Volkswagen Beetle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Volkswagen Type 1
1961Beetle.jpg
Pengilang Volkswagen
Juga dikenali Volkswagen Beetle
Pengeluaran 1938—2003
Pengganti Volkswagen New Beetle Volkswagen Golf
Kelas Kereta ekonomi
Stail badan Cabriolet 2 pintu
Coupé 2 pintu
Enjin 1.2 L 4 rata
1.3 L 4 rata
1.5 L 4 rata
1.6 L 4 rata

Volkswagen Type 1, lebih dikenali sebagai Beetle atau Bug, adalah model kereta ekonomi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jerman Volkswagen dari tahun 1938 sehingga 2003. Walaupun nama "Beetle" and "Bug" diterima ramai dalam masa yang singkat, hanya pada bulan Ogos 1967 barulah VW menggunakan nama Beetle untuk pasaran Amerika Syarikat. Di Britain, VW tidak pernah menggunakan nama Beetle secara rasmi. Sebelum ini ia hanya dikenali sama ada "Type I" ataupun 1200, 1300 atau 1500, yang merupakan nama yang digunakan di dalam pasaran Eropah; nombor tersebut merujuk kepada saiz enjin dalam sentimeter padu. Pada tahun 1998, selepas model asal sudah lama dihentikan pengeluarannya bagi sebahagian besar pasaran dunia (tetapi masih dikeluarkan di Mexico sehingga tahun 2003) VW memperkenalkan model "New Beetle" (dibina berasaskan platform Volkswagen Golf), menampilkan keserupaan kosmetik kepada rupa bentuk asal.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula tahun 1931, Ferdinand Porsche dan Zündapp membangunkan "Auto für Jedermann" (kereta untuk semua orang), pertama kali nama Volkswagen digunakan. Porsche lebih gemar menggunakan enjin 4 silinder rata sejukan udara, tetapi Zündapp menggunakan enjin jejari 5 silinder sejukan cecair. Pada tahun 1932 tiga prototaip telah berjaya diuji[1]. Kesemua kereta tersebut telah hilang semasa perang; yang terakhir telah hilang pada tahun 1945 di Stuttgart semasa serangan bom.

Porsche Typ 12, 1931/32 oleh Zündapp Nürnberg

Pada tahun 1933, Adolf Hitler menghantar lakaran kepada Ferdinand Porsche bagi cadangan model "Volks-Wagen" ("Kereta Rakyat"), sebuah kereta asas yang mempu mengangkut dua penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak pada kelajuan 100 km/j (62bsj). Kereta Rakyat tersebut boleh didapati oleh rakyat Jerman Nazi melalui skim simpanan, dengan harga serendah 990 mark, hampir sama dengan harga sebuah motosikal kecil pada zaman tersebut, dengan pendapatan purata sekitar DM32 seminggu. [2]

VW Beetle 1967[sunting | sunting sumber]

1967 Volkswagen Beetle (imej bukannya model 1967 Beetle)
Vw kaefer 1300 2 v sst.jpg
Pengilang Volkswagen
Kelas Kereta subkompak
Stail badan Cabriolet2 pintu
Coupé 2 pintu
Enjin Enjin 1500 cc 4 rata OHV sejukan udara di belakang
40 kW (53 bhp) @ 4200 rpm
Tork 105 Nm (78 ka·lbf) @ 2600
lubang 83 mm
lejang 69 mm
Nisbah mampatan 7.5:1
Penghantaran Manual 4 kelajuan
Jarak roda 2400 mm (94.5 in)
Panjang 4079 mm (160.6 in)
Lebar 1539 mm (60.6 in)

Volkswagen Beetle telah melalui perubahan ketara bagi model tahun 1967. Sementara kereta tersebut kelihatan sama seperti model asal, sistem aliran kuasanya telah dipertingkatkan. Antara perubahan pada Beetle termasuklah enjin yang lebih besar pada tahun berikutnya. Kuasa kuda telah ditingkatkan kepada 37 kW (50 hp) pada tahun sebelumnya, dan pada tahun 1967 kuasa enjin telah dipertingkatkan lagi kepada 40 kW (53 hp).

Keluaran penjana elektrik telah meningkat dari 180 kepada 360 watt, dan sistem elektrik dipertingkatkan daripada sistem 6 volt kepada sistem 12 volt. Saiz cakera klac juga telah meningkat, dan perubahan turut dilakukan pada roda tenaga, sistem brek dan gandar belakang. Peralatan wajib baru termasuklah pengelap cermin hadapan 2 kelajuan, lampu sandaran, alas lengan pemandu pada pintu, punat pengunci pada pintu, lampu hadapan serta cermin sisi di bahagian pemandu.

Harga bagi model tersebut ialah AS$1,640 dengan berat 840 kg (1850 lb) yang merupakan berat lazim bari kereta buatan Eropah pada masa tersebut. Kelajuan maksimum ialah 130 km/j (82 bsj), mencukupi bagi dipadankan dengan had laju maksimum 110 km/j (70 bsj) di lebuh raya Amerika Syarikat.

