Format fail video

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Format fail video atau format bekas video (video container format) ialah format fail komputer yang boleh menyimpan pelbagai jenis data, yang dimampatkan melalui penggunaan codec audio/video. Fail bekas digunakan untuk mengenal pasti dan menyisipi jenis data yang berlainan. Format bekas mudah boleh menyimpan beberapa jenis audio, manakala format yang lebih maju boleh menyokong audio, video, sari kata, maklumat bab dan data meta (teg) - bersama-sama dengan maklumat penyelarasan yang membolehkan semuanya dimainkan dengan baik.

MPEG adalah format fail video piawaian. Selain itu, terdapat beberapa format video yang dimiliki syarikat tertentu (proprietari):

Audio sahaja[sunting | sunting sumber]

Audio dan video[sunting | sunting sumber]

Sebuah fail video berkadar 10 minit yang tidak dimampat dengan codec boleh memenuhkan ruang cakera keras sebanyak 10GB!! Oleh itu beberapa format fail diperkenalkan untuk diguna bersama codec.

AVI[sunting | sunting sumber]

Audio Video Interleave diperkenalkan pada tahun 1992 bagi melancarkan PlayBack Audio Video pada OS Windows. Antara codec video yang boleh dimasukkan bersama AVI adalah Motion JPEG, Real Video, MPEG-4, DivX dan XviD.

Quicktime MOV[sunting | sunting sumber]

Format pertama MOV diperkenalkan oleh Apple pada tahun 1991 dan kian berkembang pesat. MOV mampu menyimpan Audio, Video, Gambar dan Text.

MKV[sunting | sunting sumber]

Matroska Video merupakan salah sebuah alternatif sumber terbuka yang terkenal seiring dengan pesaingnya AVI dan ASF. Format MKV yang disaluti codec AVC/H264 mampu memampatkan video berkadar 8.5GB (Standard DVD) kepada 800MB sahaja pada tahap yang memuaskan.

Ogg[sunting | sunting sumber]

Ogg ialah format fail sumber terbuka untuk audio, video dan teks.

RealMedia[sunting | sunting sumber]

Format piawai untuk RealAudio dan RealVideo.

3GP[sunting | sunting sumber]

Format 3GP merupakan format piawai untuk telefon bimbit 3G.

Gambar imej sahaja[sunting | sunting sumber]