Geng Lekir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Geng Lekir merupakan kumpulan penjenayah yang beroperasi di Lembah Kelang terutama Petaling Jaya dan Gombak, Selangor . Ketuanya ialah Khairul Anwar Zainal Abidin yang menjadikan butik dan rumah tepi jalan, selain melarikan kenderaan mewah sebagai sasaran utama. Sepasang suami isteri turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin ditugaskan menubuhkan pasukan khas untuk menangani Geng Lekir setelah kereta Proton Perdana V6 milik seorang pegawai polis turut dicuri di Bandar Baru Sunway.

Pada 20 Januari 2009, hasil risikan dan maklumat awam, polis menahan seorang lelaki di bengkel kereta Lebuh Keluli, Bukit Raja, jam 5.30 petang dan menemui sebuah Proton Perdana dilaporkan dicuri Disember 2008. Ekoran maklumat yang diberikan, 5 lagi ditahan termasuk 2 wanita di Bandar Seri Damansara, Petaling Jaya. Dalam kereta Toyota Wish polis menemui sebilah pedang, parang dan pelbagai jenis barangan untuk kegiatan menyamun dipercayai milik suspek .Polis menemui semula empat buah kereta curi dan barangan berharga yang kesemuanya bernilai RM300,000.

Pada 25 Januari 2009, ketua Geng Lekir berada di stesen minyak untuk urusan menjual sebuah kereta Proton Perdana V6 milik seorang anggota polis yang dicuri di Bandar Baru Sunway pada 19 Januari 2009. Dia memecut kereta setelah menyedari dirinya diperhatikan sepasukan anggota polis. Polis melepaskan beberapa das tembakan sehingga dia tidak boleh memandu kereta berkenaan. Empat bilah parang dan nombor pendaftaran kenderaan palsu ditemui dalam kereta itu. Polis percaya 50 kes samun di Selangor sejak 2007 dapat diselesaikan. Suspek dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan keadaannya stabil.

Taklimat diberikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Hasnan Hassan .[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]