Pergi ke kandungan

Garisan Sartan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta dunia menunjukkan Garisan Sartan

Garisan Sartan[1] (Jawi: ݢاريسن سرطان) ialah garis lintang yang menandakan kedudukan Matahari tegak yang paling jauh ke utara. Peristiwa ini berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun, iaitu ketika solstis Jun di mana hemisfera utara Bumi paling condong ke arah Matahari.

Garisan Sartan letaknya 23° 26' di utara khatulistiwa; ia berlawanan sama jarak dari kutub dengan Garisan Jadi di sebelah selatan Bumi.

Nama "Sartan" garisan ini diserap daripada nama السَّرَطَان as-Sarṭān dalam bahasa Arab yang dipakaikan kepada kepada buruj Ketam yang juga dijolok "Karkata" (Sanskrit: कर्कट karkaṭa) atau nama Latin "Cancer";[2][3] ruang di langit yang menempatkan buruj Ketam juga kedudukan Matahari semasa solstis bulan Jun yang diperhatikan seawal sekitar 2500 SM di Mesopotamia;[4] naiknya Matahari di jalur kawasan ini kini sedudukan dengan buruj Saur dicerap dari Bumi hasil liukan beransur sejak alaf-alaf berikutan.[5][6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "Carian Umum - Sartan". prpm.dbp.gov.my. Dicapai pada 2024-11-16.
  2. Shaharir Mohamad Zain (2013), "Muncul-Lesapnya Konsep dan Istilah Asli Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu Sebelum Abad Kedua Puluh Masihi", Siri Wacana Keterlestaraian Ilmu Malayonesia, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
  3. Shaharir Mohamad Zain (2018). Terukirnya Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik Malayonesia. Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 48. ISBN 978-967-461-243-6.
  4. Jordan, Cathy (20 Jun 2003). "What is the significance of the Tropic of Cancer, Tropic of Capricorn, Arctic Circle and Antarctic Circle?". Ask An Astronomer. Universiti Cornell.
  5. Ridpath, Ian; Tirion, Wil (2017). Stars and Planets Guide (ed. 5th). Princeton University Press. m/s. 96–7. ISBN 978-0-69-117788-5.
  6. Rogers, John H. (1998). "Origins of the ancient constellations: I. The Mesopotamian traditions". Journal of the British Astronomical Association. 108: 27–8. Bibcode:1998JBAA..108....9R.