Future Now Tour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Future Now Tour
Konsert jelajah oleh Demi Lovato dan Nick Jonas
Album berkaitan
Tarikh mula29 Jun 2016 (2016-06-29)
Tarikh tamat19 Oktober 2016 (2016-10-19)
Putaran3
Jumlah persembahan
  • 43 di Amerika Utara
  • 1 di Asia
  • 3 di Amerika Latin
  • 47 keseluruhan
Pecah panggung17.4M $
Laman sesawangfuturenowtour.com



Demi World Tour
(2014–2015)
Future Now Tour
(2016)
Demi x Khaled
(2018)



Nick Jonas: Live in Concert
(2015)
Future Now Tour
(2016)



On the Road Again Tour
(2015)
Future Now Tour
(2016)
16th Annual Honda Civic Tour
(2017)

Future Now Tour ialah konsert jelajah oleh penyanyi Amerika Serikat, Demi Lovato dan Nick Jonas.[1] Ia merupakan konsert jelajah Lovato kelima, yang mempromosikan album kelimanya, Confident (2015) dan konsert jelajah ketiga Jonas, yang mempromosikan album ketiganya yang berjudul Last Year Was Complicated (2016).[2][3] Jelajah dimulaka pada 29 Jun 2016 di Atlanta dan berakhir pada 17 September 2016 di Inglewood, California.[4] Lovato melanjutkan jelajah tersebut sebagai artis solo pada 24 September 2016 di New York City dan berakhir di Monterrey pada tanggal 19 Oktober 2016.

Latar belakang dan perkembangan[sunting | sunting sumber]

Lovato tampil di AT&T Center, San Antonio pada 10 September 2016.

Pada 26 Oktober 2015, Lovato dan Jonas mengumumkan di Persembahan Elvis Duran setelah khabar angin selama beberapa hari bahawa mereka akan pergi menjelah bersama.[5] Pada hari yang sama, mereka berbincang tentang jelajah di Good Morning America.[6]Ia turut diumumkan bahawa tiket akan mula dijual pada 7 November 2015.[7] Poster untuk jelajah juga sudah dikeluarkan dan digambarkan sebagai "Upacara Hunger Games yang mewakili Daerah 1."[8]

Pada 22 Mac 2016, jelajah tersebut secara rasmi diumumkan sebagai sebahagian dari Jelajah Honda Civic ke-15. Peminat diberi kesempatan untuk menyertai undian Honda Civic Tour 2016 untuk mendapatkan satu dari tiga hadiah utama: sebuah kereta Honda Civic Sedan 2016 yang dipersembahkan oleh Lovato, motosikal Honda Grom yang dipersembahkan oleh Jonas dan perjalanan untuk dua orang ke Los Angeles untuk menonton konsert Lovato dan Jonas di The Forum.[9] Pada 28 Jun 2016, diumumkan bahawa Tidal akan menjalani perjalanan pertama jelajah tersebut.[10] Pada 29 Jun 2016, Lovato mengumumkan bahawa CAST Centers akan bergabung dengan mereka dalam jelajah untuk mempromosikan dialog terbuka tentang kesihatan mental, juga untuk mengilhamkan peminat dan menghapuskan stigma meminta pertolongan.[11]

Jelajah Honda Civic of the Future Now Tour berlangsung di Amerika Utara di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada mulai 29 Jun 2016 sehingga 17 September 2016. Mike Posner bertugas sebagai pembuka utama selain di Atlanta, Sunrise, Orlando, San Jose, Portland dan Seattle.[12] Rich Homie Quan dan Migos menjadi pembuka di Atlanta, Marshmello pembuka di Sunrise, DJ JayR pembuka di Orlando dan Chord Overstreet pembuka di Chula Vista, San Jose, Nashville dan Inglewood. Lovato dan Jonas dijadualkan untuk membuat persembahan di Charlotte dan Raleigh, namun dibatalkan akibat undang-undang HB2 di Carolina Utara.[13] Lovato dan Jonas juga dijadualkan tampil di Virginia Beach, namun dibatalkan berikutan terdapat konflik penjadualan dengan Boston Pops Firework Spectacular 4 Julai.[14]

Lovato melanjutkan Future Now Tour tanpa Jonas di New York City, Turki dan Mexico. Pada 7 September 2016, Global Citizen Festival 2016 mengumumkan Lovato sebagai penghibur festival di New York City. Selena Gomez merupakan penghibur asal, tetapi dibatalkan akibat penyakit lupus.[15] Pada 21 September 2016, Expo 2016 mengumumkan Lovato sebagai penghibur festival di Antalya.[16] Jelajah tersebut berakhir di dengan tiga persembahan di Mexico City, Guadalajara dan Monterrey.

