Pergi ke kandungan

Georg Friedrich Händel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada George Frideric Handel)
Senarai opera George Frideric Handel

Almira (1705)
Florindo (1708)
Rodrigo (1707)
Agrippina (1709)
'Rinaldo (1711)
Il pastor fido (1712)
Teseo (1713)
Amadigi di Gaula (1715)
Acis and Galatea (1718)
Radamisto (1720)
Muzio Scevola (1721)
Floridante (1721)
Ottone (1723)
Flavio (1723)
Giulio Cesare (1724)
Tamerlano (1724)
Rodelinda (1725)
Scipione (1726)
Alessandro (1726)
Admeto (1727)
Riccardo Primo (1727)
Siroe (1728)
Tolomeo (1728)
Lotario (1729)
Partenope (1730)
Poro (1731)
Ezio (1732)
Sosarme (1732)
Orlando (1733)
Arianna in Creta (1734)
Oreste (1734)
Ariodante (1735)
Alcina (1735)
Atalanta (1736)
Arminio (1737)
Giustino (1737)
Berenice (1737)
Alessandro Severo (1738)
Faramondo (1738)
Serse (1738)
Giove in Argo (1739)
Imeneo (1740)
Deidamia (1741)
Semele (1744)


Georg Friedrich Händel (23 Februari 1685 – 14 April 1759), lebih dikenali sebagai George Frideric Handel, ialah seorang penggubah era Barok, kelahiran Jerman, berkerakyatan British yang menerajui karya-karya opera, oratorio dan concerti grossi (dalam bahasa Itali yang bermaksud konsert agung). Lahir di Jerman, beliau menghabis sebahagian besar hidupnya di England, dan mendapat kerakyatan Britain pada 22 Januari 1727.

Karya beliau yang paling terkenal ialah Messiah, seni oratorio yang mana teksnya ditulis berdasarkan kitab Bible versi Raja James; Water Music sebuah koleksi pergerakan orkestra dan Music for the Royal Fireworks, sebuah muzik orkestra yang dibuat untuk Raja George II dari England untuk persembahan bunga api di Royal Park di London pada 27 April 1749.

Kerja seni beliau banyak mempengaruhi penggubah-penggubah selepas zaman beliau seperti Joseph Haydn, Wolfgang Amadeus Mozart dan Ludwig van Beethoven. Karya seni beliau juga banyak membantu dalam peralihan dari Muzik era barok ke Muzik era klasikal.

Rumah Handel dilahirkan
Handel semasa kanak-kanak

Handel dilahirkan di bandar Halle di Saxony-Anhaltlle, Jerman kepada Georg dan Dorothea, pada 1685, tahun kelahiran yang sama dengan Johann Sebastian Bach dan Domenico Scarlatti. Beliau menunjukkan minat dan bakat yang tinggi di dalam bidang muzik semenjak kecil lagi. Pada umur 7 tahun, beliau telahpun menjadi pemain hapsikord dan paip organ yang mahir dan pada usia 9 tahun, beliau sudah mula menggubah muzik.

Walau bagaimanapun, bapa beliau, seorang pakar bedah ternama (Barber surgeon), juga pembantu kepada majlis bangsawan Saxony dan Brandenburg,[1] dan seorang yang amat dihormati oleh penduduk Halle, tidak bersetuju dengan minat Handel untuk meneruskan pengajian atau membina karier dalah bidang muzik. Beliau mahu anaknya mempelajari undang-undang. Ibunya Dorothea, sebaliknya menggalakkankan Handel dengan minat muziknya. [2] Namun begitu, Handel dibenarkan mengambil kelas penggubahan muzik dan teknik keyboard dari Friedrich Wilhelm Zachau, seorang pemain organ Liebfrauenkirche di Halle. Pada hari jadinya ke 17, mak cik beliau, Anna meghadiahkan beliau sejenis alat muzik, “spinet” yang disorokkan di atas loteng rumah supaya beliau boleh memainkannya secara sembunyi tanpa pengetahuan bapanya. .[3][4]

