Frekuensi terlalu rendah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Frequensi terlalu rendah (bahasa Inggeris: Super Low Frequency SLF) ialah julat frekuensi antara 30 hertz dan 300 hertz. Julat frequensi ini mengandungi frekuensi grid kuasa arus ulang-alik (50 hertz dan 60 hertz).

Perkhidmatan radio Seafarer (A.S.) pada 76 hertz dan ZEVS (Rusia) pada 82 hertz beroperasi dalam julat ini, yang kerap dirujuk dengan salahnya sebagai frekuensi teramat rendah (ELF). Kedua-dua stesen tersebut menyediakan perkhidmatan komunikasi untuk kapal selam pada kedalaman tertentu.

Komputer peribadi dengan kad bunyi semakin banyak digunakan berbanding penerima radio untuk menerima julat ini, disebabkan saiz dan kos yang lebih rendah. Isyarat yang diterima kad bunyi dengan antena gulung atau wayar dianalisis dengan perisian algoritma jelmaan Fourier pantas dan ditukar menjadi bunyi yang boleh didengar.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Radio waves below 22 kHz".