Beetle Baru[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Volkswagen New Beetle
2000 VW New Beetle

Pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Amerika Utara 1994, Volkswagen menampilkan "Concept 1", kereta konsep dengan reka bentuk futuristik tetapi mirip model Beetle asal. Reaksi yang menggalakkan di kalangan orang ramai menyebabkan syarikat mengeluarkan kereta tersebut, dan pada tahun 1998, 20 tahun selepas Beetle terakhir dijual di Amerika Syarikat, Volkswagen melancarkan Beetle Baru, direkabentuk oleh Mays dan Freeman Thomas di studio reka bentuk syarikat di California.

Beetle Baru dikeluarkan di kilang VW di Puebla, Mexico di mana, ironinya, barisan terakhir pengeluaran model Beetle lama dengan enjin sejukan udara dihentikan bagi membolehkan model Beetle Baru yang berasaskan Golf dikeluarkan.

Beetle Baru, dengan enjin (sejukan cecair) di hadapan kereta yang dipacu roda hadapan, hanya berkait dengan model asal pada nama, bentuk umum serta beberapa reka bentuk. Ia adalah sebuah kereta moden berasaskan platform Volkswagen A.

Nama-nama lain bagi Type 1[sunting | sunting sumber]

VW Beetle dikenali dengan pelbagai nama di kebanyakan negara, biasanya merujuk kepada perkataan "kumbang" (beetle). Antaranya:

  • Volkswagen Sedan
  • Volkswagen Bug
  • Coccinelle (ladybird) atau Kever di Belgium
  • Peta ("kura-kura") di Bolivia
  • Folcika di Bosnia-Herzegovina
  • Sedan, kemudian Fusca (lebih popular, Fusquinha yang bermaksud Fusca Kecil. Di selatan Brazil Fusca atau Fuscão) di Brazil
  • Косτенурка (Kostenurka) (bermaksud kura-kura) di Bulgaria
  • Weevil di Canada
  • Escarabat (bermaksud "kumbang") di dalam Catalan
  • Moncho atau Escarabajo di Chile
  • Jiǎ Ké Chóng (甲壳虫) ((bermaksud "kumbang") di China
  • Cucarron (Scarab) atau “Pichirilo” di Colombia.
  • Buba di Croatia
  • Brouk di Czech Republic
  • Boblen (buih) di Denmark
  • Cepillo ("Berus") di Republik Dominika
  • Escarabajo atau Pichirilo di Ecuador
  • خنفسة - Disebut sebagai khon-fesa di Mesir
  • Põrnikas (bermaksud "kumbang") di Estonia
  • Kuplavolkkari (kupla bermaksud buih) di Finland
  • Coccinelle (kumbang) di Perancis
  • Буба di Republik Macedonia
  • Jin-guei che (金龜車) di Taiwan
  • Käfer di Jerman
  • Σκαθάρι (Scathari bermaksud) or Σκαραβαίος (Scaraveos bermaksud Scarab) di Yunani
  • Cucaracha atau Cucarachita (lipad) di Guatemala.
  • Coccinelle (kumbang) di Haiti
  • Bogár (bermaksud "kumbang") di Hungary.
  • Cucarachita (lipas kecil) di Honduras.
  • Bjalla di Iceland
  • Kodok di Indonesia
  • Agroga عكروكة (katak) di Iraq
  • חיפושית ("Hipushit," kumbang) di Israel
  • Maggiolino atau nama tidak rasmi Maggiolone di Italy
  • Kabuto-mushi (カブトムシ) (bermaksud "kumbang badak") di Japan
  • Kifuu di Kenya
  • Vabole di Latvia
  • Vabalas di Lithuania
  • Kura di Malaysia
  • Sedán,Pulguita (kutu kecil) atau Vocho (kadang-kadang dieja sebagai "bocho") di Mexico
  • Scoro-Scoro di Namibia
  • Kever di Belanda
  • Catch Fire di Nigeria
  • Boble (buih) di Norway
  • Foxi atau ”Foxy” di Pakistan
  • Escarabajo ("kumbang") atau Fusca di Paraguay
  • kotseng kuba (bermaksud, 'kereta bongkok') /"pagong" (kura-kura),"Ba-o", kura-kura dalam dialek Cebuano "Boks" di Filipina
  • Garbus (bermaksud 'bongkok') di Poland
  • Carocha di Portugal
  • Volky in Puerto Rico
  • Broasca / Broscuţă (katak kecil) atau Buburuza (kumbang) di Romania
  • Фольксваген-жук di Russia
  • Буба di Buba di Serbia
  • Volla - disebut sebagai Folla di Afrika Selatan
  • Chrobák di Slovakia
  • Hrošč in Slovenia
  • Escarabajo ("kumbang") di Sepanyol dan Amerika Latin
  • Volks / Beetle/ ibba (kura-kura) di Sri Lanka
  • Mgongo wa Chura” (Belakang Katak) or Mwendo wa Kobe” (Kelajuan Kura-kura) di Swahili
  • Bagge (kependekan bagi skalbagge, kumbang) atau bubbla (buih) di Sweden
  • Kobe di Tanzania
  • รถเต่า - disebut Rod Tao (kereta kura-kura) dalam Bahasa Thai
  • Kaplumbağa atau tosbağa (bermaksud kura-kura) atau "vosvos" di Turki.
  • Escarabajo di Venezuela.
  • con bo di Vietnam
  • Bhamba datya in Shona - Datya bermaksud karak dalam bentuk vernakular dari Zimbabwe
  • Poncho
  • Popoy
  • Pulga
  • Punchbug
  • Volky

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]