Pada tahun 1702, beliau menurut permintaan bapanya dan memulakan pengajian di dalam undang-undang di Universiti Halle, tetapi kematian ayahnya pada tahun yang berikutnya mengubah pendirian beliau. Handel berhenti pengajian undang-undand dan menjadi pemain organ di gereja Protestant. Pada tahun berikutnya, beliau berpindah ke Hamburg, untuk memulakan pekerjaan sebagai pemain orkestra biola dan hapsikord untuk rumah opera. Di sinilah dua opera pertama beliau Almira dan Nero dipersembahkan pada awal tahun 1705. Dua lagi opera awal beliau , Daphne dan Florindo, dibuat dan dipersembahkan pada 1708 di Hamburg.

Pada tahun 1706 – 1709 Handel banyak membuat lawatan dan belajar di Itali. Ketika opera diharamkan oleh penguatkuasa tempatan, Handel kerja-kerja gubahan muzik suci dan menulisnya di dalam bentuk opera.

Karya yang terkenal Dixit Dominus (1707) ialah dari era ini. Opera Rodrigo dibuat di Florence pada 1707, dan Agrippina di Venice pada 1709. Agrippina yang menempah rekod dibuat berulang sebanyak 27 persembahan, menunjukkan kematangan di dalam teknik penulisan Handel yang mengukuhkan reputasi beliau sebagai penggubah opera. Dua karya oratorio beliau, La Resurrezione dan Il Trionfo del Tempo, dipersembahkan di Rom pada tahun 1709 dan 1710.

Pada tahun 1710, Handel dilantik sebagai Kapellmeister (bahasa Jerman bermaksud "Ketua penggubah muzik") oleh seorang kerabat diraja Jerman, George dari Hanover yang kemudiannya menjadi Raja England yang digelar Raja George 1. Handel melawat London pada tahun 1710 dan kemudiannya terus menetap di sana pada tahun 1712 dan menerima gaji tahunan £200 dari Permaisuri Anne.

Pada tahun 1723, Handel berpindah ke rumah yang baru dibina di jalan Brook, London yang disewa beliau selama 36 tahun hingga ke akhir hayatnya. Rumah itu kini dikenali sebagai “rumah muzium Handel” yang diperbaharui dengan seni arkitek Georgian dan dibuka kepada umum dan dibuat berdasarkan program-program muzik era Barok.

Pengkaryaan

[sunting | sunting sumber]

Karya Handel beraliran rohani Kristen abad pertengahan.[5] Maka Galib menerimanya sebagai komponis gereja sejati.[5] Walaupun pengaruhnya tidak dirasakan langsung pada zaman Handel hidup, kerana dia lebih sering bermusik di kalangan bangsawan dan konserto-konserto, namun kita bisa melihat dari beberapa karyanya.[6] Musik Oratorio adalah musik yang didengar di ruang doa, sehingga pastilah musiknya tenang dan bersifat religius kerana diambil dari kisah-kisah Alkitab dalam Perjanjian Lama.[6] Salah satu oratorionya berjudul Israel in Egypt (1739) dan Saul (1741) Kemudian karya besarnya tentang Messiah yang berjiwa Kristen.[6] Setidaknya tercatat 30 oratorio yang diciptakannya.[6] Musik oratorio tidak berkembang di Inggris kerana larangan Protestan yang menganggap musik itu berbau teater.[6] Bahkan lagu Messiah sempat dilarang dimainkan di dalam gedung gereja.[6] Pelarangan serupa juga datang dari Uskup di London kerana tidak senang dengan idea membuka Katedral Santo Paul sebagai suatu panggung teater.[6]

