Barbados

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Koordinat: 13°10′N 59°33′W / 13.167°N 59.550°W / 13.167; -59.550

Barbados
باربادوس

Bendera Barbados
{{{coat_alt}}}
Bendera Lambang
Cogan kata: "Pride and Industry"
Kebanggaan dan Kerajinan
Lagu kebangsaan: "In Plenty and In Time of Need"
Location of Barbados
Ibu negaraBridgetown
13°06′N 59°37′W / 13.100°N 59.617°W / 13.100; -59.617
Bandar terbesarIbu negara
Bahasa rasmibahasa Inggeris
Bahasa serantau yang DiiktirafBahasa Kreol Barbados
Kumpulan etnik
(est. 2010[1])
Agama
KerajaanRepublik berparlimen berkesatuan
• Presiden
Sandra Mason
Mia Mottley
PerundanganParlimen
Senat
Dewan Perhimpunan
Merdeka 
• Kedaulatan diwujudkan
30 November 1966
• Admitted to the UN
7 Disember 1966
• Republik ditubuhkan
30 November 2021
Keluasan
• Jumlah
439 km2 (169 bt2) (ke-183)
• Air (%)
Boleh diabaikan
Penduduk
• Anggaran 2019
287,025 orang[2] (ke-182)
• Bancian 2010
277,821 orang[3]
• Kepadatan
660/km2 (1,709.4/sq mi) (ke-15)
KDNK (PPP)Anggaran 2019 
• Jumlah
USD5.398 bilion
• Per kapita
$18,798[4]
KDNK (nominal)Anggaran 2019 
• Jumlah
USD5.207 bilion
• Per kapita
$18,133[4]
HDI (2019) 0.814[5]
sangat tinggi · ke-58
Mata wangDolar Barbados ($) (BBD)
Zon masaUTC−4 (AST)
Bahagian memandukiri[6]
Kod panggilan+1-246
DPT Internet.bb today=

Barbados adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di persempadan Laut Caribbean dan Lautan Atlantik. Merangkumi salah satu daripada gugusan pulau Antillen Kecil, Barbados terletak di bahagian sebelah timur gugusan tersebut.

Barbados masyhur dengan industri pelancongannya dan dikenali sebagai Little England atau England Kecil bagi kepulauan Caribbean kerana pengaruh Britain yang kuat di pulau ini. Pulau Barbados terletak 2585 km (1610 batu) dari tenggara Miami, Florida di Amerika Syarikat dan 860 km (535 batu) dari Caracas, Venezuela.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Zaman prapenjajahan[sunting | sunting sumber]

Bukti-bukti arkeologi yang terhad membuktikan bahawa Barbados memiliki penghuni pada sekitar pertengahan alaf kedua SM.[7] Penghuni Amerindia yang lebih kekal wujud di Barbados pada abad keempat hingga ketujuh Masihi.[8] Penghuni-penghuni Arawak dan Kalinago dari Amerika Selatan mula menghuni di pulau ini sejak abad kesembilan Masihi.

Zaman penjajahan[sunting | sunting sumber]

Orang Portugis merupakan orang Eropah pertama menemukan dan mencatat kelibat pulau ini dalam pelayaran mereka dari Brazil Jajahan. Salah seorang peneroka ini, Pedro A. Campos menamakan pulau ini sebagai Os Barbados yakni "yang berjanggut".[9] Nama ini dikatakan merujuk kepada pokok-pokok ara spesies Ficus citrifolia yang menjalar seakan janggut atau penampilan orang-orang asal yang menduduki pulau ini.

Barbados merupakan pulau yang lengang sebelum penjelajah British mula menetap di sini pada 1627. Kapten John Powell mendarat di Barbados pada 1625 dan mengisytiharkan pulau sebagai tanah jajahan British. Dua tahun kemudian, abangnya Kapten Henry Powell mendarat dengan 80 orang peneroka dan 10 orang hamba abdi. Kumpulan tersebut telah menubuhkan penempatan Eropah yang pertama di Jamestown di pantai barat, kini dikenali sebagai Holetown. Pada akhir tahun 1628 penduduk koloni ini bertambah menjadi 2,000 orang.

Pihak penjajah telah menebang kebanyakan hutan belantara dan menanam tembakau dan kapas. Pada 1640-an, mereka menanam semula ladang-ladang ini dengan tebu. Ladang-ladang ini ialah ladang tebu terbesar di kepulauan Caribbean, dan pengeluaran gula menghasilkan keuntungan lumayan bagi pihak penanam dan peneroka di Barbados. Oleh kerana permintaan gula yang tinggi, hamba-hamba abdi telah dibawa dari benua Afrika dan dikerjakan di ladang-ladang gula yang wujud hingga tahun 1834 apabila sistem perhambaan dihapuskan. Meskipun begitu, ekonomi Barbados masih bergantung kepada sektor gula, rum dan molases hingga kurun ke-20. Selepas Perang Dunia Kedua, industri gula mula merudum manakala sektor pelancongan telah meningkat naik.

