Eliaquim Mangala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Eliaquim Mangala
CSKA-MC (3).jpg
Mangala bermain untuk Manchester City pada tahun 2014
Maklumat peribadi
Nama penuhEliaquim Mangala[1]
Tarikh lahir (1991-02-13) 13 Februari 1991 (umur 28)
Tempat lahirColombes, Perancis
Ketinggian1.88 m (6 ka 2 in) [2]
Posisi permainanPertahanan tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniManchester City
Nombor5
Kerjaya remaja
1996–2002AC Lustin
2002–2004CS Wépionnais
2004–2008Namur
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2008–2011Standard Liège77(2)
2011–2014Porto51(6)
2012Porto B1(0)
2014–Valencia (dipinjam)48(0)
Pasukan kebangsaan
2009–2012Perancis B2123(2)
2013–Perancis8(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 19 Mei 2017.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 3 Julai 2016

Eliaquim Mangala (lahir 13 Februari 1991) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Perancis di posisi pertahanan tengah.

Dilahirkan di Perancis, dia berpindah ke Belgium ketika masih kanak-kanak dan memulakan karier bola sepaknya di sana bersama Standard Liège sebelum menyertai FC Porto pada tahun 2011 dimana dia memenangi kejuaraan Primeira Liga berturut-turut. Selepas itu, dia menyertai Manchester City dengan yuran £31.8 juta.

Mangala membuat penampilan pertamanya untuk pasukan kebangsaan Perancis pada 6 Jun 2013 ketika menentang Uruguay dan disenaraikan ke dalam skuad negara itu untuk Piala Dunia FIFA 2014.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Awal karier[sunting | sunting sumber]

Mangala dilahirkan di barat laut pinggir bandar Paris, Colombes, tetapi berpindah ke Belgium ketika berumur lima tahun dan tinggal di bandar yang banyak menggunakan Bahasa Perancis, Namur. Ketika umur itu, dia menyertai kelab Athletic Club Lustin sebagai pemain belia dan menghabiskan enam tahun di kelab itu sebelum berpindah ke CS Wépionnais. Selepas dua tahun di Wépion, Mangala menyertai kelab terbesar di bandar itu, UR Namur. Semasa di Namur, Mangala digunakan sebagai penyerang dan sikap positif yang ditunjuknya semasa peringkat belia mendapat minat dari Standard Liège. Pada tahun 2007, Mangala dan Standard telah mencapai persetujuan dengan kontrak belia tiga tahun.[3]

Standard Liège[sunting | sunting sumber]

Mangala menyertai Standard Liège. Semasa ketibaanya dia ditukarkan ke posisi pertahanan kiri dan dimasukkan ke dalam pasukan bawah-17 kelab itu untuk musim 2007–08. Aksi terpuji Mangala bersama pasukan itu menyebabkan dia diserap ke pasukan bawah-19 Standard pada bulan Januari 2008, dimana dia sekali lagi bertukar posisi, kali ini sebagai pertahanan tengah. Semasa tempohnya bersama pasukan bawah-19, Mangala berada di bangku simpanan pasukan bawah-21 Standard beberapa kali walaupun baru berusia 17 tahun.[4]

Semasa musim 2008–09, Mangala diberi peluang untuk berlatih dan bermain bersama pasukan utama. Pada 23 Oktober 2008, dia menandatangani kontrak profesional pertamanya, bersetuju dengan perjanjian lima tahun bersama kelab itu.[5] Mangala secara rasmi dinaikkan ke pasukan senior dan diberi nombor 22. Pada 9 November, dia membuat penampilan profesional buat kali pertama pada minit ke-89 sebagai pemain gantian dimana mereka menang 3–1 ke atas Germinal Beerschot.[6] Dia membuat satu lagi penampilan ketika menentang Gent sebelum bermain dalam kesebelasan utama buat pertama kali ketika menentang Dender pada 17 Januari 2009. Dalam perlawanan itu, Mangala membuat bantuan gol untuk Milan Jovanović pada minit ke-3. Standard menang 3–2 dengan Mangala bermain keseluruhan perlawanan. Dia menghabiskan musim itu dengan membuat 11 penampilan liga dan Standard Liège dinobatkan juara. Dia juga muncul dalam perlawanan Piala UEFA menentang kelab Itali Sampdoria, kelab Jerman Stuttgart dan kelab Portugal, Sporting.

