Grant Gustin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Grant Gustin
Grant Gustin di penyampaian PaleyFest 2015 bagi The Flash
Kelahiran
Thomas Grant Gustin

(1990-01-14) 14 Januari 1990 (umur 34)
PekerjaanPelakon, penyanyi, penari
Tahun aktif2003–kini

Thomas Grant Gustin (dilahirkan pada 14 Januari 1990), lebih dikenali sebagai Grant Gustin,[1] ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika. Dia dikenali dengan watak Barry Allen / Flash dalam siri The Flash dan Sebastian Smythe dalam siri Glee.

Kehidupan dan karier[sunting | sunting sumber]

Gustin dilahirkan di Norfolk, Virginia. Beliau adalah anak Dr. Tina Haney, seorang jururawat pediatrik, dan Tom Gustin.[2][3] Semasa di sekolah menengah, Grant menghadiri program Governor's School for the Arts di Norfolk, Virginia bagi teater muzikal. Beliau juga pergi ke Hurrah Players Incorporated yang merupakan satu organisasi teater di Virgina. Pada 2008, beliau menamatkan pengajian dari Granby High School dan meneruskan pengajian Program Teater Muzik BFA di Elon University di California Utara selama dua tahun.[4]

Beliau meninggalkan pengajian untuk memegang watak Baby John dalam Jelajah Hidup Semula Broadway West Side Story, dan membuat persembahan dalam jelajah itu sejak pembukaannya pada 30 September 2010 hingga 23 September 2011.[4][5][6]

Pada 8 November 2011, beliau debut siri TV Glee sebagai Sebastian Smythe, seorang ahli Dalton Academy Warblers yang menjadi gay secara terbuka.[4] Gustin berjaya mendapat watak Sebastian yang berulang-ulang, satu watak yang melakukan persetubuhan secara rambang dan licik, selepas pencarian bintang yang berminggu-minggu dan meletihkan. Pada awalnya beliau mengambil uji bakat bagi watak penari tap, tetapi tidak mendapat bahagian itu. Bagaimana pun, Ryan Murphy sentiasa mengingatinya.[7] Penggambaran wataknya itu bermula pada awal hari Isnin 26 September 2011, selepas menamatkan pertunjukan West Side Story terakhirnya pada malam Jumaat sebelumnya.[8]

Gustin memulakan penggambaran A Mother's Nightmare, filem asal jaringan Lifetime pada hujung Mei 2012. Projek itu juga membariskan aktres-aktres Annabeth Gish dan Jessica Lowndes, dan dijalankan di Canada.[9] Pada 11 Julai 2012, diumumkan bahawa Gustin akan memegang watak utama dalam filem bebas Affluenza.[10]

Pada 13 September 2013, diumumkan bahawa Gustin akan memegang watak Barry Allen dalam musim kedua Arrow. Pada awalnya beliau sepatutnya muncul dalam tiga episod, yang terakhir menjadi 'juruterbang pintu belakang' bagi spin-off yang berpotensi, siri The Flash.[11] However, the backdoor pilot plan was dropped in favor of a stand-alone pilot, titled The Flash.[12] 'Juruterbang' itu disambung dengan susunan awal 13 episod, dan tayangan perdana siri itu adalah pada 7 Oktober 2014, dengan jumlah penonton 4.8 juta orang, terbanyak bagi sebuah tayangan perdana di The CW dalam lima tahun.[13][14] Dua minggu kemudian, saluran itu meningkatkan tahap episod itu kepada satu musim penuh 23 episod.[15] Pada 11 Januari 2015, rancangan itu diperbaharui untuk musim kedua.[16]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Gustin di NASA's Kids Science News Network pada 2003.

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Catatan
2003 Kid Fitness Jungle Adventure Exercise Video Club Fit kid Direct-to-DVD
2014 Affluenza Todd Goodman

TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Catatan
2006 A Haunting Teman lelaki Stacey Episod: "Hungry Ghosts"
2011–13 Glee Sebastian Smythe Watak berulang-ulang (Musim 3–5), 7 episod
2012 CSI: Miami Scott Ferris/Trent Burton Episod: "Terminal Velocity"
2012 The Glee Project Diri sendiri (mentor) Episod: "Theatricality"
2012 A Mother's Nightmare Chris Stewart Filem TV
2013 90210 Campbell Price 8 episode
2013–kini Arrow Barry Allen / Flash 7 episod
2014–2023 The Flash Barry Allen / Flash Watak utama
2016 Supergirl Barry Allen / Flash 1 episod[17]