Zaman pascakemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Barbados telah mencapai status kerajaan dalaman sendiri pada 1961 dan mencapai kemerdekaan pada 30 November 1966 dengan Errol Barrow sebagai Perdana Menteri pertama. Pada awal 1990-an, pelancongan telah menjadi sektor terbesar di Barbados.

Pada 15 September 2020, pemerintah penguasai Barbados mengumumkan pelaksanaan membubarkan kuasa beraja sebagai suatu negara republik pada 30 November 2021, 55 tahun setelah negara itu merdeka dari jajahan British menggantikan dengan suatu Presiden ketua negara lantikan rakyat sendiri;[10][11] Barbados masih akan kekal keanggotaan dalam Alam Komanwel.[12][13][14][15] Suatu pemindaan kepada perlembagaan negara Barbados menyentuh hal ini diperkenalkan dalam Parlimen Barbados pada 20 September 2021 yang diluluskan pada 6 Oktober tahun sama.[16] Pada minggu berikutnya tanggal 12 Oktober, Gabenor Jeneral terakhir negara tersebut, Sandra Mason dilantik dua-dua pihak pemerintah dan pembangkang parlimen sebagai Presiden pertama mereka[17] sebelum disahkan dalam pilihan raya tanggal 20 Oktober.[18]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Barbados terletak di Lautan Atlantik dan merupakan pulau paling timur di Antillen Kecil serta Hindia Barat. Barbados merupakan sebuah pulau yang agak datar yang semakin mencuram di kawasan pusat tanah tinggi dengan puncak tertinggi ialah Gunung Hillaby (336 m). Pulau ini beriklim tropikal, dengan musim hujan di antara bulan Jun dengan Oktober. Musim keringnya pula adalah antara bulan Februari dengan Mei. Ibu negara Barbados ialah Bridgetown. Bandar-bandar utama yang lain termasuklah Holetown dan Speightstown.

Politik[sunting | sunting sumber]

Sistem politik Barbados ialah berasaskan sistem republik berparlimen berdasarkan sistem Westminster. Ketua negara Barbados ialah Presiden Barbados, kini dipegang oleh Dame Sandra Mason. Kuasa eksekutif masih terletak di tangan Perdana Menteri dan kabinetnya. Perdana Menteri lazimnya ialah seorang ketua parti politik yang menang dalam pilihan raya untuk 30 buah kerusi dalam Dewan Rakyat. Ahli-ahli dipilih setiap lima tahun. Ahli Senat atau Dewan Negara berjumlah 21 orang dan dilantik oleh Gabenor Jeneral. Daripada jumlah tersebut, 12 orang ahli dilantik atas nasihat Perdana Menteri, dua orang atas nasihat Ketua Pembangkang dan tujuh orang dipilih oleh Gabenor Jeneral.

Kariah[sunting | sunting sumber]

Peta kariah-kariah Barbados.

Barbados terbahagi kepada 11 kariah (parishes) seperti di bawah:

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Sejak dahulu, ekonomi Barbados bergantung pada penanaman tebu dan aktiviti berkaitan, tetapi beberapa tahun yang lalu, Barbados telah menerokai sektor pengeluaran dan pelancongan. Nilai keluaran dalam negara kasar negara setakat 2018 ialah $5.087 billion secara nominal dan $5.344 billion secara pariti kuasa beli.[19] Laporan pada 2017 menunjukkan kira-kira 88% daripada sektor ekonomi negara adalah bersumberkan perkhidmatan.

Kewangan Persisiran Pantai dan perkhidmatan maklumat merupakan punca tukaran wang asing yang utama, dan juga sektor pengeluaran ringan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kadar pengangguran, menggalakkan pelaburan asing, dan syarikat swasta masih dimilikki oleh syarikat milik kerajaan. Ekonominya telah menguncup pada 2001 disebabkan kelembaban di dalam perbelanjaan pelancongan dan pengguna.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Bancian negara pada 2010 menetapkan jumlah penduduk negara pada 277,821 orang, yakni 133,018 orang lelaki dan 144,803 orang perempuan.[20] Lebih 90% rakyat Barbados (dikenali juga sebagai Bajan) adalah berkulit hitam, dan kebanyakkan mereka adalah keturunan hamba abdi yang bekerja di ladang-ladang gula. Penduduk-penduduk yang lain ialah orang Eropah dan Asia. Bahasa rasmi Barbados ialah bahasa Inggeris, tetapi masyarakat lazimnya bertutur dalam suatu kreol yang dipanggil sebagai Bajan. Kebanyakkan rakyat negara beragama Kristian aliran Protestan (Gereja Anglikan) dengan peratusan kira-kira 40%.[21] Namun begitu, agama Katolik, Hindu dan Islam juga diamalkan oleh segelintir rakyat Barbados.