Mangala merupakan pemain utama dalam musim 2009–10 dan membuat penampilan pertama ketika kemenangan 2–0 ke atas Genk dalam Belgian Supercup pada 25 Julai 2009.[7] Pada 12 September, Mangala menjaringkan gol profesional pertamanya dalam perlawanan liga menentang Mechelen dimana mereka menang 3–0. Empat hari kemudian, Mangala menjaringkan satu lagi gol ketika menentang kelab Inggeris, Arsenal dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.[8] Mangala menjaringkan gol pada minit ke-3 sebelum penyerang Standard, Jovanović menambah gol dua minit kemudian untuk meletakkan Standard Liège 2–0, walau bagaimanapun, kelab itu tewas 3–2.[9]

Dalam perlawanan terakhirnya dalam liga untuk Standard, Mangala menyudahkan sepakan percuma Steven Defour untuk memberi pasukannya pendahuluan 1−0 ke atas KRC Genk tetapi Kennedy Ugoala Nwanganga menyamakan kedudukan 1−1 untuk Genk, mengesahkan kejuaraan liga di atas Standard.[10] Dalam penampilan terakhirnya untuk kelab itu pada 21 Mei 2011, Mangala menjaringkan gol pertama Standard ketika kemenangan 2−0 ke atas K.V.C. Westerlo dalam perlawanan akhir Piala Belgium.[11]

Porto[sunting | sunting sumber]

Mangala beraksi untuk Porto menentang Marseille dalam perlawanan persahabatan pada bulan Julai 2013

Mangala menyertai juara Liga Europa UEFA, Porto pada 16 Ogos 2011.[12] Perjanjian itu juga termasuk Porto menandatangani rakan sepasukannya di Standard, Steven Defour dengan yuran yang digabungkan berjumlah £11.4 juta.[13] Dalam musim pertamanya bersama Porto, dia bermain sebagai pemain gantian dibelakang pemain seperti Rolando, Maicon dan Nicolás Otamendi. Dia membuat penampilan pertamanya pada musim 2012-14 untuk Porto dalam Supertaça Cândido de Oliveira menentang Académica pada 11 Ogos 2012, bermain keseluruhan 90 minit dan Porto memenangi kejuaraan pra-musim itu dengan kemenangan 1−0.[14] Dia menembusi skuad utama Porto pada musim itu, menjadi pertahanan tengah pilihan utama dan menjaringkan empat gol dalam liga.[15] Mangala beraksi ketika Porto menang 2−0 ke atas Paços de Ferreira pada 19 Mei 2013 membolehkan kelab itu tidak kalah sepanjang musim dan memenangi kejuaraan liga ketiga berturut-turut dengan hanya satu mata di atas Benfica.[16]

Pada 23 Februari 2014, Mangala dibuang padang dan Porto kalah 1−0 kepada Estoril.[17] Dalam perlawanan pusingan 16 Liga Europa menentang Eintracht Frankfurt pada 27 Februari 2014, Mangala menjaringkan dua gol, kedua-duanya menerusi tandukan dan Porto bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk seri 3-3 dan layak ke suku akhir menerusi gol tempat lawan.[18] Pada 3 April 2014, Mangala menjaringkan satu-satunya gol perlawanan ketika Porto menewaskan Sevilla dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Europa.[19]

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Mangala bermain untuk Manchester City menentang CSKA Moscow pada bulan Oktober 2014

Pada 11 Ogos 2014, Mangala menyertai Manchester City dengan kontrak lima tahun,[20] dengan yuran dilaporkan sebanyak £31.8 juta.[21][22] Dia bersatu semula dengan bekas rakan sepasukannya di Porto, Fernando yang menyertai City lebih awal.

