Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
Universal Declaration of Human Rights
Eleanor Roosevelt dengan versi bahasa Sepanyol bagi UDHR.
Eleanor Roosevelt dengan versi bahasa Sepanyol bagi UDHR.
Direka 1948
Disahkan 10 Disember 1948
Tempat
Pengarang John Peters Humphrey et al.
Tujuan Hak asasi manusia

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Bahasa Inggeris: Universal Declaration of Human Rights, UDHR) ialah satu pengisytiharan makluman yang diamalkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (A/RES/217, 10 Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris). Perisytiharan ini terdiri daripada 30 perkara yang menggariskan pandangan Perhimpunan Agung terhadap hak asasi manusia yang dijamin ke semua rakyat. Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa terdiri daripada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan, dan Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Awam dan Politik dan dua Protokol Pilihannya. Pada tahun 1966, Perhimpunan Agung mengamalkan dua Perjanjian terperinci yang menlengkapkan Rang Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa; pada tahun 1976, setelah perjanjian-perjanjian tersebut ditandatangani sebilangan negara individu yang mencukupi, maka Rang Undang-undang ini memegang kuasa perundangan antarabangsa.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat diisytiharkan, beberapa negara telah mengisytiharkan pengisytiharan yang seumpamanya, termasuk Undang-undang Hak Asasi England, Undang-undang Hak Asasi di Amerika Syarikat, dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia dan Warganegara di Perancis.

Penciptaan[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab kekejaman yang dilakukan Jerman Nazi semakin jelas selepas Perang Dunia Kedua, maka masyarakat sejagat bersependapat bahawa Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu tidak cukup mendefinasikan hak-hak asasi yang dimaksdukannya[perlu rujukan], maka timbulnya keperluan untuk satu perisytiharan sejagat yang menerangkan secara terperinci hak-hak individu[2]. John Peters Humphrey dari Kanada diundang oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengerjakan projek ini lalu menjadi menggubal utama Perisytiharan. Humphrey dibantu oleh Eleanor Roosevelt dari Amerika Syarikat, Jacques Maritain dan René Cassin dari Perancis, Charles Malik dari Lubnan, P. C. Chang dari Republik China, dan lain-lain. Perisytiharan ini diratifikasi ketika Perhimpunan Agung pada 10 Disember 1948 melalui undian 48 setuju, 0 tidak setuju, serta 8 pengecualian (semua negara Blok Soviet, Afrika Selatan dan Arab Saudi).[3] Sungguhpun peranan utama yang dimainakn oleh warga Kanada tersebut, namun Kerajaan Kanada mula-mulanya mengecualikan diri daripada mengundi mengenai draf Perisytiharan, tetapi kemudian mengundi untuk menyokong draf muktamadnya di Perhimpunan Agung.[4]

Struktur dan implikasi perundangan[sunting | sunting sumber]

Dokumen ini dibentangkan mengikut tradisi undang-undang awam, termasuk satu mukadimah diikuti 30 artikel. Dokumen ini dijadikan sebagai satu kenyataan objektif-objektif yang perlu diikuti kerajaan-kerajaan sedunia. Sebilangan peguam antarabangsa percaya bahawa Deklarasi ini membentuk sebahagian undang-undang antarabangsa adat setta menjadi alatan yang berkuasa dalam menggunakan tekanan diplomatik dan moral terhadap mana-mana kerajaan yang mencabuli mana-mana artikelnya. Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia 1968 memberikan nasihat agar perisytiharan ini "membentuk satu kewajipan untuk ahli-ahli masyarakat antarabangsa" kepada semua orang. Perisytiharan ini telah berfungsi sebagai asas untuk dua waad hak asasi manusia PBB tanpa ikatan yang asal, iaitu Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Awam dan Politik, dan Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan. Sehingga masa ini, perisytiharan ini masih dipuji oleh para akademik, penyokong, dan mahkamah-mahkamah perlembagaan.