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Bangunan Kolej Codrington di St. John.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sistem pendidikan Barbados adalah menghampiri sistem pendidikan British. Barbados memiliki lebih 70 buah sekolah rendah serta lebih 20 buah sekolah menengah termasuk beberapa buah sekolah antarabangsa. Beberapa buah institut pengajian tinggi dibangunkan di Barbados untuk menyumbang kepada pendidikan tinggi penduduk negara. Kadar celik huruf masyarakat Barbados menghampiri 100%.[22]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa Grantley Adams ialah lapangan terbang tunggal Barbados yang menjadi hab pengangkutan utama kawasan timur Caribbean. Barbados tidak memiliki sebarang pengangkutan rel.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Pengaruh Inggeris sangat ketara di Barbados berbanding dengan kepulauan lain di Hindia Barat. Salah satu contoh ialah sukan kebangsaan negara iaitu kriket. Barbados telah melahirkan ramai pemain kriket terkenal, termasuklah Garfield Sobers dan Frank Worrell.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cia tidak disediakan
  2. ^ United Nations. "World Population Prospects 2019".
  3. ^ "Barbados – General Information". GeoHive. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 February 2017. Dicapai pada 16 December 2013.
  4. ^ a b "Report for Selected Countries and Subjects". www.imf.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 March 2021. Dicapai pada 18 March 2021.
  5. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 15 December 2020. Dicapai pada 16 December 2020.
  6. ^ "Barbados". 29 August 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 October 2007. (fco.gov.uk), updated 5 June 2006.
  7. ^ Peter Drewett, 1993. "Excavations at Heywoods, Barbados, and the Economic Basis of the Suazoid Period in the Lesser Antilles", Journal of the Barbados Museum and Historical Society 38:113–37; Scott M. Fitzpatrick, "A critical approach to c14 dating in the Caribbean", Latin American Antiquity, 17 (4), pp. 389 ff.
  8. ^ Beckles, Hilary. A History of Barbados: From Amerindian Settlement to Caribbean Single Market (Cambridge University Press, 2007 edition).
  9. ^ Retrieved 5 March 2016.
  10. ^ Yasharoff, Hannah. "Barbados announces plan to remove Queen Elizabeth as head of state next year". USA TODAY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-16.
  11. ^ "Barbados elects first president, replacing UK Queen as head of state".
  12. ^ Team, Caribbean Lifestyle Editorial (2020-09-15). "Barbados to become an Independent Republic in 2021". Caribbean Culture and Lifestyle (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-15.
  13. ^ Speare-Cole, Rebecca (2020-09-16). "Barbados to remove Queen as head of state by November 2021". Evening Standard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-16.
  14. ^ Madden, Marlon, penyunting (17 September 2020). "Wickham predicts Barbados' republic model to mirror Trinidad's". Top Featured Article. Barbados Today. Dicapai pada 4 June 2021. As Barbados prepares to ditch the Queen as its Head of State and become a republic, a prominent political scientist is predicting that Prime Minister Mia Mottley will follow the Trinidad and Tobago model. What's more, Peter Wickham has shot down any idea of the Barbados Labour Party administration holding a referendum on the matter, saying that to do so would be a "mistake". "There is no need to and I don't think it makes a lot of sense. We had a situation where since 1999 this [political party] indicated its desire to go in the direction of a republic. The Opposition has always supported it ... So, I think there is enough cohesion in that regard to go with it," he said.
  15. ^ "Barbados to remove Queen Elizabeth as head of state". BBC News. 16 September 2020. Dicapai pada 18 March 2021.
  16. ^ "Barbados Parliament Bills Archive". www.barbadosparliament.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 October 2021.
  17. ^ "Letter to the Speaker RE Nomination of Her Excellency Dame Sandra Mason as 1st President of Barbados" (PDF). Parliament of Barbados. 12 October 2021. Dicapai pada 16 October 2021.
  18. ^ Barbados just appointed its first president as it becomes a republic - The National
  19. ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org (dalam bahasa Inggeris). Tabung Kewangan Antarabangsa.
  20. ^ (dalam bahasa en) 2010 Population and Housing Census (Laporan). 1. Barbados Statistical Service. September 2013. m/s i. Diarkib daripada asal pada 18 Januari 2017. https://web.archive.org/web/20170118220332/http://www.barstats.gov.bb/files/documents/PHC_2010_Census_Volume_1.pdf.
  21. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Februari 2018. Dicapai pada 3 Mei 2017.CS1 maint: archived copy as title (link)
  22. ^ "Unesco Institute for Statistics: Date Centre". 14 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 January 2011. Dicapai pada 28 February 2011.

Laman web[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Negara-negara di Caribbean
Negara merdeka
Alam Komanwel: Antigua & BarbudaBahamasBarbadosGrenadaJamaicaSanto Kitts dan NevisSaint LuciaSaint Vincent & Kepulauan Grenadine
Republik Komanwel: DominikaTrinidad dan Tobago
Republik lain: CubaRepublik Dominika & Haiti (kedua-dua di Hispaniola)

Wilayah tanggungan
Amerika Syarikat: Kepulauan Virgin Amerika SyarikatPuerto RicoPulau NavassaTeluk Guantanamo (enklaf di Cuba) •
Belanda: Aruba & Antillen BelandaBritish: AnguillaKepulauan CaymanKepulauan Turks dan CaicosKepulauan Virgin BritishMontserrat
Perancis: Guadeloupe & Martinique