Pergi ke kandungan

Geliung Manila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran geliung Manila menyeberangi Islas de los Ladrones dalam Kodeks Boxer, s. 1590

Empayar Sepanyol menjalankan pelayaran geliung besar sekali atau dua kali setiap tahun menyeberangi Lautan Pasifik di antara kota Manila di Luzon, Filipina dengan Acapulco di pesisiran barat Sepanyol Baru (kini Mexico);[1] perdagangan besar dilakukan di kededua pelabuhan ini saling bertukar perak sutera permata dengan hasil tanaman setempat.[2] Perdagangan ini bermula pada tahun 1565 berikutan penemuan laluan pelayaran laut oleh Andrés de Urdaneta terus sehingga Perang Kemerdekaan yang membebaskan Mexico dari cengkaman penjajah Sepanyol tahun 1815 sekaligus menamatkan laluan perdagangan jajahan secara kekal.[3]

Laluan perdagangan Manila-Acapulco bermula pada tahun 1568 (putih) dan laluan timur pesaingnya dari Portugal (biru) pada tahun 1498-1640

Meskipun perdagangan besar ini tidak dimulakan sehingga hampir 50 tahun selepas kematian Christopher Columbus, ia memenuhi impian Columbus belayar ke timur melalui barat bagi membawa pulang kekayaan harta India ke Sepanyol, dan seterusnya ke seluruh Eropah. Di sisi lain pula, perdagangan ini telah menyebarkan banyak jenis buah sayur Amerika termasuk cili, tomato, betik, keledek, ubi kayu, jambu batu, koko, labu siam, jagung, ulam raja dan sebagainya ke Asia melalui Manila lalu mendampak kekal dalam masakan-masakan sana.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Williams, Glyn (1999). The Prize of All the Oceans. New York: Viking. ISBN 0-670-89197-5. m/s. 4.
  2. 1 2 Amano, Noel; Bankoff, Greg; Findley, David Max; Barretto-Tesoro, Grace; Roberts, Patrick (Feb 2021). "Archaeological and historical insights into the ecological impacts of pre-colonial and colonial introductions into the Philippine Archipelago". The Holocene. 31 (2): 319–21. doi:10.1177/0959683620941152.
  3. ↑ "El Galeón de Manila. La ruta española que unió tres continentes". Fundación Museo Naval. Dicapai 4 Ogos 2023.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Schurz, William Lytle. (1917) "The Manila Galleon and California", Southwestern Historical Quarterly, Vol. 21, No. 2, pp. 107–126
  • Schurz, William Lytle. The Manila Galleon. New York: E. P. Dutton & Co., Inc., 1939.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]