Peptida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Peptida (bahasa Inggeris: peptide, daripada akar bahasa Yunani: πεπτός, peptós "dihadam"; daripada πέσσειν, péssein "menghadam") merupakan rantaian pendek monomer asid amino semula jadi atau buatan yang dihubungkan oleh ikatan peptida (amida).

Ikatan kimia kovalen yang wujud dalam rantaian sebegini terhasil apabila kumpulan karboksil suati asid amino bertindak balas dengan suatu kumpulan amino daripada asid amino yang lain. Peptida terpendek yang wujud - dipeptida - terdiri daripada 2 asid amino dihubungkan oleh satu ikatan peptida, begitulah perkara sama yang ada pada tripeptida, tetrapeptida dan seterusnya. Polipeptida merupakan rantaian peptida panjang yang berterusan dan tidak bercabang. Oleh itu, peptida dikelaskan dalam kumpulan kimia oligomer dan polimer yang meluas bersama-sama asid nukleik, oligosakarida dan polisakarida, dan sebagainya.

Peptida dibezakan daripada protein berdasarkan saiz, di mana sejenis peptida itu difahamkan mengandungi sekitar sedikit daripada 50 asid amino.[1][2] Protein pula terdiri daripada lebih daripada satu polipeptida yang disusun agar dapat berfungsi secara biologinya di mana ia sering terikat pada ligan seperti koenzim dan kofaktor, atau kepada protein atau makromolekul (DNA, RNA dan sebagainya) yang lain, atau kepada binaan makromolekul.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ IUPAC. Compendium of Chemical Terminology, 2nd ed. (the "Gold Book"). Compiled by A. D. McNaught and A. Wilkinson. Blackwell Scientific Publications, Oxford (1997). Versi pembetulan dalam talian XML: http://goldbook.iupac.org (2006-) oleh M. Nic, J. Jirat, B. Kosata; kemaskini dikompilasikan oleh A. Jenkins. ISBN 0-9678550-9-8. doi:10.1351/goldbook.P04898.
  2. ^ "What are peptides". Zealand Pharma A/S. Diarkibkan daripada asal pada 14 Julai 2014. 
  3. ^ Ardejani, Maziar S.; Orner, Brendan P. (2013-05-03). "Obey the Peptide Assembly Rules". Science. 340 (6132): 561–562. Bibcode:2013Sci...340..561A. doi:10.1126/science.1237708. ISSN 0036-8075. PMID 23641105.