Hak untuk persekitaran yang sihat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hak untuk persekitaran yang sihat atau hak untuk persekitaran yang lestari dan sihat merupakan satu hak asasi manusia yang disokong oleh organisasi hak asasi manusia dan alam sekitar untuk melindungi sistem ekologi yang menjamin kesihatan manusia.[1][2][3] Hak tersebut telah diakui oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa sesi ke-48nya pada Oktober 2021 melalui ketetapan HRC/RES/48/13.[4] Hak tersebut berhubung kait dengan hak asasi manusia lain yang berfokus pada kesihatan, seperti hak untuk air minum dan sanitasi, hak mendapatkan makanan dan hak kesihatan.[5]

Pembakaran dan pembalakan hutan di Rio Xingu, Brazil telah membahayakan hak peribumi dan hak untuk persekitaran yang sihat. Kes perundangan seperti Kes Iklim Columbia melindungi hutan Amazon daripada pembalakan hutan dahulu hanya bergantung kepada hak semula jadi dan hak kanak-kanak sahaja.[6] Oleh itu, hak untuk persekitaran yang sihat boleh memberikan perlindungan tambahan kepada penduduk.

Peranan negara[sunting | sunting sumber]

Hak tersebut telah mewujudkan satu obligasi kepada negara untuk mengawal dan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar, mengawal pencemaran dan memberikan perlindungan perundangan bagi komuniti yang telah terjejas oleh isu alam sekitar.[7] Hak untuk persekitaran yang sihat merupakan satu hak yang amat penting untuk mewujudkan duluan perundangan bagi litigasi perubahan iklim dan isu alam sekitar yang lain.[8][9]

Pendekatan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Asalnya, dokumen-dokumen hak asasi PBB yang utama seperti Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya tidak mengiktiraf hak untuk persekitaran yang sihat.[3] Deklarasi Stockholm 1972 mengiktiraf hak tersebut, namun dokumen tersebut tidak mempunyai ikatan dari segi undang-undang. Perisytiharan Rio 1992 tidak menggunakan istilah "hak", namun dokumen tersebut telah menyatakan bahawa setiap individu haruslah mempunyai akses kepada maklumat mengenai hal alam sekitar, terlibat dalam proses membuat keputusan dan mempunyai akses kepada keadilan.[10] Ketetapan PBB yang kini diusulkan, Pakatan Persekitaran Global, sekiranya diluluskan, akan menjadi dokumen hak asasi manusia PBB pertama yang merangkumi hak untuk persekitaran yang sihat.[11]

Lebih daripada 150 buah negara dalam PBB telah mengiktirafkan hak tersebut dalam bentuk-bentuk yang berbeza seperti melalui perundangan, litigasi, perundangan perlembangaan, perundangan persetujuan atau kaedah perundangan yang lain.[5] Piagam Afrika mengenai Hak Asasi Manusia dan Masyarakat, Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia, Perjanjian Escazu, Piagam Arab mengenai Hak Asasi Manusia, dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN masing-masing merangkumi hak untuk persekitaran yang sihat.[3][12][13] Kerangka kerja hak asasi manusia yang lain, seperti Konvensyen Hak Kanak-Kanak juga melibatkan isu alam sekitar kerana isu tersebut berkaitan dengan fokusnya, dalam kes ini ialah hak kanak-kanak.[12]

Pelapor Khas PBB mengenai Hak Asasi Manusia dan Persekitaran John H. Knox (2012–2018) dan David R. Boyd (2018–2021) telah memberikan cadangan mereka mengenai cara memasukkan hak ini dalam perundangan antarabangsa.[14] Cadangan tersebut telah disokong oleh beberapa jawatankuasa PBB serta komuniti perundangan lokal.