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

Senarai lagu berikut sesuai dengan persembahan pada 29 Jun 2016, bukan berdasarkan semua konsert jelajah.[17]

  1. "Levels"
  2. "Champagne Problems"
  3. "Teacher"
  4. "Good Thing"
  5. "The Difference"
  6. "Bacon"
  7. "Numb"
  8. "Chains"
  9. "Confident"
  10. "Heart Attack"
  11. "Neon Lights"
  12. "For You"
  13. "Body Say"
  14. "Fix a Heart"
  15. "Nightingale"
  16. "Warrior"
  17. "Lionheart"
  18. "Give Your Heart a Break"
  19. "Stone Cold"
  20. "Chainsaw"
  21. "Close"
  22. "Jealous"
  23. "Skyscraper"
  24. "Cool for the Summer"
senarai lagu solo Demi Lovato
  1. "Confident"
  2. "Heart Attack"
  3. "Neon Lights"
  4. "Fire Starter"
  5. "For You"
  6. "Got Dynamite"
  7. "Body Say"
  8. "Wildfire"
  9. "My Love Is like a Star"
  10. "Fix a Heart"
  11. "Nightingale"
  12. "Warrior"
  13. "Lionheart"
  14. "Old Ways"
  15. "Kingdom Come"
  16. "Yes"
  17. "Stone Cold"
  18. "Give Your Heart a Break"
  19. "Skyscraper"
  20. "Cool for the Summer"


Catatan
  • Penampilan di Camden, Hershey dan Auburn Hills, Jonas menampilkan "Who I Am" menggantikan lagu "Good Thing".[18]
  • Penampilan di Toronto dan Houston, Jonas menampilkan "A Little Bit Longer" menggantikan lagu "Chainsaw".[19]
  • Penampilan di Washington, D.C. dan Nashville, Brad Paisley bergabung dengan Lovato dan Jonas dengan bantuan gitar untuk "Stone Cold".
  • Penampilan di Vancouver, Edmonton, Dallas, Inglewood dan New York City, Lovato menampilkan saduran dari lagu Aretha Franklin, "(You Make Me Feel Like) A Natural Woman".
  • Penampilan di Calgary dan Winnipeg, Lovato menampilkan "Wildfire".
  • Penampilan di Cleveland, Lovato menampilkan cover dari Adele, "When We Were Young".[20]
Bintang Tetamu Istimewa

Lovato dan Jonas tampil duet dengan beberapa penyanyi dari berbagai kota.

