Griot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Seorang griot Wolof dengan khalam di Dakar, tahun 1910

Griot ialah seorang yang berperanan sebagai sejarawan, penglipur lara, pemuzik atau penyajak yang wujud dalam kalangan masyarakat serantau Afrika Barat. Mereka pakar dalam penceritaan lisan mengenai tokoh-tokoh hebat atau bersejarah yang wujud dalam pengetahuan atau ingatan masyarakat mereka.[1]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Pekerjaan ini diberi banyak nama setempat termasuk:

Kepakaran lisan para pencerita ini diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga-keluarga besar di mana setiap anggota mengkhusus dalam bidang tertentu baik penelusuran salasilah keluarga, bercerita, pemainan muzik mahupun ketiga-tiga kemahiran ini.[2] Kaum wanita turut terlibat dalam pengkaryaan sedemikian.[3]

Para pencerita ini mahir memainkan alat-alat muzik mengiringi cerita mereka termasuk Instrumen mereka meliputi kora, khalam atau xalam, goje, balafon, dan ngoni.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Simonis, Francis (2015). "L'Empire du Mali d'hier à aujourd'hui". Cahiers d’histoire. Revue d’histoire critique. 128: 71–86.
  2. ^ Janson, Marloes (2004). Biebuyck, Brunhilde; Mongo-Mboussa, Boniface (penyunting). "Griot réel, griot rêvé". Africultures. L'Harmattan. 61: 74–85. ISBN 2-7475-6523-8. |chapter= ignored (bantuan)
  3. ^ Bebey, Francis (1969, 1975). African Music, A People's Art. Brooklyn: Lawrence Hill Books.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]