Pujian dan kritikan[sunting | sunting sumber]

Pujian[sunting | sunting sumber]

  • "Keseluruhannya, Perwakilan Amerika Syarikat percaya bahawa ini adalah satu dokumen yang bagus – dokumen yang unggul pun – dan kami mencadangkan untuk memberi sokongan penuh kepadanya. [...] Sambil memberi kelulusan kami kepada Perisytiharan pada hari ini adalah penting sekali untuk kami mengingati dengan jelas perwatakan asas dokumen tersebut. Ini bukan satu perjanjian; ini bukan satu persetujuan antarabangsa. Perisytiharan ini bukan dan tidak bertujuan menjadi kenyataan undang-undang atau kewajipan mengikut undang-undang. Perisytiharan ini ialah Perisytiharan prinsip-prinsip asas hak asasi dan kebebasan[....] Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat bakal menjadi Magna Carta antarabangsa bagi semua manusia di merata tempat."
Eleanor Roosevelt, pengerusi wanita pertama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (CHR) yang menggubal Perisytiharan ini, [5] 9 Disember 1948.
  • "Demi semangat muhibah di kalangan manusia seluruh dunia, dokumen itu lebih daripada perkataan sahaja: Dokumen itu ialah bukti kemanusiaan sedunia, satu standard yang mana sesiapa sahaja di Bumi boleh menghadap pengadilan mana-mana kerajaan di Bumi."
bekas Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan (Mac 1989, US Department of State Bulletin)
  • Dalam satu ucapan pada 5 Oktober 1995, Paus John Paul II menggelar UDHR sebagai "salah satu ekspresi nurani manusia teragung di zaman kita".
  • Kenyataan oleh Marcello Spatafora bagi pihak Kesatuan Eropah pada 10 Disember 2003: "Selama 55 tahun yang lalu, kemanusiaan telah menjalani kemajuan yang luar biasa dalam memupuk dan melindungi hak asasi manusia kerana daya kreatif yang dijana oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, tidak boleh dinafikan bahawa inilah salah satu dokumen yang paling berpengaruh dalam sejarah. Ini ialah dokumen yang luar biasa, penuh dengan idealisme tetapi juga padat dengan keazaman untuk menerima pengajaran dari zaman silam dan tidak mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama. Penting sekali, dokumen ini meletakkan hak asasi manusia di kedudukan terpenting perangkaan prinsip-prinsip dan kewajipan untuk membentuk hubungan dalam masyarakat antarabangsa."

Kritikan dari segi Islam[sunting | sunting sumber]

  • Negara-negara majoriti Islam, seperti Sudan, Pakistan, Iran, dan Arab Saudi, sering mengkritik Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat kerana kelihatan gagal mengambil kira konteks kebudayaan dan keagamaan negara majoriti Muslim. Pada tahun 1981, wakil Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Said Rajaie-Khorassani, menyatakan pendirian negaranya mengenai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, dengan berkata bahawa UDHR ialah "satu pemahaman sekular mengenai tradisi Yahudi-Kristian" yang tidak mampu dilaksanakan oleh umat Islam tanpa melanggar undang-undang Islam.[6]

Kritikan lain[sunting | sunting sumber]

  • Jeane Kirkpatrick, Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, membincangkan bahawa hak ekonomi tertentu tidak boleh menjadi hak asasi manusia, kerana hak ekonomi perlu disediakan oleh orang lain melalui pengekstrakan secara paksa, contohnya cukai, dan bahawa hak ekonomi menidakkan hak-hak orang lain yang tidak terpisah.[10] Kirkpatrick mengibaratkan Perisytiharan itu dengan "surat untuk Santa Claus",[11] iaitu mengatakan "Sifat, pengalaman, atau kebarangkalian pun tidak memaklumkan senarai-senarai 'hak' ini yang tidak tertakluk kepada batasan kecuali yang ditetapkan pemikiran dan kehendak pengarangnya."[12]
  • Perkara 29(3) UDHR menyatakan bahawa "Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh sama sekali diamalkan secara bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu." Sesetengah pihak mendakwa bahawa ini membolehkan PBB mengatasi undang-undang sendirinya, maka menjadikannya hipokrit, sementara yang lain menunjukkan bahawa "tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip" PBB mengertikan prinsip-prinsip dan matlamat-matlamat yang dipersetujui Negara-negara Ahlinya, dan bertujuan memupuk keamanan sedunia dan bukannya memaksudkan mana-mana fungsi atau operasi PBB selaku pertubuhan.
  • Kadang-kala, peruntukan tertentu terdedah kepada kritikan kerana kandungannya. Contoh: Perkara 26 memupuk ide pendidikan sejagat percuma, dan kadang-kadang dipersendakan sebagai "hak memaksa orang lain membiayai pendidikan anak saya." Hak untuk memiliki harta secara berkongsi dengan orang lain kadang-kadang ditentang aktivis-aktivis anti-korporat. Hak untuk kahwin di luar kasta atau kaum sendiri turut ditentang ramai penyokong dasar segregasi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]