Pergi ke kandungan

Haile Gebrselassie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rekod pingat Olimpik
Haile Gebrselassie
Haile Gebrselassie
Mewakili Ethiopia
Olahraga lelaki
Sukan Olimpik
EmasAtlanta 199610000 m
EmasSydney 200010000 m
Kejohanan Olahraga Dunia
EmasStuttgart 199310000 m
EmasGothenburg 199510000 m
EmasAthens 199710000 m
EmasSeville 199910000 m
PerakStuttgart 19935000 m
PerakParis 200310000 m
GangsaEdmonton 200110000 m

Haile Gebrselassie (lahir 18 April 1973 di Asella, Provinsi Arsi, Habsyah) ialah seorang pelari jarah jauh dan atlet jalan raya. Kini beliau merupakan pemegang rekod dunia dalam 20K dan maraton. Beliau telah memecahkan 25 rekod dunia dan memenangi kebanyakan acara Sukan Olimpik dan kejohanan dunia dalam acara larian jarak jauh. Pada November 2021, Haile Gebreselassie berada di barisan pertempuran di Ethiopia menentang pemberontak Tigray.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Haile Gebrselassie terlibat di peringkat antarabangsa sejak 1992 apabila menang acara 5000 m dan 10,000 m di Kejohanan Athletik Remaja Dunia . Kemudian menang lagi acara 10,000 m di Kejohanan Trek dan Padang Dunia tahun 1993, 1997, 1999. Beliau mendapat tempat ke-2 acara 5000 m dalam kejohanan dunia. 1994, beliau menang pingat gangsa dalam Kejohanan Rentas Negara Dunia IAAF . Kemudian memecahkan rekod duania dengan 12.56.96 dalam acara 5000 m , mengalahkan Said Said Aouita.

Pada 1995, Gebrselassie berlari 10000 m dalam masa 26:45.53 di Hengelo, Netherland . Musim panas yang sama, di Zurich, Switzerland, Gebrselassie berlari 5000 m dalam masa 12:44.39.

Menurut biografi beliau dalam lamanweb Majlis Olimpik Antarabanga, beliau membesar di sebuah ladang di Ethiopia dan berlari 10 km setiap pagi pergi ke sekolah dan berlari balik ke rumah. Latihan ini bersama beg penuh buku-buku , membentuk postur kaki yang kuat dan kejap.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  • 1993
    • Kejohanan Olahraga Dunia 1993
      • 10,000 m - pingat emas
      • 5,000 m - pingat perak
    • Kejohanan Olahraga Afrika 1993
      • 5,000 m - pingat perak
      • 10,000 m - pingat gangsa
  • 1994
    • Kejohanan Merentas Desa Dunia IAAF 1994 - pingat gangsa
  • 1995
    • Kejohanan Olahraga Dunia 1995
      • 10,000 m - pingat emas
  • 1996
    • Sukan Olimpik 1996
      • 10,000 m - pingat emas
  • 1997
    • Kejohanan Olahraga Dunia 1997
      • 10,000 m - pingat emas
    • Kejohanan Tertutup Dunia IAAF 1997
      • 3,000 m - pingat emas
  • 1999
    • Kejohanan Olahraga Dunia 1999
      • 10,000 m - pingat emas
    • Kejohanan Tertutup Dunia IAAF 1999
      • 1,500 m - pingat emas
      • 3,000 m - pingat emas
  • 2000
    • Sukan Olimpik 2000
      • 10,000 m - pingat emas
  • 2001
    • Kejohanan Olahraga Dunia 2001
      • 10,000 m - pingat gangsa
    • Kejohanan Separuh Marathon Dunia 2001 - juara
  • 2003
    • Kejohanan Tertutup Dunia IAAF 2003
      • 3,000 m - pingat emas
    • Kejohanan Olahraga Dunia 2003
      • 10,000 m - pingat perak

Catatan peribadi terbaik

[sunting | sunting sumber]
Jarak Catatan Tarikh Lokasi
1,500 m3:33.736 Jun 1999Stuttgart
1 batu3:52.3927 Jun 1999Gateshead
3,000 m7:25.0928 Ogos 1998Brussel
Dua batu8:01.0831 Mei 1997Hengelo
5,000 m12:39.3613 Jun 1998Helsinki
10,000 m26:22.751 Jun 1998Hengelo
10 km (jalan raya)27:0211 Disember 2002Ad-Dawhah
15 km (jalan raya)41:3811 November 2001Nijmegen
Sepuluh batu (jalan raya)44:244 September 2005Tilburg
20 km (trek)56:26.027 Jun 2007Ostrava, Republik Czech
Satu jam (trek)21,285 m27 Jun 2007Ostrava, Republik Czech
20 km (jalan raya)*55:4815 Januari 2006Phoenix
Separuh marathon58:5515 Januari 2006Phoenix
25 km (jalan raya)1:11:3712 Mac 2006Alphen aan den Rijn
(tidak diiktiraf oleh IAAF)
Marathon2:04:2630 September 2007Berlin

*melalui sebahagian acara separuh marathon

Dalam dewan

[sunting | sunting sumber]
Jarak Catatan Tarikh Lokasi
1,500 m3:31.761 Februari 1998Stuttgart
2,000 m4:52.8615 Februari 1998Birmingham
3,000 m7:26.1525 Januari 1998Karlsruhe
Dua batu8:04.6921 Februari 2003Birmingham
5,000 m12:50.3814 Februari 1999Birmingham

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]