Getah berbusa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Tikar yoga berasaskan getah berbusa.

Getah berbusa[1] (juga dikenali sebagai getah buih dan span) merujuk kepada getah yang telah dihasilkan dengan agen berbusa untuk menghasilkan struktur matriks yang dipenuhi dengan udara. Getah berbusa komersial biasanya diperbuat daripada getah sintetik, lateks asli atau poliuretana. Lateks getah berbusa biasnya digunakan pada tilam yang terkenal dengan ketahanannya. Poliuretana ialah polimer termoset yang berasal daripada gabungan Methyl di-isocyanate dan polietilena dan beberapa garam kimia lain.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Getah berbusa pertama kali dihasilkan pada tahun 1929 oleh ahli kimia penyelidik Dunlop Rubber iaitu E. A. Murphy dan Eric Owen menggunakan lateks diputar. Pada tahun 1937, bahan berasaskan isosianat pertama kali digunakan untuk pembentukan getah berbusa, selepas Perang Dunia II, getah stirena-butadiena menggantikan banyak getah asli jenis busa. Getah berbusa telah digunakan secara komersial untuk pelbagai aplikasi sejak sekitar tahun 1940-an.[3]

Getah poliuretana polieter ditemui dan dipatenkan pada tahun 1950-an oleh Charles C. Price.[4] Pada ketika itu, busa yang dihasilkan adalah berasaskan poliuretana yang membentuk lebih 90%, mengikut berat, daripada keseluruhan pasaran untuk poliuretana. Jumlah terbesar poliuretana digunakan oleh industri pembinaan, pengangkutan, perabot rumah, peredaman bunyi dan getaran, dan permaidani. Pembinaan menggunakan 27% poliuretana, dan pengangkutan menggunakan 21%. Busa yang fleksibel ialah penggunaan bahan utama pada jumlah 44%, dan bahan busa tegar pada 28% daripada pasaran Amerika Syarikat.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "carian "getah berbusa"". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 30 Disember 2020.
  2. ^ "انواع فوم چیست؟". Foamiran (dalam bahasa Parsi). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2019. Dicapai pada 22 January 2018.
  3. ^ "Manufacture of rubber goods". Google Patents (dalam bahasa Inggeris). Dunlop Rubber Co. Dicapai pada 26 Ogos 2017.
  4. ^ "Polyether polyurethane rubber US 2866774 A". United States Patents (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2018.
  5. ^ Laurel Sheppard. "How foam rubber is made?". Made How (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Disember 2015.