  • Mesiah adalah oratorio yang paling terkenal yang menumpu amat terhadap Yesus Kristus mulai dari kelahirannya, kedatangan Yesus ke dunia, kematian, kebangkitan dan kedatangan Yesus kembali.[6] Messiah sendiri diperdengarkan dengan koor empat suara dan alat musik gesek dan kontinuo.[6] Messiah sendir dibagi dalam 53 bagian yang penuh dengan teknik bermusik.[6]
  • Oratorio Handel menjadi suatu tradisi di Inggris dan dipentaskan terus menerus sampai akhir abad 19.[7]
  • Sukses ini selain berdasarkan mutu musik, juga berhubungan dengan gagasan-gagasan Alkitab seperti keadilan, kemerdekaan, martabat manusia, dan tetap aktual.[7]

Dia dianggap sangat berpengaruh bagi banyak komponis yang hidup sesudahnya, termasuk Haydn, Mozart, dan Beethoven.[6][8]

Senarai karya

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Adams Aileen, K., Hofestadt, B., "Georg Handel (1622–97): Perihal kerjaya ayah kepada George Frideric Handel sebagai “Barber-surgeon” (1685-1759)", Journal of Medical Biography, 2005, Aug;13(3):142-9. [1]
  2. ^ "Biografi penggubah dari kamus muzik Virginia Tech Multimedia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-14. Dicapai pada 2007-05-24.
  3. ^ Deutsch, Otto Erich, "Handel: Biografi dokumen", Music & Letters, Vol. 36, No. 3 (Jul., 1955), ms. 269-272.
  4. ^ Hird, Edward, Rev., Messiah oleh Handel Diarkibkan 2017-12-23 di Wayback Machine, April 1993, Deep Cove Crier, North Vancouver, B.C., Canada.
  5. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Pustaka
  6. ^ a b c d e f g h i j k Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Mcneill
  7. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Edmund
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Bray

Buku rujukan

[sunting | sunting sumber]
  • Burrows, Donald. Handel. Oxford: Oxford University Press, 1994. ISBN 0-19-816470-X
  • Deutsch, Otto Erich. Handel: A Documentary Biography, 1955.
  • Frosch, W.A., The "case" of George Frideric Handel Diarkibkan 2007-08-06 di Wayback Machine, New England Journal of Medicine, 1989; 321:765-769, Sep 14, 1989. [2]
  • Harris, Ellen T. The librettos of Handel's operas: a collection of seventy librettos documenting Handel's operatic career New York: Garland, 1989. ISBN 0-8240-3862-2
  • Hogwood, Christopher. Handel. London: Thames and Hudson, 1984. ISBN 0-500-01355-1
  • Keates, Jonathan. Handel, the man and his music. London: V. Gollancz, 1985. ISBN 0-575-03573-0
  • Dean, Winton dan John Merrill Knapp. Handel's Operas, 1704-1726 (Jilid 1) Oxford: Clarendon Press. (1987; 2nd Ed. 1994 (softcover) ISBN 0-19-816441-6
  • Meynell, Hugo. The Art of Handel's Operas The Edwin Mellen Press (1986) ISBN 0-88946-425-1

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Senarai oratorio George Frideric Handel

Il trionfo del Tempo e del Disinganno
/ Il trionfo del Tempo e della Verità (1707)
La Resurrezione (1708)
Brockes-Passion (1709)
Esther (1718)
Acis and Galatea (1718)
Deborah (1733)
Athalia (1733)
Alexander's Feast (1736)
Saul (1739)
Israel in Egypt (1739)
L'Allegro, il Penseroso ed il Moderato (1740)
Messiah (1742)
Samson (1743)
Semele (1744)
Joseph and his Brethren (1744)
Hercules (1745)
Belshazzar (1745)
Occasional Oratorio (1746)
Judas Maccabaeus (1747)
Joshua (1748)
Alexander Balus (1748)
Susanna (1749)
Solomon (1749)
Theodora (1750)
The Choice of Hercules (1751)
Jephtha (1752)
The Triumph of Time and Truth (1757)


Skor dan rakaman

[sunting | sunting sumber]