Francis Coquelin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Francis Coquelin
Maklumat peribadi
Nama penuh Francis Coquelin[1]
Tarikh lahir (1991-05-13) 13 Mei 1991 (umur 26)
Tempat lahir Laval, Perancis
Ketinggian 1.78 m (5 ft 10 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini Valencia
Nombor 34
Kerjaya remaja
2000–2005 AS du Bourny
2005–2008 Stade Lavallois
2008 Arsenal
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2008–2018 Arsenal 21 (0)
2010–2011 Lorient (pinjam) 24 (1)
2013–2014 SC Freiburg (pinjam) 16 (0)
Pasukan kebangsaan
2007–2008 Perancis B17 3 (0)
2008–2009 Perancis B18 5 (0)
2009–2010 Perancis B19 16 (0)
2010–2011 Perancis B20 12 (0)
2011–2012 Perancis B21 7 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 9 Mac 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 10 September 2012

Francis Coquelin (lahir 13 Mei 1991) merupakan pemain bola sepak Perancis yang bermain sebagai Pemain tengah bertahan untuk kelab Liga, Valencia.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Laval, Mayenne,[1] Coquelin memulakan kariernya dengan bermain untuk AS Laval Bourny sebelum meninggalkan kelab itu pada tahun 2005 untuk menyertai kelab terbesar di commune, Stade Lavallois. Coquelin menghabiskan tiga tahun di kelab itu sebelum before ditemui oleh scout terkenal Arsenal Gilles Grimandi, ketika dalam tugasan antarabangsa, bermain dalam perlawanan pusingan kelayakan elit Kejohanan Eropah bawah-17 UEFA 2008 menentang Israel.

Arsenal[sunting | sunting sumber]

Coquelin bermain untuk Arsenal semasa persahabatan pra-musim menentang Barnet pada tahun 2008.

Musim 2008–09[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2008, Coquelin menyertai Arsenal dari Stade Lavallois selepas ujian percubaan yang berjaya dengan kelab itu. Walaupun dia mengalami kecederaan paha semasa ujian percubaan itu, Coquelin dikagumi dan seterusnya ditawarkan perjanjian untuk tinggal di Utara London.[2] Coquelin bermain dalam pasukan utama ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang Barnet dan Szombathelyi Haladás,[3] dan membuat penampilan kompetitif pasukan utama buat pertama kali untuk Arsenal ketika kemenangan 6–0 ke atas Sheffield United pada 23 September 2008, masuk sebagai pemain gantian menggantikan Fran Mérida dan bermain sebagai pertahanan kanan.[4] Coquelin menjaringkan gol buat pertama kali untuk Arsenal ketika perlawanan pasukan simpanan menentang Stoke City pada 6 Oktober 2008.[5]

Musim 2009–10[sunting | sunting sumber]

Coquelin merupakan pemain tetap pasukan simpanan Arsenal ketika musim 2009–10, bermain 12 kali dan menjaringkan dua gol.[6] Pada 22 September 2009, dia bermain dalam pasukan utama buat pertama kali ketika menentang West Bromwich Albion dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris, bermain 58 minit sebelum digantikan oleh Mark Randall.[7] Dia bermain sekali lagi dalam Piala Liga, kali ini masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua menggantikan Fran Mérida ketika kemenangan 2–1 ke atas Liverpool.[8] Coquelin bermain dalam perlawanan Piala FA ketika kekalahan 3–1 kepada Stoke City. Dia digantikan pada separuh masa kedua dengan Aaron Ramsey.[9]

Lorient (pinjam)[sunting | sunting sumber]

Coquelin berlatih bersama Lorient.

