dan Eugene Farkas

Ford Model T (juga dikenali dengan nama timangan Tin Lizzie, T‑Model Ford, atau T) ialah sejenis kereta yang dikeluarkan oleh Ford Motor Company milik Henry Ford mulai September 1908 hingga Oktober 1927.[1] Ia dianggap ramai sebagai kereta bermotor mampu beli yang sulung, iaitu kereta yang membolehkan warga kelas menengah berjalan jauh; berkat daripada inovasi Ford, termasuk pengeluaran secara barisan pemasangan sebagai ganti pembuatan dengan tangan secara individu.[2] Ford Model T dinamai sebagai kereta yang paling berpengaruh di dunia pada abad ke-20 mengikut satu tinjauan antarabangsa.[3]

Berkat daripada Model T, tahun 1908 merupakan tahun bersejarah kerana kereta bermotor mulai menjadi laris. Model T keluaran pertama dikilangkan pada 12 Ogos 1908[4] dan dikeluarkan pada 27 September 1908, di Piquette Plant di Detroit, Michigan. Pada 26 Mei 1927, Henry Ford menyaksikan kereta Model T yang ke-15 juta keluar dari barisan pemasangan kilangnya di Highland Park, Michigan.[5]

Terdapat beberapa kereta yang dihasilkan atau diprototaipkan oleh Henry Ford sejak penubuhan syarikatnya pada tahun 1903 sehingga lahirnya Model T. Walaupun beliau bermula dengan Model A, namun bukannya ada 19 model pengeluaran (A hingga T); ada di antaranya sekadar prototaip. Model pengeluaran yang mendahului Model T secara langsung ialah Model S,[6] iaitu versi naik taraf kepada keluaran Ford yang paling berjaya setakat itu, iaitu Model N. Model T disusuli oleh Ford Model A, bukan Model U. Menurut kenyataan umum syarikat, ini adalah kerana Model T sungguh jauh menyimpang dari model-model lama, maka Henry hendak bermula dengan huruf A semula.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Steele Gordon "10 Moments That Made American Business," American Heritage, February/March 2007.
  2. ^ Ford juga pernah mencuba program 'beli tepat pada masa' untuk meningkatkan hasil jualan, serupa dengan Kdf-Wagen dari Jerman (pendahulu Volkswagen Type 1), tetapi rancangan ini tidak berjaya0.
  3. ^ "Joyrides: Car of the Century/ Ford's Model T, of course". 
  4. ^ "Chronicle of 1908". Library.thinkquest.org. Dicapai 2010-11-15. 
  5. ^ "Henry Ford And The Model T". John Wiley & Sons. Dicapai February 3, 2011. 
  6. ^ Early Ford – models from the years 1903–1908; p. 5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Ford