Hafsah binti Umar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
تخطيط كلمة حفصة بنت عمر.png

Ḥafsah binti Umar (Arab: حفصة بنت عمر ‎) (kk.605-665) ialah isteri Nabi Muhammad, lalu beliau turut mendapat gelaran Ibu orang Beriman.

Hafsah ialah anak perempuan kepada Umar ibn al-Khattab dan Zainab binti Maz'oon. Beliau dilahirkan "ketika Qurash sedang membina Rumah [Kaabah], lima tahun sebelum Nabi diutus," i.e., iatiu 605.[1]

Beliau telah diberikan pendidikan yang baik terutama sekali ilmu sastera. Beliau turut belajar membaca dan menulis daripada Syifa’ binti Abdullah Al-Quraisyiah Al-A’dawiyah. Kesungguhannya menjadikan dirinya antara wanita Quraisy yang paling fasih berbicara, bersenikan sastera indah.

Beliau telah berkahwin dengan Khunais bin Huzaifah tetapi menjadi balu pada Ogos 624 selepas suaminya pulang dengan kecederaan teruk akibat bertarung dalam Perang Badar. Beliau menjadi balu dalam usia yang sangat muda, sekitar 18-20 tahun.[2]

Sebaik sahaja Hafsah tamat tempoh iddahnya, bapanya Umar menawarkannya untuk dikahwini kepada Uthman Ibn 'Affan, dan kemudian Abu Bakar; tetapi kedua-duanya menolak. Apabila mengadu hal ini kepada Muhammad, baginda menjawab, "Allah akan mengahwinkan Uthman dengan wanita yang lebih baik daripada puterimu dan akan mengahwinkan puterimu dengan orang yang lebih baik daripada." [3] Muhammad mengahwini Hafsah pada Syaaban tahun ketiga Hijrah (lewat Januari atau awal Februari 625).[4] Dengan perkahwinan ini, Muhammad mengikat pertalian persahabatan dengan talian kekeluargaan bersama Umar yang kini menjadi bapa mertuanya.

Menurut pendapat, Hafsah telah menghafal al-Quran. Sesalinan naskhah oleh Zayd ibn Thabit, yang telah direkod atas arahan Abu Bakar, telah diletak di rumah Hafsah. Apabila Uthman Ibn 'Affan menjadi khalifah, beliau menggunakan naskhah pada Hafsah untuk dijadikan piawai teks al-Qur'an yang kemudiannya dikenali sebagai "Resam Uthmani". Mashaf atau naskhah yang asal tetap dikembalikan ke rumah Hafsah.[5] Beliau juga dikatakan telah meriwayatkan enam puluh hadith daripada baginda Rasulullah.[6]

Beliau wafat pada bulan Syaaban tahun ke-45 Hijrah, bersamaan Oktober atau November 665. Beliau dimakamkan di Jannatul Baqi' bersama kebanyakan isteri Rasulullah.[7]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muhammad ibn Saad, Tabaqat vol. 8. Translated by Bewley, A. (1995). The Women of Madina p. 56. London: Ta-Ha Publishers.
  2. ^ Muhammad ibn Saad, Tabaqat vol. 3. Translated by Bewley, A. (2013). The Companions of Badr, p. 307. London: Ta-Ha Publishers.
  3. ^ Ibn Saad/Bewley vol. 8 pp. 56-58. The story is told in five separate traditions.
  4. ^ Ibn Saad/Bewley vol. 8 p. 58.
  5. ^ Bukhari 6:60:201.
  6. ^ Siddiqi, M. Z. (2006). Hadith Literature: Its Origin, Development, Special Features and Criticism, p. 25. Kuala Lumpar: Islamic Book Trust.
  7. ^ Ibn Saad/Bewley vol. 8 p. 60.