Coquelin memilih untuk berpindah ke FC Lorient secara pinjaman yang menyaksikan dia bermain bola sepak di Perancis sepanjang musim 2010–11. Dia membuat penampilan sulung untuk Lorient sebagai pemain gantian separuh masa kedua ketika kekalahan 2–1 di tempat sendiri kepada Nice pada 14 Ogos 2010.[10] Coquelin membuat bantuan gol pertamanya ketika kekalahan 6-3 Lorient kepada Lille. Coquelin mendapat kad merah pertamanya ketika bermain sebagai pertahanan kanan ketika menentang Valenciennes. Coquelin menjaringkan gol pertamanya dalam bola sepak profesional ketika FC Lorient menewaskan Stade Rennais F.C. 2–1, Francis menjaringkan gol kemenangan dari jarak dekat.[11] Dia menyelesaikan tempoh pinjamannya bersama Lorient dengan membuat 24 penampilan dalam Ligue 1, satu penampilan dalam Coupe de France dan menjaringkan satu gol.[12] Sky Sports melaporkan bahawa pengurus Lorient Christian Gourcuff ingin menandatangani Coquelin dan rakan sepasukan Arsenal Gilles Sunu secara pinjaman.[13]

Musim 2011–12[sunting | sunting sumber]

Selepas menghabiskan pra musim di Piala Dunia B-20 FIFA 2011 bersama Perancis, Coquelin kembali ke Arsenal dan pada 28 Ogos 2011 dia membuat penampilan pasukan utama buat pertama kali ketika menentang Manchester United. Coquelin bermain 62 minit ketika kekalahan 8–2 sebelum digantikan oleh Alex Oxlade-Chamberlain.[14] Coquelin membuat penampilan kesebelasan utama buat kali kedua untuk Arsenal ketika Derby Utara London menentang Tottenham Hotspur. Walaupun Arsenal kalah 2–1, Coquelin telah diundi sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Arsenal.com buat pertama kali.[15] Pada 6 Disember 2011, Coquelin membuat penampilan sulung Liga Juara-Juara untuk Arsenal ketika kekalahan 3–1 kepada Olympiacos, bermain 67 minit sebelum digantikan oleh Tomáš Rosický.[16] Pada 10 Januari 2012, Coquelin menandatangani kontrak jangka panjang dengan Arsenal. Orang Perancis itu diberikan perjanjian baru selepas aksi yang bagus di posisi tengah dan pertahanan.[17] Coquelin membuat bantuan gol pertamanya untuk Arsenal ketika kemenangan 7–1 ke atas Blackburn Rovers.[18]

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Ketika permulaan musim 2012–13, Coquelin mendapat nombor baru dalam skuad, berpindah dari nombor 39 ke 22.[19] Dia membuat penampilan pasukan utama buat pertama kali pada musim itu ketika kemenangan 6–1 ke atas Southampton, Coquelin bermain 67 minit sebelum digantikan Aaron Ramsey.[20] Coquelin membuat bantuan gol ketika kemenangan 6–1 ke atas Coventry City FC dalam perlawanan Piala Liga.[21] On 25 October 2012, Coquelin dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan Arsenal.com untuk aksinya ketika kekalahan 2–0 kepada FC Schalke 04.[22]

Freiburg (pinjam)[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Julai 2013, Arsenal mengumumkan bahawa Coquelin akan dipinjamkan kepada Freiburg untuk musim 2013–14. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika kemenangan 2-1 ke atas Slovan Liberec. [23]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Coquelin merupakan pemain belia antarabangsa Perancis dan telah bermain untuk pasukan bawah-17, bawah-18, bawah-19, bawah-20 dan bawah-21. Coquelin memainkan perana penting ketika Perancis memenangi Kejohanan Eropah bawah-19 UEFA 2010.[24]

Coquelin, dan bekas rakan sepasukan Arsenal Gilles Sunu, dinamakan dalam skuad 21 pemain untuk Piala Dunia B-20 FIFA 2011.[25]

Coquelin mendapat kad merah pertamanya di peringkat bawah-21 ketika kekalahan 2–1 kepada Slovakia; dia diberikan kad merah selepas kekasaran ke atas Filip Kiss.[26]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Coquelin bersama Freiburg pada tahun 2013.
Sehingga 12 November 2013[27]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Arsenal 2008–09 0 0 0 0 1 0 0 0 1 0
2009–10 0 0 1 0 2 0 0 0 3 0
Lorient (pinjam) 2010–11 24 1 1 0 0 0 0 0 25 1
Arsenal 2011–12 10 0 3 0 3 0 1 0 17 0
2012–13 11 0 2 0 3 0 6 0 22 0
SC Freiburg (pinjam) 2013–14 16 0 3 0 0 0 5 1 24 1
Arsenal 2014–15 0 0 0 0 1 0 0 0 1 0
Jumlah karier 61 1 10 0 10 0 12 1 93 2

