Geografi Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Sulawesi di sebelah selatan. Ianya bersempadan dengan Negeri Sarawak di sebelah Barat Daya sementara Kalimantan, Indonesia pula di sebelah selatannya. Selain daripada itu Negeri Sabah juga mempunyai lebih daripada 40 buah pulau yang menarik termasuklah Pulau Sipadan yang merupakan satu-satunya pulau lautan dalam di Malaysia.

Negeri Di Bawah Bayu ini merupakan satu kawasan yang berbukit bukau. Ianya bergunung-ganang dan disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua telah ditemui di hutan-hutan Sabah. Gunung Kinabalu merupakan satu daripada gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4,095 meter.

Lebih kurang 60 peratus daripada tanahnya diliputi dengan hutan rimba manakala kawasan tanah pertanian merangkumi 30 peratus.

Flora & Fauna[sunting | sunting sumber]

Negeri Sabah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia boleh ditemui di sini. Kuntum bunga tersebut dikatakan berukuran tiga meter garis pusat. Selain daripada itu, terdapat banyak spesis anggerik / orkid, periuk kera dan rhododendron yang didapati tumbuh di Sabah.

Hutan yang subur menghijau menjadi tempat perlindungan kepada hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung. Dengan kekayaan serta kepelbagaian habitat di Sabah, kerajaan negeri Sabah dan pihak World Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia sering berganding bahu dalam usaha pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar di sini. Kerajaan Negeri telah menubuhkan banyak kawasan-kawasan lindungan agar habitat semulajadi sepsis-spesis tumbuhan dan haiwan dapat dilindungi oleh undang-undang.

Pusat Hidupan Liar[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Negeri telah mengasingkan kawasan tanah untuk memelihara hidupan liar sebagai usaha menseimbangkan ekosistem. Pusat-pusat hidupan liar dibangunkan dengan tujuan pemeliharaan, pendidikan dan penyelidikan mengenai hidupan liar.

Pusat Kajian Lapangan Lembah Danum[sunting | sunting sumber]

Pusat Kajian Lapangan Lembah Danum telah ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Yayasan Sabah untuk menyediakan kemudahan penyelidikan hutan, pendidikan alam semula jadi dan rekreasi hutan rimba. Sernua kemudahan ini berpusat dalam satu kawasan hutan hujan tanah pamah yang dilindungi dan terbesar di Sabah iaitu Kawasan Pemeliharaan Lembah Danum yang menpunyai keluasan 438 km. persegi.

Kawasan Pemeliharaan yang terkenal di seluruh dunia ini terletak di tepi Sungai Segama, sejauh 85 km. ke barat Lahad Datu. Pusat ini terletak di kawasan konsesi pembalakan Yayasan Sabah seluas 9,782 km. persegi sebagai kawasan yang diasingkan untuk pemeliharaan di bawah Pelan Pengurusan Hutan Yayasan Sabah. Projek ini diurus bersama oleh Yayasan Sabah, Jabatan Hutan Sabah dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Sabah) melalui Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum yang juga dianggotai oleh lapan agensi lain yang berkepentingan dalam pemeliharaan dan penyelidikan hutan.

Lembangan Maliau[sunting | sunting sumber]

Lembangan Maliau adalah salah satu ciri alam yang menarik dan luar biasa di seluruh Malaysia dan malahan di Asia Tenggara. Lembangan Maliau hampir tidak pernah dikunjungi oleh manusia dan langsung tidak berpenghuni. Ia terletak di selatan-tengah Sabah antara 116° 4' - 117° 2' dan 4° 40' - 4° 50' U lebih kurang 40 km. ke Utara sempadan Indonesia. Sementara itu seluruh kawasan ini berbukit bukau, terpencil dan diselubungi hutan rimba.

Lembangan Maliau mempunyai ciri tersendiri dengan lereng-lereng curam yang mencapai ketinggian 1,500 m, membuatnya tidak dapat dijelajahi dengan berjalan kaki di kebanyakan tempat. Saiz lembangan tertutup itu ialah 390 km persegi dengan garis pusat maksima 26km. Takat tertinggi ialah gunung Lotung di pinggir utara pada ketinggian lebih kurang l,900 m. Kawasan ini disaliri sungai-sungai kecil yang membentuk Sungai Maliau. Satu daripadanya mengalir melalui beberapa dasar curam berturut-turut membentuk air terjun yang dikenali Air Terjun Maliau. Sungai itu mengalir melalui satu lurah yang tinggi ke sungai Kuamut yang seterusnya mengalir ke Sungai Kinabatangan, sungai yang terpanjang di Sabah.

Sejak tahun 1970, kawasan ini dimasukkan dalam kawasan konsesi pembalakan Yayasan Sabah. Bagaimanapun mulai tahun 1981, lembangan Maliau bersama-sama dengan satu kawasan yang lebih luas lagi iaitu Lembah Danum telah diasingkan khusus untuk jadikan kawasan pemeliharaan di bawah pelan jangka panjang Pengurusan Hutan Yayasan Sabah. Mengikut pelan itu kawasan ini seharusnya dikekalkan tanpa dibalak untuk pemeliharaan hidupan liar, pendidikan dan penyelidikan.

Sepilok[sunting | sunting sumber]

Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Hutan simpan ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,000 hektar. Di dalam hutan simpan ini terdapat berbagaibagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba: iaitu lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesis kayu.

Sepilok dikelaskan sebagai simpanan hutan dara. Kegiatan memburu dan membalak tidak dibenarkan di kawasan ini. Sepilok telah dikhususkan untuk penyelidikan saintifik, latihan perhutanan, pemeliharaan serta pendidikan dan rekreasi awam.

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di selenggara oleh Jabatan Hidupan Liar. Program pemulihan orang utan ini bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka. Anak-anak orang utan yang dibawa ke Sepilok diberi peluang sekali lagi untuk hidup bebas di alam semula jadinya. Pelawat ke pusat itu berpeluang melihat beruk yang jarang ditemui ini di habitat asalnya.

Simpanan Hidupan Liar Tabin[sunting | sunting sumber]

Simpanan Hidupan Liar Tabin meliputi kawasan seluas 1,205 km. persegi di Semenanjung Dent, lebih kurang 50 km. ke timur laut Lahad Datu di pantai timur Sabah. Kawasan ini adalah kawasan pemeliharaan hutan dara tropika. Terdapat beberapa sungai dan anak sungai mengalir ke Teluk Segama melalui kawasan ini. Kawasan ini menampung populasi yang agak tinggi binatang-binatang yang terancam seperti spesis mamalia yang besar termasuklah badak sumatra, gajah dan tembadau. Hidupan liar yang terdapat di kawasan ini termasuklah bebeMpa spesis rusa, babi hutan, burung dan lain-lain. Sungai-sungai yang ada bertindak sebagai punca air kepada hidupan liar serta sebagai habitat kepada beberapa organisma hidupan air khasnya ikan-ikan. Gunung lumpur lahar dan mata air galian juga terdapat di kawasan ini.

Sipadan[sunting | sunting sumber]

Berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, terletak Pulau Sipadan. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat menyelam yang mungkin terbaik di dunia. Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya. Warnawarna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia. Pulau ini telah diujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]