Gregory Gaultier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Gregory Gaultier (lahir 23 Disember 1982, di Épinal, Perancis) ialah seorang pemain skuasy profesional dari Perancis. Pada tahun 2006, dia menjadi naib juara di Terbuka Dunia. Dia menewaskan penyandang juara yang juga merupakan pemain No. 1 dunia, Amr Shabana di separuh akhir sebelum kecundang kepada David Palmer 11-9, 11-9, 9-11, 10-11 (4-6), 2-11.

Pada tahun 2003, Gaultier ialah salah seorang daripada ahli pasukan Perancis. Perancis menduduki tempat kedua selepas tewas kepada Australia di Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia. Semasa perlawanan separuh akhir menentang England, Gaultier menang perlawanan penentuan menentang Lee Beachill.

Gaultier ialah Juara Skuasy Remaja Eropah pada tahun 2000 dan 2001. Dia juga memenangi gelaran remaja Terbuka British.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]