Friedrichshafen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Friedrichshafen
Jata Friedrichshafen
NegaraJerman
NegeriBaden-Württemberg
Wilayah pentadbiranTübingen
DaerahBodenseekreis
Kerajaan
 • Ketua Datuk BandarAndreas Brand (FW)
Keluasan
 • Jumlah69.91 km2 (26.99 batu persegi)
Penduduk
 (2017-12-31)[1]
 • Jumlah60,088
 • Kepadatan860/km2 (2,200/batu persegi)
Zon waktuCET/CEST (UTC+1/+2)
Poskod
88045–88048
Kod dail07541, 07544
Pendaftaran kenderaanFN
Laman sesawangwww.friedrichshafen.de
Friedrichshafen
Jata Friedrichshafen
NegaraJerman
NegeriBaden-Württemberg
Wilayah pentadbiranTübingen
DaerahBodenseekreis
Kerajaan
 • Ketua Datuk BandarAndreas Brand (FW)
Keluasan
 • Jumlah69.91 km2 (26.99 batu persegi)
Aras
400 m (1,300 ft)
Penduduk
 (2017-12-31)[2]
 • Jumlah60,088
 • Kepadatan860/km2 (2,200/batu persegi)
Zon waktuCET/CEST (UTC+1/+2)
Poskod
88045–88048
Kod dail07541, 07544
Pendaftaran kenderaanFN
Laman sesawangwww.friedrichshafen.de

Friedrichshafen [ˈfriːdrɪçshaːfən; ˈfrɪd-] ialah sebuah bandar yang terletak di utara tebing Tasik Constance, di selatan negara Jerman berdekatan dengan sempadan negara itu dengan Switzerland dan Austria. Bandar ini merupakan ibu kota daerah (Kreisstadt) bagi Bodensee (Landkreis) di dalam negeri (Bundesland) Baden-Wurttemberg. Selain itu, bandar Friedrichshafen ialah bandar kedua terbesar selepas bandar Constance yang terletak di sekitar tasik tersebut. Bandar ini mempunyai penduduk seramai 58,271 orang.

Bandar Friedrichshafen dari tebing Tasik Constance.

Nama[sunting | sunting sumber]

Bandar ini mendapat nama daripada Raja Wurttemberg pertama, iaitu Friedrich I dan berasal daripada sebuah bandar bebas empayar (Freie Reichstadt) yang bernama Buchhorn. Bandar ini ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1811 dengan nama Friedrichshafen, yang bermaksud Pelabuhan Friedrich, melalui gabungan bandar lama Buchhorn dan pekan Hofen yang menempatkan sebuah biara Katolik selain perkampungan di sekitarnya.

Pemerintahan Wurttemberg[sunting | sunting sumber]

Bandar ini banyak menerima manfaat daripada rancangan ekonomi dan pembangunan yang dibawakan oleh Raja Friedrich I. Di antaranya ialah menikmati taraf istimewa sebuah pelabuhan bebas dan turut bertindak sebagai pusat pengagihan barang-barang dagangan dengan orang-orang Swiss. Pada kurun ke-19, bandar ini menempatkan istana musim panas untuk keluarga diraja Wurttemberg. Biara lama di Hofen direka semula dan dijadikan sebuah istana. Di bawah pemerintahan Raja Wilhelm I, pembangunan rancak dari segi ekonomi terutamanya di dalam sektor perkapalan mula dinikmati. Keluaran yang paling terkenal pada waktu itu ialah kapal stim yang dinamakan Wilhelm bersempena dengan nama raja pada waktu itu. Malah pembinaan istana menyaksikan datangnya ramai pengunjung-pengunjung asing seperti menteri-menteri dan pegawai-pegawai kerajaan sekutu yang tinggal untuk beberapa waktu di perkampungan khas yang dibina di sekitar istana tersebut. Seorang Tsar Rusia, Alexander II ialah kalangan pengunjung ternama yang terawal ke bandar ini.

Industri awal[sunting | sunting sumber]

Usaha-usaha memperkenal dan membangun sektor perusahaan di bandar ini dimulakan seawal pertengahan kurun ke-19 dengan pembinaan laluan keretapi dari bandar Ravensburg terus ke pusat bandar Friedrichshafen. Laluan ini merupakan satu bahagian terasing di bawah projek Laluan Keretapi Diraja Wurttemberg dan dibuka pada 8 November 1847. Projek itu siap sepenuhnya dengan pembukaan laluan terus yang menghubungkan bandar ini dengan ibu kota wilayah Wurttemberg, Stuttgart pada 1 Jun 1850. Sebuah kilang pengeluar barangan berasaskan kulit lembu Huni dibuka pada tahun 1859.

Zeppelin[sunting | sunting sumber]

Poskad: Pemandangan sekitar Friedrichshafen dengan gambar kapal udara Zeppelin dan juga Kapal terbang.

Usaha-usaha mempergiat sektor perindustrian di bandar Friedrichshafen ini seterusnya dijalankan terutamanya oleh Ferdinand von Zeppelin. Beliau menempatkan pusat pengeluaran kapal udara tegarnya yang terkenal iaitu Zeppelin di bandar ini kerana kedudukannya yang strategik sebagai pusat pemunggahan barang-barang dagangan.

Pembinaan pertama dilakukan pada tahun 1899 di sebuah gudang terapung di Teluk Manzell, tebing Tasik Constance, bandar Friedrichshafen. Lokasi ini dipilih kerana gudang itu boleh dijajarkan selari dengan tiupan angin bagi memudahkan usaha-usaha melancarkan kapal ini yang agak rumit. Prototaip pertama LZ1 (LZ untuk Luftschiff Zeppelin, atau Kapal udara Zeppelin) yang berukuran 128 m panjang berjaya melakukan penerbangan sulungnya pada 2 Julai 1900. Setelah beberapa masalah, prototaip kedua LZ2 pula diterbangkan. Minat terhadap kapal udara ini di kalangan warga Jerman menyaksikan projek ini terus berjalan walaupun menemui pelbagai masalah. Namun, usaha ini tidak diteruskan selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Bandar kembar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bevölkerung nach Nationalität und Geschlecht am 31. Dezember 2017". Statistisches Landesamt Baden-Württemberg (dalam bahasa Jerman). 2018.
  2. ^ "Bevölkerung nach Nationalität und Geschlecht am 31. Dezember 2017". Statistisches Landesamt Baden-Württemberg (dalam bahasa Jerman). 2018.