Web[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Catatan
2015 Vixen Barry Allen / Flash (suara) 3 episod

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Catatan
2010–11 West Side Story Baby John Broadway Revival Tour

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya yang dicalonkan Keputusan Rujukan
2015 Nickelodeon Kids' Choice Awards Favorite TV Actor The Flash Tercalon [18]
Teen Choice Awards Choice TV: Breakout Star Menang [19]
Choice TV: Chemistry shared with Candice Patton Tercalon
Choice TV: Liplock shared with Candice Patton Tercalon
Saturn Awards Breakthrough Performance Award Menang [20]
Best Actor in a Television Series Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gustin, Grant (November 11, 2011). "@grantgust: @KaylaMcWills that is true. but i've gone by Grant my whole life. It's not a "stage" name or "screen" name". Twitter. Dicapai pada November 11, 2011.
  2. ^ Ollison, Rashod (January 31, 2012). "More 'Glee' time for Norfolk actor Grant Gustin". The Virginian-Pilot. Dicapai pada November 18, 2015.
  3. ^ Elon University[pautan mati]
  4. ^ a b c "Norfolk actor lands a role on TV's 'Glee'". The Virginian-Pilot. October 27, 2011. Dicapai pada October 27, 2011.
  5. ^ "West Side Story Tour Announces Cast". BroadwayWorld.com. August 23, 2010. Dicapai pada September 30, 2011.
  6. ^ Gustin, Grant (September 23, 2011). "@grantgust: Premature last performance with #WSS tonight. It's been such an amazing year! I will miss you all so much". Twitter. Dicapai pada September 30, 2011.
  7. ^ Ausiello, Michael (September 27, 2011). "Glee Exclusive: New Gay Warbler to Come Between Kurt and Blaine!". TVLine. PMC. Dicapai pada October 10, 2011.
  8. ^ Gustin, Grant (September 26, 2011). "@grantgust: Early morning. First day on set. #surreal". Twitter. Dicapai pada September 30, 2011.
  9. ^ Goldberg, Lesley (May 21, 2012). "'Glee's' Grant Gustin to Star in Lifetime Movie". The Hollywood Reporter. Dicapai pada June 11, 2012.
  10. ^ Siegel, Tatiana (July 11, 2012). "'Glee' Star Grant Gustin Lands Lead in Indie Film 'Affluenza' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada June 12, 2012.
  11. ^ Goldberg, Lesley (September 13, 2013). "'Glee' Star Set as CW's Flash". The Hollywood Reporter. Dicapai pada September 13, 2013.
  12. ^ Andreeva, Nellie (November 18, 2013). "CW's 'The Flash' To Do Stand-Alone Pilot Instead Of 'Arrow' Backdoor Pilot Episode". Deadline.com. PMC. Dicapai pada February 18, 2014.
  13. ^ Ausiello, Michael (May 8, 2014). "Fall TV Scoop: In talks to do theatrical release of The Flash Movie (2018)The CW Orders Four Dramas, Including Flash, iZombie and Jane the Virgin, Passes on Supernatural Spin-Off". TVLine. PMC. Dicapai pada May 8, 2014.
  14. ^ Mitovich, Matt Webb (October 8, 2014). "Ratings: The Flash Hits the Ground Running, CW's Best Debut in 5 Years; ABC Sitcoms Tumble, POI Slips". TVLine. PMC. Dicapai pada October 12, 2014.
  15. ^ Hibberd, James (October 21, 2014). "'The Flash' gets full season ('Jane the Virgin' too)". Entertainment Weekly. Dicapai pada October 21, 2014.
  16. ^ Levin, Gary (January 11, 2015). "CW renews eight dramas for new seasons". USA Today. Dicapai pada January 11, 2015.
  17. ^ http://www.cbs.com/shows/supergirl/news/1005037/the-flash-will-appear-in-special-crossover-episode-of-supergirl/
  18. ^ "Kids' Choice Awards: Complete List of Winners". Us Magazine. Dicapai pada June 5, 2015.
  19. ^ "Wave 2 Nominees". Teen Choice. Teen Choice. July 7, 2015. Dicapai pada July 9, 2015.
  20. ^ "2015 Saturn Awards: Captain America: Winter Soldier, Walking Dead lead nominees". Entertainment Weekly. Dicapai pada June 5, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]