Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gereja Mormon)
Lompat ke: pandu arah, cari

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir atau secara tidak formal Gereja Mormon merupakan sebuah gereja Kristian yang berasal dari Amerika Syarikat. Gereja ini berpejabat di Salt Lake City, Utah dan telah menubuhkan pelbagai kongregasi dan bait suci di negara lain. Gereja ini telah dikatakan mempunyai 15 juta pengikut di seluruh dunia. Gereja ini dianggap oleh pengikutnya sebagai pemulihan gereja yang telah didiri oleh Yesus Kristus.

Pengikut gereja ini, kerap dipanggil sebagai "orang suci". Mereka mempercayai Yesus Kristus. Dan Korban Tebusan-Nya adalah prinsip yang paling penting dalam agama mereka. Sebagai sebahagian daripada ajaran wahyu yang menerusi, mereka percaya bahawa gereja mereka dipimpin oleh Tuhan sendiri melalui seorang nabi yang hidup. Mereka mempercayai beliau seorang "nabi, pelihat, dan pewahyu." Sekarang, nabi dan presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah merupakan Thomas S. Monson.

Kedua-dua lelaki atau wanita, boleh menjadi sebagai seorang mubaligh untuk gereja secara rela untuk berdakwah sepanjang dua tahun. Gereja ini juga berfokus terhadap kerja-kerja yang memberi kebajikan. Ahli-ahli yang beriman juga mengikut pelbagai ajaran gereja sebagai kesihatan, berpuasa, memberi tekanan terhadap hari suci, dan juga memberi sepuluh peratus daripada gajinya untuk gereja.