Hak untuk persekitaran yang sihat merupakan teras bagi pendekatan antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia dan perubahan iklim.[15][16] Impak perubahan iklim terhadap hak asasi manusia telah dibentangkan oleh OHCHR dalam sebuah helaian fakta bersama dengan soalan lazim mengenai topik tersebut.[17]

Ketetapan Majlis Hak Asasi Manusia PBB[sunting | sunting sumber]

Pada 2021 semasa sesi ke-48nya, Majlis Hak Asasi Manusia PBB meluluskan sebuah ketetapan yang dibentangkan oleh sebuah kumpulan teras yang terdiri daripada Costa Rica, Maghribi, Slovenia, Switzerland dan Maldives. Ketetapan tersebut mengiktiraf "hak asasi manusia untuk persekitaran yang bersih, sihat dan lestari". Hal ini merupakan kali pertama badan tersebut mengisytiharkan sebuah hak asasi manusia.[4][18][19] Walaupun ketetapan tersebut tidak mempunyai ikatan dari segi undang-undang, ketetapan tersebut akan dibentangkan kepada Perhimpunan Agung PBB untuk pertimbangan lanjut.[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Case for a Right to a Healthy Environment". Human Rights Watch (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-01. Dicapai pada 2021-02-10.
  2. ^ "The Time is Now for the UN to Formally Recognize the Right to a Healthy and Sustainable Environment". Center for International Environmental Law (dalam bahasa Inggeris). 2018-10-25. Dicapai pada 2021-02-10.
  3. ^ a b c Knox, John H. (2020-10-13). "Constructing the Human Right to a Healthy Environment". Annual Review of Law and Social Science (dalam bahasa Inggeris). 16 (1): 79–95. doi:10.1146/annurev-lawsocsci-031720-074856. ISSN 1550-3585. S2CID 216476059.
  4. ^ a b "OHCHR | Bachelet hails landmark recognition that having a healthy environment is a human right". www.ohchr.org. Dicapai pada 2021-10-09.
  5. ^ a b "OHCHR | Good practices on the right to a healthy environment". www.ohchr.org. Dicapai pada 2021-02-10.
  6. ^ "In historic ruling, Colombian Court protects youth suing the national government for failing to curb deforestation". Dejusticia (dalam bahasa Inggeris). 2018-04-05. Dicapai pada 2021-11-30.
  7. ^ Boyle, Alan (2012-08-01). "Human Rights and the Environment: Where Next?". European Journal of International Law (dalam bahasa Inggeris). 23 (3): 613–642. doi:10.1093/ejil/chs054. ISSN 0938-5428.
  8. ^ Atapattu, Sumudu (2018), Knox, John H.; Pejan, Ramin (penyunting), "The Right to a Healthy Environment and Climate Change: Mismatch or Harmony?", The Human Right to a Healthy Environment, Cambridge: Cambridge University Press, m/s. 252–268, ISBN 978-1-108-42119-5, dicapai pada 2021-02-10
  9. ^ Varvastian, Sam (2019-04-10). "The Human Right to a Clean and Healthy Environment in Climate Change Litigation" (dalam bahasa Inggeris). Rochester, NY. SSRN 3369481. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  10. ^ "UNEP - Principle 10 and the Bali Guideline".
  11. ^ Knox, John (April 2019). "The Global Pact for the Environment: At the crossroads of human rights and the environment". RECIEL. (28) 1: 40–47.
  12. ^ a b Shelton, Dinah (2002). Human Rights, Health & Environmental Protection: Linkages in Law & Practice. Health and Human Rights Working Paper Series No 1. World Health Organization.
  13. ^ "Regional Agreement on Access to Information, Public Participation and Justice in Environmental Matters in Latin America and the Caribbean" (PDF). CEPAL. 4 March 2018. Dicapai pada 20 April 2021.
  14. ^ "OHCHR | Right to a healthy and sustainable environment". www.ohchr.org. Dicapai pada 2021-02-10.
  15. ^ Cooper, Nathan. "How the new human right to a healthy environment could accelerate New Zealand's action on climate change". The Conversation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-30.
  16. ^ "Why having a clean and healthy environment is a human right". World Economic Forum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-30.
  17. ^ "Frequently Asked Questions on Human Rights and Climate Change" (PDF). ohchr.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-05-07.
  18. ^ a b "Access to a healthy environment, declared a human right by UN rights council". UN News (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-09. Dicapai pada 2021-10-09.
  19. ^ Farge, Emma (2021-10-08). "UN declares access to a clean environment a human right". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-09. Dicapai pada 2021-10-09.