Geografi Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Selangor terletak di barat Semenanjung Malaysia, menghadap Selat Melaka. Negeri Selangor adalah landai di sebelah barat, dan berbukit-bukau di sebelah timur.

Selangor, dengan keluasannya lebih kurang lapan 8,000 km, melanjutkan ke pantai barat Semenanjung Malaysia pada sebelah utara pinggir laut Melaka. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selangor bersempadan utara dengan perak pada garisan Sungai Bernam, selatan dengan Sungai Sepang dari Negeri Sembilan, dan ia juga dibatas oleh garisan banjaran Titiwangsa si tengah negeri Selangor dan Pahang.

Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang . Bandar-bandar utama di Selangor adalah Shah Alam (ibu negeri), Klang, Kajang, Banting, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Rawang.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]