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Belia Arsenal

Arsenal

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Perancis

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hugman, Barry J., editor (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Mainstream Publishing. m/s. 95. ISBN 978-1-84596-601-0. 
  2. ^ "Coquelin signing complete and new home kit revealed". arsenalyouth.wordpress.com. 21 May 2008. Dicapai 12 August 2013. 
  3. ^ "Francis Coquelin". Arsenal F.C. Diarkibkan daripada original pada 19 December 2008. 
  4. ^ "Arsenal 6–0 Sheff Utd". BBC Sport. 23 September 2008. Dicapai 4 January 2010. 
  5. ^ "Arsenal Res. 3–2 Stoke Res". Arsenal F.C. 6 October 2008. Dicapai 13 August 2013. 
  6. ^ "2009/10". Arsenal F.C. Diarkibkan daripada original pada 2 June 2012. 
  7. ^ "Arsenal 2–0 West Brom". Arsenal F.C. 22 September 2009. Dicapai 13 August 2013. 
  8. ^ "Arsenal 2 - 1 Liverpool". ESPN Soccernet. 28 October 2009. Dicapai 13 August 2013. 
  9. ^ "Stoke City 3 - 1 Arsenal". ESPN Soccernet. 28 October 2009. Dicapai 13 August 2013. 
  10. ^ "Loan Watch: Coquelin makes Lorient debut". Arsenal.com. 1 May 2011. Dicapai 13 August 2013. 
  11. ^ Sanderson, Jamie (16 April 2011). "Video: Coquelin Goal v Rennes". Young Guns Blog. Dicapai 13 August 2013. 
  12. ^ "Francis COQUELIN". Ligue1.com. Dicapai 13 August 2013. 
  13. ^ Haond, Patrick (7 May 2011). "Lorient keen to keep Gunners". Sky Sports. Dicapai 13 August 2013. 
  14. ^ "Man Utd 8 - 2 Arsenal". BBC Sport. 28 August 2011. Dicapai 13 August 2013. 
  15. ^ "Man of the Match against Spurs – Coquelin". Arsenal.com. 4 October 2011. Dicapai 13 August 2013. 
  16. ^ Jurejko, Jonathan (6 December 2011). "Greek tragedy for Arsenal". Sky Sports. Dicapai 13 August 2013. 
  17. ^ "Coquelin signs new long-term contract". Arsenal.com. 10 January 2012. Dicapai 13 August 2013. 
  18. ^ "Arsenal 7 - 1 Blackburn". Sky Sports. 4 February 2012. Dicapai 13 August 2013. 
  19. ^ "Squad numbers updated for start of season". Arsenal.com. 17 August 2012. Dicapai 13 August 2013. 
  20. ^ "Arsenal 6 -1 Southampton". Skysports.com. 15 September 2012. Dicapai 13 August 2013. 
  21. ^ "Arsenal 6 - 1 Coventry City". Arsenal.com. 26 September 2012. Dicapai 13 August 2013. 
  22. ^ "Man of the Match v Schalke - Coquelin". Arsenal.com. 25 October 2012. Dicapai 13 August 2013. 
  23. ^ "Coquelin joins SC Freiburg on loan". Arsenal FC. 5 July 2013. Dicapai 5 July 2013. 
  24. ^ a b "Francis COQUELIN" (dalam bahasa French). French Football Federation. Dicapai 3 March 2014. 
  25. ^ "Coupe du Monde en Turquie" (dalam bahasa French). French Football Federation. Diarkibkan daripada original pada 3 September 2011. Dicapai 13 August 2013. 
  26. ^ "Slovakia stun France to end winning run". UEFA. 7 September 2012. Dicapai 13 August 2013. 
  27. ^ "Francis Coquelin: Appearances". ESPNFC. 12 November 2013. Dicapai 12 November 2013. 
  28. ^ "PAL FINAL: SPURS 0, ARSENAL 1". tottenhamhotspur.com. 17 May 2009. Dicapai 27 August 2014. 
  29. ^ "What next for Arsenal's FA Youth Cup winning youngsters?". Arsenal Youth. Dicapai 27 August 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]