Mangala membuat penampilan sulungnya untuk City dalam perlawanan kelima Liga Perdana Inggeris ketika seri 1–1 dengan Chelsea pada 21 September. Enam hari kemudian, dia menjaringkan gol sendiri dan memberi penalti kepada pasukan lawan menyebabka City ketinggalan 2–0 ketika menentang Hull namum mereka berjaya bamgkit untuk menang 4–2. Walaupun menerima kritikan dari media, pengurus Manuel Pellegrini berkata "kami terus mempercayainya kerana dia merupakan pemain bagus tetapi nasibnya kurang baik".[23]

Pada 30 November, Mangala dibuang padang kerana menerima dua kad kuning ketika City menang 3–0 ke atas Southampton.[24]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mangala sebagai kapten Perancis bawah-21 pada bulan Oktober 2011

Kerana dibesarkan di Belgium, Mangala tidak beraksi dalam pasukan belia Perancis. Pada tahun 2008, dia didatangi oleh Persatuan Bola Sepak Belgium yang memanggilnya ke pasukan bawah-18 negara itu. Walau bagaimanapun, kerana tidak memiliki pasport pada masa itu, panggilan itu dianggap sia-sia. Selepas cemerlang bersama pasukan senior Standard Liège, Mangala menarik perhatian Persekutuan Bola Sepak Perancis dengan pengurus Perancis bawah-21, Erick Mombaerts menghadiri perlawanan Liège menentang Mouscron di Stade Le Canonnier pada bulan November.[25] Pada 5 November 2009, Mangala dipamggil buat pertama kali ke pasukan bawah-21 untuk perlawanan persahabatan menentang Tunisia pada 13 November dan perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah bawah-21 UEFA 2011 menentang Slovenia pada 17 November. Mangala membuat penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 ketika menentang Tunisia, tetapi terlepas perlawanan menentang Slovenia selepas menarik diri daripada pasukan kerana mengalami kecederaan semasa latihan.

Mangala membuat penampilan sulungnya untuk pasukan senior Perancis ketika kekalahan 1–0 kepada Uruguay pada 6 Jun 2013.[26] Dia dimasukkan ke dalam skuad Perancis untuk Piala Dunia FIFA 2014 tetapi tidak membuat sebarang penampilan dalam pertandingan itu.[27]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Sehingga 29 Jun 2015[28]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Standard Liège 2008–09 11 0 0 0 3 0 0 0 14 0
2009–10 31 1 3 0 11 1 1 0 47 3
2010–11 35 1 5 1 40 2
Jumlah 77 2 8 1 14 1 1 0 104 5
Porto 2011–12 7 0 1 0 4 1 2 0 14 1
2012–13 23 4 2 2 5 1 8 0 1 0 39 7
2013–14 21 2 4 0 4 0 12 3 1 0 42 5
Jumlah 51 6 7 2 13 2 22 3 2 0 92 13
Manchester City 2014–15 25 0 1 0 2 0 3 0 0 0 31 0
Jumlah 25 0 1 0 2 0 3 0 0 0 31 0
Jumlah Karier 151 8 16 3 15 2 38 4 3 0 224 18

