Jasper Cillessen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jasper Cillessen
Maklumat peribadi
Nama penuh Jasper Cillessen[1]
Tarikh lahir (1989-04-22) 22 April 1989 (umur 34)
Tempat lahir Nijmegen, Belanda
Ketinggian 1.87 m (6 ka ​1 58 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Valencia
Nombor 13
Kerjaya remaja
1996–2001 De Treffers
2001–2010 NEC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2011 NEC 34 (0)
2011–2016 Ajax 143 (0)
2016–2019 Barcelona 5 (0)
2019– Valencia 16 (0)
Pasukan kebangsaan
2013– Belanda 56 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:34, 6 Mac 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 November 2019

Jasper Cillessen (lahir 22 April 1989) merupakan pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk Valencia dan pasukan kebangsaan Belanda. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Club career[sunting | sunting sumber]

NEC[sunting | sunting sumber]

Cillessen memulakan kerjaya bola sepaknya di De Treffers sebelum ke akademi remaja NEC/FC Oss pada 2001.[2] Pada 2008, beliau menandatangani kontrak profesionalnya bersama NEC. Pada 2010, Cillesen menandatangani kontrak baru sehingga Jun 2012.

Cillessen membuat debut untuk NEC pada 28 Ogos 2010 ketika seri 2-2 menentang Heerenveen dan diundi sebagai pemain terbaik perlawanan. Cillessen kemudian menandatangani kontrak dua tahun sehingga 2014. Pada penghujung 2010-11, beliau menerima anugerah pemain terbaik Gelderland.[3]

Ajax[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Ogos 2011, Cillessen menandatangani kontrak lima tahun bersama Ajax dengan bayaran sebanyak €3 juta sehingga 2016.[4]

Cillessen membuat debut untuk Ajax pada 21 September 2011 pada pusingan kedua Piala KNVB menentang VV Noordwijk. Beliau membuat penampilan pertama liga pada 12 Oktober 2011 menentang Feyenoord.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mei 2012, Cillessen termasuk dalam senarai 36 pemain untuk kejohanan UEFA Euro 2012 tetapi beliau tidak termasuk dalam senarai akhir. Pada 7 Jun 2013, Cillessen membuat debut untuk pasukan kebangsaan Belanda menentang Indonesia tetapi beliau bermain hanya pada separuh masa pertama dan Belanda menang 3-0.

Pada Jun 2014, Cillessen terpilih dalam skuad Belanda di Piala Dunia FIFA 2014. Beliau diberi jersi nombor 1 dan bermain pada perlawanan pembukaan menentang Sepanyol.[5] Beliau bermain pada setiap perlawanan The Oranje yang menduduki tmepat ketiga pada kejohanan itu.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 13 Oktober 2014
Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
2013 4 0
2014 16 0
Jumlah 20 0

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Belanda

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 25. Dicapai pada 11 June 2014.
  2. ^ "Jasper Cillessen in selectie van Oranje". De Groesbeek. 23 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-10. Dicapai pada 3 August 2011.
  3. ^ "Jasper Cillessen Gelders Voetballer van het Jaar". Omroep Gelderland. 28 April 2011. Dicapai pada 3 August 2011.
  4. ^ "NEC reach agreement for the sale of Jasper Cillessen". Goal.com. 27 August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 29 August 2011.
  5. ^ "Netherlands thrash Spain - as it happened". BBC. 13 June 2014. Dicapai pada 14 June 2014.
  6. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: Brazil-Netherlands". FIFA. 12 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-16. Dicapai pada 21 August 2014.