Freundel Stuart

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Honourable

Freundel Stuart

QC MP
Freundel Stuart June 2010.jpg
Perdana Menteri Barbados
Memegang jawatan
23 Oktober 2010
Raja Elizabeth II
Gabenor Jeneral Clifford Husbands
Didahului oleh David Thompson
Butiran peribadi
Lahir 1949?
Saint Philip, Barbados
Parti politik Parti Buruh Demokratik
Alma mater Universiti Hindia Barat
Profesion Peguam

Freundel Jerome Stuart (lahir c. 1949) merupakan Perdana Menteri Barbados yang ketujuh.[1][2] Beliau mengambil alih jawatan David Thompson yang meninggal dunia akibat barah pankreas pada 23 Oktober 2010.[3][4] Beliau merupakan ahli Parti Buruh Demokratik (DLP).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan dan kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Stewart lahir di Saint Philip, Barbados.[5] Beliau merupakan bapa tunggal kepada seorang anak perempuan yang mengkaji sosiologi di kampus Universiti Hindia Barat di Cave Hill Campus di Barbados.[6]

Beliau sendiri juga merupakan lepasan Universiti Hindia Barat yang memegang ijazah sains politik dan undang-undang.[6] Beliau merupakan seorang peguam yang berpraktikkan undang-undang jenayah dan korporat.[6]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Freundel Stuart merupakan seorang penyokong setia Parti Buruh Demokratik yang pernah berkhidmat sebagai Presiden parti. Beliau mewakili kawasan parlimen St. Michael South.

Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Stuart bertugas sebagai pemangku Perdana Menteri Barbados sejak Mei 2010 apabila David Thompson uzur akibat barah pankreas.[6] Thompson meninggal dunia akibat penyakit itu pada 23 Oktober 2010.[5] Para pemimpin Parti Buruh Demokratik mengadakan mesyuarat gempar di ibu pejabat parti di George Street, Bridgetown pada pagi hari pemergian Thompson, untuk melantik Stewart sebagai Perdana Menteri.[5]

Freundel Stewart mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Barbados yang ketujuh pada 23 Oktober 2010, di hadapan Gabenor Jeneral Clifford Husbands.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Staff writers (23 Oktober 2010). "Breaking News: Cabinet members to be re-confirmed this afternoon". The Barbados Advocate (dalam bahasa English). Dicapai 23 Oktober 2010. 
  2. ^ Staff writer (23 October 2010). "Stuart sworn in Prime Minister". Nation Newspaper (dalam bahasa English). Dicapai 23 Oktober 2010. 
  3. ^ Staff writer. "Urgent Barbados Death: Barbados Prime Minister David Thompson is dead" (dalam bahasa English). Caribbean News Agency (CANA). Dicapai 23 October 2010. 
  4. ^ "New Barbados PM to be sworn in". RJR News. 23 October 2010. Dicapai 23 October 2010. 
  5. ^ a b c d "Barbados' Seventh PM". Trinidad & Tobago's Newsday. 2010-10-25. Dicapai 2010-10-25. 
  6. ^ a b c d "Meet Barbados' New Prime Minister". CaribWorldNews. 2010-10-23. Dicapai 2010-10-25. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
David Thompson
Perdana Menteri Barbados
2010–kini
Pemegang jawatan kini