Google Web Toolkit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Google Web Toolkit
100px
Pengarang asalGoogle
Keluaran pertama16 Mei 2006
Keluaran stabil2.8.1 / 24 April 2017 (2017-04-24)
Ditulis dalamJava
Sistem pengendalianGNU/Linux, Windows, Mac OS X
Terdapat dalamJava
JenisRangka kerja Ajax
LesenLesen Apache 2.0
Tapak sesawangwww.gwtproject.org

Google Web Toolkit (GWT) ialah sebuah rangka kerja bersumber terbuka untuk pembangunan web yang membolehkan antara muka web JavaScript rumit dicipta dan diselenggara dalam Java. Rangka kerja ini dilesenkan di bawah Lesen Apache versi 2.0.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah keluaran
Keluaran Tarikh Catatan
GWT 1.0 17 Mei 2006
GWT 1.1 11 Ogos 2006
GWT 1.2 16 November 2006
GWT 1.3 5 Februari 2007
GWT 1.4 28 Ogos 2007
GWT 1.5 27 Ogos 2008
GWT 1.6 7 April 2009
GWT 1.7 13 Julai 2009
GWT 2.0 8 Disember 2009
GWT 2.1.0 19 Oktober 2010
GWT 2.2.0 11 Februari 2011
GWT 2.3.0 3 Mei 2011
GWT 2.4.0 8 September 2011
GWT 2.5.0 24 Oktober 2012 Super Dev Mode ditambah buat pertama kalinya pada keluaran ini.[1]
GWT 2.5.1 11 Mac 2013
GWT 2.6.0 30 Januari 2014
GWT 2.6.1 10 Mei 2014
GWT 2.7.0 20 November 2014
GWT 2.8.0 20 Oktober 2016 DevMode klasik dilapukkan (deprecated), sokongan kepada sintaks Java 8, JSInterop & GSS sudah tidak bersifat percubaan, GSS telah menggantikan CSSResource yang kini lapuk.

Komponen[sunting | sunting sumber]

Komponen-komponen utama GWT termasuklah:

Pengkompil GWT Java-ke-JavaScript
Menterjemah bahasa pengaturcaraan Java ke bahasa pengaturcaraan JavaScript.
GWT Development Mode (DevMode)
Membolehkan pembangun menjalankan dan melakukan aplikasi GWT dalam mod pembangunan (aplikasi berjalan sebagai Java dalam JVM tanpa dikompil ke JavaScript). Sebelum 2.0, mod berhos GWT menyediakan "pelayar web berhos" khas untuk menyapepijat kod GWT. Dalam 2.0, laman web yang dinyahpepijat dipaparkan di pelayar web biasa. DevMode disokong menerusi penggunaan plugin kod jadi bernama Google Web Toolkit Developer Plugin untuk kebanyakan pelayar web popular.
Pustaka pelagakan (emulation) JRE
Pelaksanaan JavaScript bagi kelas-kelas yang selalu diguna dalam pustaka piawai Java (contohnya kebanyakan kelas-kelas dalam pakej java.lang dan sebahagian dalam pakej java.util).
Pustaka kelas antara muka pengguna web GWT
Satu set antara muka dan kelas khas untuk mencipta widget.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]