  • 29 Jun 2016 – Atlanta, Georgia: "Dope", "Whatever You Like" dan "Live Your Life" dengan T.I..[21]
  • 2 Julai 2016 – Orlando, Florida: "Rise Up" dengan Andra Day. Penampilan ini dipersembahkan untuk para korban Penembakan klub malam Orlando 2016 dan Christina Grimmie.[22]
  • 8 Julai 2016 – Brooklyn, New York: "Panda" dengan Desiigner dan "Georgia on My Mind" & "Blame It" bersama Jamie Foxx.[23]
  • 12 Julai 2016 – Newark, New Jersey: "All the Way Up" dengan Remy Ma dan Fat Joe.[24]
  • 26 Julai 2016 – Washington, D.C.: "Without a Fight" dengan Brad Paisley[25] dan "Gotta Find You" / "This Is Me" Camp Rock medley & "Cake by the Ocean" dengan Joe Jonas dari DNCE.[26]
  • 13 Ogos 2016 – Las Vegas, Nevada: "Waitin for You" dengan Sirah.[27]
  • 17 Ogos 2016 – Anaheim, California: "I’m Different" & "Watch Out" dengan 2 Chainz.[28]
  • 21 Ogos 2016 – Seattle, Washington: "Yes Girl" dengan Bea Miller[29]
  • 7 September 2016 – Nashville, Tennessee: "Without a Fight" dengan Brad Paisley dan "Die a Happy Man" dengan Thomas Rhett.[30]
  • 17 September 2016 – Inglewood, California: "Cake by the Ocean" dengan DNCE.[31]
  • 16 Oktober 2016 – Mexico City, Mexico: "Girls Just Want to Have Fun" dengan Paulina Rubio.[32]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lovato, Demi. "Tour Dates". Demi Lovato's official website. Diarkibkan daripada yang asal pada April 3, 2016. Dicapai pada November 15, 2015.
  2. ^ Bacardi, Francesca (October 26, 2015). "Demi Lovato and Nick Jonas Are Going on Tour Together". E! Online. Dicapai pada December 23, 2015.
  3. ^ Warner, Sam (March 24, 2016). "Nick Jonas reveals new album title Last Year Was Complicated, along with release date and tracklist". Digital Spy. Hearst Corporation. Dicapai pada March 24, 2016.
  4. ^ "Demi Lovato & Nick Jonas Invite You To Experience 'FUTURE NOW: THE TOUR'". Yahoo! Finance. October 26, 2015. Dicapai pada December 23, 2015.
  5. ^ Stutz, Colin (October 26, 2015). "Demi Lovato & Nick Jonas Preview Future Now Tour: Watch the Live Stream Here". Billboard. Dicapai pada December 23, 2015.
  6. ^ "Demi Lovato and Nick Jonas Going on Tour". ABC News. October 26, 2015. Dicapai pada December 23, 2015.
  7. ^ Dresdale, Andrea (October 26, 2015). "Demi Lovato and Nick Jonas Announce "Future Now: The Tour" Joint Outing". ABC News Radio. Dicapai pada December 23, 2015.
  8. ^ Vincenty, Samantha (October 26, 2015). "Demi Lovato and Nick Jonas Announce 'Future Now Tour". Popcrush. Dicapai pada December 23, 2015.
  9. ^ "Demi Lovato and Nick Jonas to Headline 15th Anniversary Honda Civic Tour This Summer". PR Newswire. UBM. March 22, 2016. Dicapai pada March 22, 2016.
  10. ^ Kaufman, Gil. "Tidal To Livestream Nick Jonas & Demi Lovato Tour Date". Billboard. Dicapai pada June 30, 2016.
  11. ^ "CAST Centers Join Demi Lovato & Nick Jonas on Honda Civic Tour: Future Now". PR Newswire. Dicapai pada June 30, 2016.
  12. ^ Moore, Danielle (April 14, 2016). "Mike Posner joins Future Now tour with Demi Lovato and Nick Jonas". The Celebrity Cafe. Dicapai pada April 18, 2016.
  13. ^ Strecker, Eric (April 25, 2016). "Demi Lovato & Nick Jonas Cancel North Carolina Tour Stops Over Anti-LGBTQ Law". Billboard. Dicapai pada April 25, 2016.
  14. ^ "BREAKING: Demi Lovato Cancels Virginia Beach Tour Date". May 11, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-06. Dicapai pada May 12, 2016.
  15. ^ Schnurr, Samantha (September 7, 2016). "Demi Lovato to Take Selena Gomez's Place at 2016 Global Citizen Festival". Dicapai pada February 13, 2017.
  16. ^ "Demi Lovato EXPO 2016'da konser verecek!". Expo 2016 (dalam bahasa Turkish). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-26. Dicapai pada September 24, 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ Ruggieri, Melissa (June 30, 2016). "Demi Lovato and Nick Jonas launch tour in Atlanta with heart and soul". ajc.com. Dicapai pada June 30, 2016.
  18. ^ Graham, Adam (July 31, 2016). "Demi Lovato, Nick Jonas combine powers at the Palace". The Detroit News. Dicapai pada July 31, 2016.
  19. ^ MacNeil, Jason (July 24, 2016). "Demi Lovato and Nick Jonas pop in Toronto". Toronto Sun. Canoe Sun Media. Dicapai pada July 25, 2016.
  20. ^ Chen, Joyce (September 3, 2016). "Demi Lovato Covers Adele's 'When We Were Young' and Kills It". Us Weekly. Dicapai pada September 4, 2016.
  21. ^ Estevez, Marjua (June 30, 2016). "Demi Lovato & Nick Jonas Open Tour In ATL With Hometown Hero T.I." vibe.com. SpinMedia. Dicapai pada June 30, 2016.
  22. ^ Iasimone, Ashley (July 3, 2016). "Demi Lovato & Nick Jonas Pay Tribute to Orlando Shooting Victims in Concert With Andra Day". Billboard. Dicapai pada July 4, 2016.
  23. ^ Melendez, Monique (July 9, 2016). "Demi Lovato & Nick Jonas Bring the 'Future' of Pop Music to Brooklyn". Billboard. Dicapai pada July 9, 2016.
  24. ^ "Fat Joe and Remy Ma Perform w/ Nick Jonas & Nick and Demi Visit Woodbury Common". Beautiful Ballad. BlogName. July 13, 2016. Dicapai pada July 13, 2016.
  25. ^ Stefano, Angela (July 27, 2016). "Brad Paisley Joins Demi Lovato, Nick Jonas Onstage in Washington, DC [WATCH]". TheBoot. Taste of Country. Dicapai pada July 27, 2016.
  26. ^ Lakshmin, Deepa (July 27, 2016). "DEMI LOVATO AND JOE JONAS RECREATED THEIR 'GOTTA FIND YOU' DUET FROM CAMP ROCK". MTV News. Dicapai pada July 27, 2016.
  27. ^ "Demi Lovato canta "Waiting For You" ao vivo com Sirah pela primeira vez". vagalume.com.br. August 15, 2016. Dicapai pada August 17, 2016.
  28. ^ Fadroski, Kelli Skye (August 18, 2016). "Concert review: Demi Lovato, Nick Jonas get fierce in Anaheim". Dicapai pada August 20, 2016. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  29. ^ Rodrigues, Brittany Goldfield (August 23, 2016). "Bea Miller & Demi Lovato Team Up For An Epic Performance Of "Yes Girl"". AndPop. Dicapai pada September 4, 2016.
  30. ^ Paulson, Dave (September 8, 2016). "Demi Lovato, Nick Jonas concert has Nashville surprises". The Tennessean. Dicapai pada September 18, 2016.
  31. ^ Lewittes, Michael (September 18, 2016). "Nick Jonas Plays "Cake By The Ocean" With Brother Joe And DNCE At 'Future Now Tour' Concert (VIDEO)". GossipCop. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-30. Dicapai pada September 22, 2016.
  32. ^ Flores, Griselda (October 17, 2016). "Paulina Rubio Joins Demi Lovato Onstage During Concert in Mexico City: Watch". Billboard. Dicapai pada October 17, 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]