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Standard Liège
Porto

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Barclays Premier League: notification of shirt numbers" (PDF). Premier League. m/s. 12. Dicapai 16 August 2014. 
  2. ^ "Barclays Premier League Player Profile Eliaquim Mangala". Premier League. 2014. Dicapai 15 November 2014. 
  3. ^ "Mangala a signé un contrat de cinq ans au Standard" (dalam bahasa French). Footgoal. 22 October 2008. Dicapai 28 December 2010. 
  4. ^ "Eliaquim Mangala a de l'ambition et du talent" (dalam bahasa French). DH.be. 24 October 2008. Dicapai 28 December 2010. 
  5. ^ "Mangala: Je ne réalise pas encore" (dalam bahasa French). Footgoal. 23 October 2008. Dicapai 28 December 2010. 
  6. ^ "Germinal Beerschot 1 – 3 Standard de Liège" (dalam bahasa French). Standard Liège. 9 November 2008. Dicapai 28 December 2010. 
  7. ^ "Standard triumph in Belgian Super Cup". UEFA. 25 July 2009. Dicapai 17 August 2014. 
  8. ^ "Arsenal fightback flattens Standard". UEFA. 12 September 2009. Dicapai 17 August 2014. 
  9. ^ "Standard Liège 2 – 3 Arsenal". BBC Sport. 16 September 2009. Dicapai 16 September 2009. 
  10. ^ "Genk pip Standard to Belgian title". UEFA. 17 May 2011. Dicapai 17 August 2014. 
  11. ^ "Standard end 18-year Belgian Cup wait". UEFA. 21 May 2011. Dicapai 17 August 2014. 
  12. ^ "COMUNICADO" (PDF) (dalam bahasa Portuguese). FC Porto official site. 16 August 2011. Dicapai 18 August 2011.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  13. ^ "Porto sign Standard Liege's Eliaquim Mangala & Steven Defour for £11.4m - report". Goal.com. 14 August 2011. Dicapai 17 August 2014. 
  14. ^ "Dragões conquistam Supertaça ao bater Académica com golo de Martínez". abola.pt (dalam bahasa Portuguese). A Bola. 11 August 2012. Dicapai 1 September 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  15. ^ "SL Benfica 2 X 2 FC Porto" (dalam bahasa Portuguese). Ser Benfiquista. 13 January 2013. Dicapai 17 July 2014. 
  16. ^ "Unbeaten Porto wrap up 27th league title". UEFA. 19 May 2013. Dicapai 17 August 2014. 
  17. ^ "Porto vs. Estoril 0-1". Soccerway. 23 February 2014. Dicapai 17 July 2014. 
  18. ^ "Europa League: Porto prevail in 3-3 draw with Eintracht Frankfurt". Sky Sports. 27 February 2014. Dicapai 17 July 2014. 
  19. ^ "Mangala swoops to earn Porto victory over Sevilla". UEFA. 3 April 2014. Dicapai 17 July 2014. 
  20. ^ "Eliaquim Mangala signs for City". Manchester City F.C. 11 August 2014. Dicapai 11 August 2014. 
  21. ^ De Menezes, Jack (7 August 2014). "Eliaquim Mangala to Manchester City: Premier League champions hoping to tie up £32m transfer this weekend". The Independent. Dicapai 11 August 2014. 
  22. ^ Jolly, Richard (11 August 2014). "Pellegrini hopeful of Mangala deal". ESPN FC. Dicapai 11 August 2014. 
  23. ^ Keegan, Mike (27 September 2014). "Hull 2-4 Man City". BBC Sport. Dicapai 1 October 2014. 
  24. ^ Jurejko, Jonathan (30 November 2014). "Southampton 0-3 Man City". BBC Sport. Dicapai 30 November 2014. 
  25. ^ "Angleterre et Belgique" (dalam bahasa French). French Football Federation. 28 October 2009. Dicapai 28 December 2010. 
  26. ^ "France career". Eliaquim Mangala. Dicapai 13 July 2014. 
  27. ^ "Eliaquim Mangala: Man City in advanced talks for Porto defender". BBC. 12 July 2014. Dicapai 13 July 2014. 
  28. ^ "E. MANGALA". Soccerway. Dicapai 13 July 2015. 
  29. ^ "UEFA Europa League squad of the season". UEFA.com. 3 June 2014. Dicapai 3 June 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]